RUM dah tak faham dengan Menteri yang ada sekarang ni, Menteri Pengangkutan dan Menteri Sumber Manusia khususnya, mereka membuat keputusan seolah-olah satu keputusan yang tidak bertanggungjawab sehingga menyusahkan kaum pekerja maupun organisasi yang terlibat dalam kementerian mereka malah implikasinya kepada rakyat dan negara.
Mereka tidak lihat kepentingan kaum pekerja, rakyat maupun negara, asal boleh buat keputusan, mereka terus membuat keputusan biarpun keputusan itu adalah salah, iya mungkin, bagi seseorang pemimpin membuat satu keputusan itu salah atau betul adalah perkara penting biarpun keputusan itu salah namun keputusan tetap keputusan, tapi apakah dalam membuat sesuatu keputusan itu tidak dinilai dari sudut kesan dan implikasinya samada dari sudut dalaman maupun luaran.
RUM suka membandingkan Menteri-menteri yang terdahulu dalam pentadbiran kedua-dua Kementerian ini, komen RUM ibarat bumi dengan langit, sekarang betul-betul sudah tidak memperdulikan kesan dan implikasinya sehingga menimbulkan kekilanan dan adakala menimbulkan kemarahan.
Adakah mereka sengaja lakukan? Ini persoalan? Kerana apa yang mereka lakukan boleh dianggap sabotaj kepada kedudukan kerajaan yang memerintah itu sendiri, mereka seolah-olah sengaja ingin menjatuhkan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
RUM selalu berfikir dalam keadaan hampir Pilihanraya, kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh banyak Kementerian sehingga menimbulkan kegelisahan rakyat, kegelisahan rakyat seolah-olah tidak lagi didengari, mereka sudah tidak ambil pusing dari aspek "problem solving", sebaliknya mereka meneruskan agenda mereka dan beranggapan seolah-olah mereka tidak melakukan sebarang kesilapan maupun kesalahan, maka sikap ini boleh dianggap sistem yang digunakan adalah sisten kapitalis.
Apakah mereka ini tidak mahu memikirkan kehendak dan keperluan rakyat, seolah--olah hari ini YAB Perdana Menteri seorang sahaha yang beriya-iya untuk menarik kepercayaan dan berusaha memberi sebanyak mungkin keyakinan kepada rakyat sedangkan Menteri yang mana berkenaan pula sebaliknya.
RUM membuat penilaian ini berdasarkan kepada pengamatan RUM dari sudut RNAA malah RUM juga melihat kenyataan terbaru dari seorang Menteri pula ingin masukkan pekerja asing untuk kerja-kerja pembuatan, malah merasa hairan bila mereka sendiri sedar bahawa rakyat tidak suka mengenai perkara-perkara sebegini mereka tetap dengan sikap "bulldozed".
Dari kacamata RUM mereka-mereka ini sudah tidak layak lagi jadi Menteri kerana mereka hanya melakukan sesuatu keputusan untuk kepentingan individu atau kumpulan kecil tapi tidak kumpulan yang besar iaitu rakyat kerana mereka ini diibaratkan "kerana setitik nila rosak susu sebelanga".
Abdul Razak Md Hassan
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
11 Oktober 2017
Home »
» MENTERI/ KAPITALIS
KERANA SETITIK NILA, ROSAK SUSU SEBELANGA
MENTERI/ KAPITALIS KERANA SETITIK NILA, ROSAK SUSU SEBELANGA
Rabu, Oktober 11, 2017
Related Posts:
RUM TETAP RUMRUM TETAP RUM DULU RUM berdepan dengan MARAK UNGGUL DULU RUM berdepan dengan YTL DULU RUM berdepan dengan Dr Aminuddin Adnan Mantan Presiden KTMB DULU RUM berdepan dengan MMC DULU RUM berdepan dengan Datuk Elias Kadir Mantan… Read More
LAWATAN KERJA BELIA RUM GUA MUSANG n MERAPOHTerbaik BELIA RUM... kipidap... RUM sentiasa BANGKIT untuk TERUS BERJUANG. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB… Read More
LAWATAN KERJA BELIA RUM LAGI BERITA BERGAMBAR.Biarpun hanya di Stesen kecil jauh di pendalaman, Belia RUM terus bertemu ahli-ahli untuk bersama dengan mereka melihat kepayahan pekerjaan yang dilakukan, menerangkan hala tuju KTMB & RUM, menerapkan semangat bekerja den… Read More
HASIL PENGSWASTAAN PINDAAN AKTA KERETAPI 1991 Di bawah ini adalah gambar lokasi di Sentul Pasar, sebelum pengswastaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) adalah milik Keretapi Tanah Melayu (KTM) Projek yang kata membantu KTMB dianggarkan hanya sekitar 35% dari sel… Read More
KENYATAAN PERBADANAN ASET KERETAPI - JAWAPAN BALAS RUM Kenyataan akhbar RAC lebih berunsur kebudak-budakan, berdasarkan jawapan balas kenyataan yang dikeluarkan. Kenyataan RAC lebih kepada mengakui kenyataan RUM mengenai hasrat untuk mengambilalih semua aset-aset seperti yang dih… Read More