05 Februari 2018

PEKELILING PERJANJIAN BERSAMA KE 9



Bil : (1) dlm RUM 058 (2019-2021)

Tarikh : 29 Januari 2018

Kepada :

Semua Pengerusi/ Setiausaha Cawangan
Semua Ahli Jawatankuasa Cawangan
Semua Ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM)

Saudara / Saudari,

PEKELILING
PERJANJIAN BERSAMA KE 9

Merujuk kepada perkara diatas, adalah dimaklumkan bahawa Perjanjian Bersama yang ke Lapan (8) akan berakhir pada 31hb Disember 2018 dan bagi maksud persediaan seperti mana yang termaktub di Artikel 4.2 Perjanjian Bersama, pihak kesatuan boleh mengemukakan satu notis bertulis tiga (3) bulan sebelum berakhir Perjanjian Bersama yang ke Lapan (8), untuk merundingkan satu perjanjian baru pada atau selepas 1.10.2018, maka pihak kesatuan perlu merangka dan menyediakan perjanjian bersama bagi maksud untuk menyampaikan pada pihak pengurusan pada atau selepas 1.10.2018.

2. Pihak Kesatuan menjemput saudara-saudari untuk mengemukakan pandangan atau cadangan kepada Ibu Pejabat Kesatuan untuk penyediaan Perjanjian Bersama. Untuk tujuan itu saudara boleh mengemukakan pandangan atau cadangan seperti berikut :-

2.1 Pandangan atau cadangan mestilah berbentuk kertas kerja,

2.2 Kertas kerja mestilah mempunyai :-

1.1.1 Pendahuluan

2.1.2 Sebab dan mengapa pandangan atau cadangan ini dituntut

2.1.3 Fakta

2.1.4 Konklusi

2.3 Kertas kerja ini hendaklah dialamatkan kepada Setiausaha Cawangan dan tarikh tempoh penyerahan kepada Setiausaha Cawnagan ialah pada 31hb Mei 2018 tidak lewat dari jam 5.00 petang.  

2.4 Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari selepas tarikh tamat tempoh penerimaan kertas kerja.

2.5 Jawatankuasa Cawangan hendaklah mengkaji, menilai, menambah, membantu mana-mana yang kurang dan memutuskan mana-mana kertas kerja untuk dipanjangkan kepada Setiausaha Agung.

2.6 Setiausaha Cawangan hendaklah menyampaikan semua kertas kerja yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Cawangan kepada Setiausaha Agung tidak lewat dari 15hb Jun 2018 jam 5.00 petang.

3. Sehubungan dengan itu, adalah diharap saudara dapat memberi kerjasama untuk menyampaikan segala pandangan atau cadangan dalam penyediaan Perjanjian Bersama yang ke Sembilan (9) 01hb Januari 2019 hingga 31hb Disember 2021. Kerjasama ini mencerminkan setiap individu ahli memainkan peranan untuk mendapat hasrat sebagai sebuah kesatuan yang berwibawa yang bertanggungjawab kepada sebuah organisasi yang disegani.

Sekian Terima Kasih.

Yang menjalankan tugas,

(SUBRAMANIAM A/L M. RAMAKRISHNAN)
Setiausaha Agung
Kesatuan Pekerja – Pekerja KTMB

"SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA"