20 Februari 2018

KEHENDAK KTMB DIUTAMAKAN KAJIAN PIHAK BERKEPENTINGAN MENGENAI LARIAN "CROSS BORDER" ADALAH KARUT

Bila business KTMB melampaui sempadan (cross border) telah dikatakan tidak memberi keuntungan kepada KTMB, itu yang dikatakan oleh pihak yang berkepentingan untuk "membekal" lokomotif.

Kalau tiada keuntungan kenapa pula Kementerian Pengangkutan atau syarikat tertentu beriya-iya mewujudkan "second operator"?

Land Bridge terbukti mendapat pengiktirafan luar negara, idea yang cukup bernas dicetuskan oleh Mantan Pengurus Besar Kargo KTMB, sehingga menghasilkan pendapatan yang baik kepada KTMB, cuma masalahnya KTMB kekurangan Lokomotif manakala SRT  atau Keretapi Thailand juga kekurangan lokomotif, andai Land Bridge hendak diteruskan maka perjanjian yang dipersetujui antara KTMB dan SRT ialah larian "cross border" hanya melalui tren atau lokomotif milik KTMB, malah persetujuan antara RUM dan SRUT juga hanya membenarkan tren KTMB sahaja untuk melintasi sempadan "cross border".

Namun mereka boleh mengatakan bahawa larian "cross border" tidak memberi keuntungan "profit" kepada KTMB hanya semata-mata untuk menjual produk mereka, alasan ini disebabkan lokomotif hibrid tidak boleh melarikan tren ke Thailand kerana Thailand tidak mempunyai sistem elektrifikasi serta landasan keretapi Thailand tidak mampu menanggung bebanan lokomotif hibrid manakala lokomotif hibrid dengan kapasiti engin yang ada hanya mampu sebagai shunting loko sahaja.

Maka itu alasan yang diberikan oleh mereka tidak mencerminkan keikhlasan sebaliknya hanya berbekalkan percubaan dua (2) lokomotif elektrik selama dua (2) tahun yang produktifnya tidak mencapai kehendak dan keperluan KTMB secara maksimum, percubaan ini tidak boleh menjadi satu alasan sebagai keperluan untuk membeli kerana banyak alasan yang munasabah bagi menolak pembelian ini melalui kapasiti dan keperluan KTMB secara total.

Maka itu Kementerian Pengangkutan sewajarnya menolak apa jua alasan yang dikemukakan demi memastikan kehendak KTMB diutamakan.

Tiada alasan untuk Kementerian Pengangkutan menerima saranan seterusnya wajar menolak pembeliaan Lokomotif Hibrid.

Keperluan dan kehendak KTMB adalah Lokomotif Diesel.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB