14 Februari 2018

BANTUAN KHAS RM 1500.00

Syukur Alhamdulillah hari ini semua pekerja telah menerima Bantuan Khas (Bonus) RM 1000.00.

RUM ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada:-

1. YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK MENTERI KEWANGAN MALAYSIA merangkap PERDANA MENTERI MALAYSIA

2. TIMBALAN MENTERI KEWANGAN

3. YBHG DATO SERI ISA MKD

4. YB DATO IR NAWAWI AHMAD, PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB.

5. YBHG ENCIK RANI SAMSUDDIN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KTMB

SEMUA LEMBAGA PENGARAH KTMB..

atas kelulusan Bantuan Khas RM 1500.00 yang telah dibayar RM 1000.00 pada hari ini dan baki RM 500.00 di bayar sebelum Hari Raya Aidil Fitri.

Peruntukan ini melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM 8 juta.

RUM ingin menekankan kepada pekerja, pilihan yang ada adalah bekerja bersungguh-sungguh dengan penuh dedikasi demi meningkatkan kemajuan KTMB, sebarang arahan kerja yang diberikan hendaklah dilaksanakan tanpa sebarang alasan kecuali yang bertentangan dengan Perjanjian Bersama atau Syarat-syarat Perkhidmatan itupun mesti melalui RUM jangan beri sebarang alasan mempertikaikan sebarang arahan kerana kita ada ruang masa yang sedikit untuk menyelamatkan KTMB, malah dalam keadaan kerugian Sdr/sdri tetap menerima Bantuan Khas.

Kepada Pengurusan Pertengahan anda juga menikmati Bantuan Khas, hentikan hangky pangky, rancang kerja dengan baik agar anda terus dihormati, kerana kita perlu bersama untuk menyelamatkan KTMB.

Kepada yang "NAKAL" hari ini dah pun terima Bantuan Khas, jangan asyik buat provokasi malah mengeluarkan email palsu sehingga mengelirukan pekerja, kami tau siapa anda yang "NAKAL" ini, RUM nak ingatkan setiap REZEKI yang diterima adalah dengan "IZINNYA" maka sebagai orang beragama Islam wajar dirinya bersabar.

Sekali lagi RUM merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Related Posts:

  • YELLOW UNIONCompany union A company or "yellow" union is a worker organisation which is dominated or influenced by an employer, and is therefore not an independent trade union. Company unions are contrary to international labour law (se… Read More
  • Teori Konspirasi Bila RUM terima sepucuk surat pada petang semalam dan semua dokumen - dokumen sokongan yang ada, berdasarkan penilaian dengan beberapa individu "expert", RUM beranggapan wujudnya teori... di bawah "konspirasi". Walaupun R… Read More
  • MAHUKAH KITA JADIKAN RUM YELLOW UNION. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera MAHUKAH KITA JADIKAN RUM YELLOW UNION. "TEPUK DADA TANPA SELERA" Datuk Presiden KTMB hampir berjaya menjadikan RUM "yellow union" malah hari ini saya yakin bahawa Datuk Presiden K… Read More
  • APA ITU "YELLOW UNION"? "YELLOW UNION" ialah "UNION ANGGUK" atau "PEMIMPIN YANG MEMIMPIN UNION ITU ADALAH PAK ANGGUK" atau "YES BOSS" atau "UNION DI BAWAH PENGARUH MAJIKAN ". Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB … Read More
  • Iisu Kesatuan Sekerja Di Parlimen Terima Kasih Dato Seri Noh Omar yang membentangkan isu Kesatuan Sekerja Di Parlimen. Kami sangat hargai... TERBAIK Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB … Read More