ITF Malaysia Counsil melahirkan rasa dukacita mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Sumber Manusia yang menolak permintaan Kesatuan NUFAM menyegerakan kes pembuangan kerja ke Mahkamah Perusahan.
Tindakan melengah-lengahkan membawa kes pekerja MAS yang dibuang kerja seramai 6000 pekerja adalah satu tindakan yang sangat mengecewakan.
Kami kalangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan yang bergabung dengan ITF mengecam kenyataan Menteri Sumber Manusia.
Justeru itu kami ingin menekankan Menteri Sumber Manusia menyegerakan proses ke Mahkamah Perusahaan dengan kadar segera serta mengadakan perjumpaan dengan Kesatuan NUFAM bagi mengatasi masalah yang ada.
Satu Mesyuarat ITF Malaysia Counsil akan diadakan dengan kadar segera bagi membincangkan kenyataan YB Menteri Pengangkutan, kami mengganggap kenyataan seperti ini merupakan kenyataan yang tidak bertanggungjawab atau tidak mesra pekerja dan menolak kepentingan suara Kesatuan Sekerja.
Pengerusi ITF Malaysia Counsil
04 Oktober 2017
Home »
» KENYATAAN MENTERI SUMBER MANUSIA MENGENAI PEKERJA MAS.
KENYATAAN MENTERI SUMBER MANUSIA MENGENAI PEKERJA MAS.
Rabu, Oktober 04, 2017