RUM mengharapkan semua warga KTMB memberi kerjasama yang bersungguh-sungguh kepada CEO KTMB En Mohd Rani Hisham, berkerjalah dengan penuh semangat dan berdedikasi demi KTMB dengan matlamat Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.
Sikap sambil lewa, malas sekadar cukup bulan terima gaji, bodek@angkat beg, berpura-pura@wayang, kerja-kerja yang tidak bertanggungjawab maupun amanah hendaklah dihentikan sama sekali.
Jangan anggap semua ambil mudah, kerana runtuhnya KTMB bukan lagi kerana kesalahan sesiapa tapi kita sendiri, pilihan yang ada adalah berusaha segigih mungkin untuk merobah sikap dalam memastikan RNAA dihentikan, semua perlu bekerjasama demi KTMB kekal sebagai identiti tersendiri seterusnya mampu dipulihkan.
CEO KTMB tidak akan mampu memulihkan KTMB sekiranya kita sendiri tidak bekerjasama dan memberi sokongan tanpa berbelah bagi, dalam KTMB tengah nazak hanya dengan kerjasama semua warga KTMB mampu memulihkan KTMB.
RUM akan terus bergerak menentang RNAA tanpa mengenal erti takut, justeru itu dalam RUM menentang RNAA kita semua warga KTMB juga perlu membuktikan kita mampu berusaha memulihkan KTMB, jangan hanya bergantung melalui tentangan RUM mengenai RNAA terhadap Kementerian Pengangkutan kerana bukti selanjutnya ialah menitikberatkan kerjasama semua warga KTMB dalam meningkat dan memulihkan KTMB dengan mengunjurkan pendapatan KTMB yang lebih baik seterusnya mampu meraih keuntungan dan memberi keyakinan kepada pengguna bahawa KTMB adalah pengangkutan awam yang selesa dan mesra pengguna.
Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
13 Oktober 2017
Home »
» TERUS BERSAMA CEO KTMB
TERUS BERSAMA CEO KTMB
Jumaat, Oktober 13, 2017
Related Posts:
PERHIMPUNAN HARI PEKERJAAssalamualaikum dan Salam Sejahtera... Hari ini hari Isnin.. Semua orang tau hari ini hari Isnin... Lepas Isnin tentu lah Selasa... Takkan selepas Selasa Khamis... Tentulah Rabu.. Lepas Rabu baru Khamis.. Maka timbul pula har… Read More
ADUAN PENGGUNA Ini mesej yang saya terima dari Mantan Pengurus Besar KTMB, yang memaklumkan bahawa beliau terima rungutan dari sahabat beliau seorang pengguna KTMB. Maka apa yang boleh dikatakan ialah berlakunya kebocoran hasil, dim… Read More
RAFIZI (Setiausaha Agung PKR) KWSP Pendirian RUM sebagai Kesatuan Sekerja seiring dengan pendirian MTUC yang mewakili Kesatuan Sekerja di negara ini, secara tidak langsung mewakili seluruh warga Pekerja di Negara ini tetap berpendirian kekal seperti apa yang … Read More
UCAPAN PERASMIAN Ucapan Perasmian Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali UNI-GLOBAL oleh Tan Sri Dato Zainal Rampak antara lain menyatakan bahawa jangan sesekali lari dari perjuangan, keadaan sekarang adalah tidak baik untuk Kesatuan Sek… Read More
PERJUANGANTiada apa yang dicari... Hanya Perjuangan... Menentang Penganiayaan dan Kezaliman.. Tidak akan gentar.. Biar pun terhunus pedang... Tidak akan tunduk... Biar seribu tekanan.. Tidak akan melutut... Demi menegakkan kebenaran...… Read More