31 Julai 2018
RUNGUTAN AHLI
Selasa, Julai 31, 2018
Pihak kesatuan ingin menjelaskan bahawa sebarang isu dalaman atau rungutan ahli tidak akan dipaparkan dalam Suara RUM.
Untuk makluman semua isu sekiranya ada yang dibangkitkan oleh ahli-ahli dibangkitkan samada melalui perbincangan secara tidak rasmi atau rasmi, setakat ini isu yang ada di bawah pengetahuan kesatuan telah diangkat ke pengetahuan pihak pengurusan, ada yang berjaya diselesaikan ada juga masih tertangguh untuk menunggu rundingan selanjutnya sehingga isu diselesaikan.
Justeru itu ingin ditegaskan bahawa setakat ini tiada isu...
KAYUH LAJU LAJU 2 EKSPRESS SENANDUNG MALAM/ WAU DAN EKPRESS SINARAN PAGI
Selasa, Julai 31, 2018
Apakah dikatakan bodoh bila CEO nak larikan kembali tren ekspress Senandung Malam/ Wau /Sinaran Pagi, kalau bodoh dimanakah bodohnya? Adakah hanya melarikan tren yang merugikan maka dikatakan bodoh, maka bodohlah kita andai melarikan tren untuk kepentingan rakyat.
Tren-tren ini adalah untuk kepentingan rakyat dengan kos tambang yang murah malah peminat-peminat keretapi amat berminat mengunakan tren ini.
Tren-tren ekpress ini juga boleh mencapai keuntungan sekiranya tren-tren ini dibuat sebegitu rupa bukan sahaja untuk tambang yang murah malah boleh...
28 Julai 2018
KAYUH LAJU-LAJU 1 JAWATAN CEO KTMB ATAU PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB
Sabtu, Julai 28, 2018
Kuatnya kayuh.. hebat.. tapi tak kesahlah... hak mengayuh hak anda.. cuma tak kan kerajaan baru ni ikut kehendak orang yang mengayuh... mesti ada kriteria yang tepat.. yang penting "INTEGRITI", kalau tak ada "INTEGRITI" sama je lah.. dulu RUM kayuh sama... sekarang RUM tak kayuh malas penat main kayuh benda ngarut ni.. last dikatakan kutip... hahaha
Dalam hal lain kena tengok "keharmonian perusahaan" hubungan baik dengan Kesatuan Sekerja, kalau hubungan itu tiada maka apa jadi dengan "organisasi", apa jadi dengan "produktiviti"... tambah-tambah...
27 Julai 2018
KAYUH LAJU-LAJU
Jumaat, Julai 27, 2018
Semua bertanyakan soalan kepada RUM mengenai benarkah sipolan ini mungkin ditawarkan jawatan penting samada CEO KTMB atau Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, penat RUM nak jawab, cuma RUM sampaikan mesej "iya benar dia sedang Kayuh Laju-Laju".
Sekarang RUM tengah fikir panjang samada nak menulis dalam Suara Rum ni.. kekadang rasa malas nak menulis... biarkan jelah... tapi ramai yang tanya... ramai yang gusar... ramai yang gelisah... RUM mungkin pertimbangkan untuk menulis bila RUM ada idea dan masa... sebab RUM pun "kenal sangat" dengan dia ni......
23 Julai 2018
RUM MENYOKONG TUNTUTAN MTUC GAJI MINIMA RM 1,800.00
Isnin, Julai 23, 2018
RUM menulis mengenai perkara ini setelah ada pertanyaan kepada RUM oleh ahli-ahli RUM mengenai kedudukan "Seniority" serta RUM mendapat berita bahawa MTUC menuntut Gaji Minima RM 1,800.00, manakala melalui kenyataan akhbar Menteri Sumber Manusia akan mengumumkan gaji Minima pada bulan Ogos 2018.
RUM menyokong penuh tuntutan gaji minima RM 1,800.00 yang dibuat oleh MTUC, saranan MTUC ini adalah berasas bagi memastikan golongan pekerja boleh menikmati kehidupan yang baik berdasarkan kos sara hidup yang tinggi.
Gaji Minima adalah gaji asas yang merangkumi...
22 Julai 2018
KESIAN
Ahad, Julai 22, 2018
Tak kira asalkan nama pekerja kita rasa simpati, cuma berbeza isu ECRL berbanding dengan MAS, pekerja MAS tidak sewajarnya diberhentikan manakala isu ECRL melibatkan RUM juga tidak bersetuju malah dari sudut pelaksanaan ke negara China implikasinya pasti kepada pekerja yang akan dibuang kerja, namun RUM tetap berharap pekerja-pekerja ini diberi peluang kerja yang lain dan tidak diabaikan, namun tidak kerana pekerja ini ECRL perlu diteruskan andai diteruskan maka ambillah kembali pekerja ini.
Soal kesian sepatut dan sewajarnya pihak yang berkenaan...
10 Julai 2018
DATO IR NAWAWI MELEPASKAN JAWATAN PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB. KAMI (RUM) MENGHARGAI JASA DAN SUMBANGAN YANG DIBERIKAN KEPADA KTMB/RUM & SELURUH WARGA KTMB.
Selasa, Julai 10, 2018
Pihak RUM telah pun dimaklumkan awal oleh Dato Ir Nawawi Ahmad yang berhasrat melepaskan jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, namun secara rasmi Dato Ir Nawawi Ahmad telah membuat pengumuman rasmi ketika Majlis Hari Raya KTMB hari ini.
Dalam ucapannya beliau berasa bangga berada di dalam KTMB, malah beliau melihat dengan kehadiran set tren ETS baru sebanyak sembilan (9) set bermula bulan September ini akan merancakkan lagi perkhidmatan KTMB malah...
04 Julai 2018
TERIMA KASIH KEPADA MAJLIS PENASIHAT KERAJAAN
Rabu, Julai 04, 2018
RUM merakamkan terima kasih kepada semua Ahli Majlis Penasihat Kerajaan yang diketuai oleh Tun Daim Zainuddin yang sudi memanggil Presiden RUM untuk mendengar pandangan RUM semalam jam 11.00 pagi, 3 Julai 2018 di Menara Ilham.
Bagi pihak RUM peluang ini telah diambil dengan menjelaskan masalah yang berkaitan dengan isu-isu dasar seperti RNAA, SECOND OPERATOR, PEMBELIAN SET TREN DARI CHINA serta memberi pandangan hala tuju KTMB pada masa depan demi kepentingan KTMB, Pekerja dan khususnya Pengguna.
RUM merasakan bahawa usaha membuka pintu mendengar...