14 Oktober 2017

MULTIPLE OPERATOR/ RNAA

BERITA BAIK

SPAD nampak gayanya tidak boleh meluluskan second operator kerana Akta tidak membenarkan pemberian lesen kepada mana-mana Syarikat untuk menjalankan operator tren.

BERITA BURUK

Penyediaan pindaan Akta khabarnya telah pun siap untuk meminda Akta di Parlimen, ianya tidak akan dibentangkan di Parlimen pada penggal kali ini, maka pindaan akan dibuat selepas Kerajaan dimahkotakan pada PRU 14.

BIJAK HARAM JADAH

Bijakkan permainan mereka, akan berusaha dengan apa cara sekalipun untuk menghalalkan Multiple Operator, tidak kali ini tapi akan dilakukan pada Penggal akan datang.

TENTANGAN RUM

Maka keputusan RUM untuk berusaha segigih mungkin YB Menteri Pengangkutan kecundang di PRU 14 ini adalah usaha besar bagi menyelamatkan KTMB malah melalui usaha-usaha dari ITF dan ICLS yang membantu RUM dalam satu gerakan adalah untuk melumpuhkan Syarikat Second Operator, RUM akan gempur disemua peringkat demi mengagalkan RNAA.

PENDIRIAN RUM

Kau nak hancurkan KTMB, kau nak hancurkan RUM, kau nak tutup periuk nasi pekerja, kau nak menghakis faedah perkhidmatan sosial kepada rakyat, RUM akan menentang abis-abisan, tidak kira siapa KAU!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB