19 Februari 2018

POTENSI PELUANG PERNIAGAAN (PEMBELIAAN PERALATAN)

Sesuatu perniagaan yang nak dibuka pasti perlukan kajian yang mendalam termasuk jangkaan pendapatan dan titik pulang modal, persekitaran maupun pelanggannya, asas ini juga akan diambil kira oleh pihak bank untuk membuat penilaian samada pinjaman yang diberikan mampu dibayar balik sekiranya sesuatu pinjaman dibuat untuk perniagaan berdasarkan potensi perniagaan.

Andai pembelian dibuat terhadap sesuatu jentera untuk kegunaan perniagaan juga perlu melihat jentera itu mampu mengeluarkan produktiviti yang tinggi bagi memastikan produktiviti mampu memenuhi pasaran dan kehendak pengguna.

Begitulah asas perniagaan agar setiap perniagaan tidak menghasilkan kerugian kerana kos permulaan yang dikeluarkan adalah tinggi manakala setiap perancangan yang dibuat perlukan analisis yang betul sekalipun perniagaan itu hanya membuka sebuah kedai dobi.

Dalam hal ini RUM ingin memberi contoh:-

CONTOH 1.

Peruntukan bajet adalah RM 360 juta.

Setelah kajian dibuat keperluan ialah membeli peralatan adalah bernilai RM 12 juta seunit dengan peruntukkan RM 360 juta maka peralatan boleh dibeli sebanyak 30 unit peralatan.

30 unit peralatan ini mampu menjanakan pendapatan yang tinggi malah dari semua sudut kualiti dan pengunaan peralatan ini boleh dimaksimumkan maka hasilnya dari kajian yang dibuat maka pembelian ini amat menguntungkan.

CONTOH 2

Peruntukan bajet adalah RM 360 juta

Mengikut satu cadangan lain ialah pembelian perlu dengan peralatan ini yang bernilai 75 % lebih mahal iaitu RM 21 juta, maka dengan peruntukan RM 360 juta maka peralatan boleh dibeli sebanyak hanya 17 unit sahaja.

Ada beberapa alasan yang berikan bahawa ianya adalah baik dari sudut persekitaran hijau dan dari sudut-sudut lain.

Setelah dinilai dari semua sudut perbezaan baik, buruk, untung, rugi persekitaran dalaman serta luaran maka jelas dan nyata contoh A lebih potensi malah menguntungkan malah perbandingan dari sudut persekitaran hijau yang dinyatakan juga boleh dianggap remeh dari sudut pengggunaan di negara Amerika dan Eropah yang mencetuskan persekitaran hijau dan dari sudut implikasi persekitaran hijau banyak pengunaan dalaman yang lebih kritikal sekiranya ianya digunakan satu alasan untuk membeli peralatan berkenaan, dari sudut bank sekiranya pinjaman hendak membeli peralatan ini, sudah pasti bank akan menolak pinjaman ini kerana ianya tidak berpotensi untuk membayar hutang setelah menilai titik pulang modal.

Keputusan yang wajar sekali dibuat ialah Contoh A  namun atas kehendak pihak-pihak tertentu maka gesaan demi gesaan dibuat untuk pembelian Contoh B.

Beginilah yang berlaku dan bakal berlaku dalam KTMB, KTMB akan sentiasa dirundung malang manakala pekerjanya pula akan sentiasa menjadi mangsa pada setiap tomahan yang dilemparkan kononnya KTMB tidak mampu meraih keuntungan maka cadangan yang paling baik dikemukakan ialah mewujudkan RNAA.

RUM hanya lontarkan pandangan asas dari sudut perniagaan al maklum RUM tidak berkelayakkan Master of Business, kepentingan RUM ialah mempertahankan KTMB dan Pekerjanya bagi memastikan KTMB mampu memberi perkhidmatan yang baik malah mampu meraih keuntungan kerana setiap faedah akan dinikmati oleh pekerjanya.

RUM akan menulis surat secara rasmi mempertahankan "KEHENDAK KTMB"!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB