23 Julai 2018

RUM MENYOKONG TUNTUTAN MTUC GAJI MINIMA RM 1,800.00

RUM menulis mengenai perkara ini setelah ada pertanyaan kepada RUM oleh ahli-ahli RUM mengenai kedudukan "Seniority" serta RUM mendapat berita bahawa MTUC menuntut Gaji Minima RM 1,800.00, manakala melalui kenyataan akhbar Menteri Sumber Manusia akan mengumumkan gaji Minima pada bulan Ogos 2018.

RUM menyokong penuh tuntutan gaji minima RM 1,800.00 yang dibuat oleh MTUC, saranan MTUC ini adalah berasas bagi memastikan golongan pekerja boleh menikmati kehidupan yang baik berdasarkan kos sara hidup yang tinggi.

Gaji Minima adalah gaji asas yang merangkumi semua perbelanjaan kehidupan bagi setiap orang insan yang dinamakan pekerja samada bujang maupun bekeluarga.

RUM menyokong berdasarkan kepada keperluan hidup setiap pekerja yang menikmati gaji bulan kerana RUM amat mengetahui bagi setiap pekerja yang mendapat gaji RM 1,200.00 minima yang dinikmati pekerja KTMB tidak mencukupi perbelanjaan bulanannya.

RUM juga sedar bahawa kewujudan gaji minima ini akan menjadi satu masalah kepada golongan berasaskan "seniority" yang mana akan menghakibatkan "rungutan" kepada pekerja sebagai contoh :-

1. Pekerja baru telah mengatasi gaji pekerja yang telah 10 tahun berkhidmat atau sama gaji dengan pekerja yang telah 10 tahun meningkat berasaskan penguatkuasaan gaji minima, pasti mereka merungut dan menyalahkan RUM sedangkan ianya adalah penguatkuasaan undang-undang.

2. Pekerja senior akan merungut mendapat kenaikan gaji bila gaji minima berkuatkuasa dengan mengatakan bahawa pekerja baru 2 tahun bekerja yang bergaji RM 1,300.00 akan ditingkatkan kepada RM 1,800.00 maka kenaikannya ialah sebanyak RM 550.00 manakala pekerja yang dah 6 tahun berkhidmat akan merungut bahawa gaji beliau yang hanya 1,500.00 hanya menikmati kenaikan sebanyak RM 300.00, mereka akan menyalahkan RUM berdasarkan pekerja baru dapat tinggi manakala pekerja lama dapat sedikit.

Ini antara isu yang wujud dikalangan pekerja senior yang kononnya merasakan tidak adil bagi mereka.

Bagi pihak RUM pula kita berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan setiap perbezaan secara adil mengikut peratusan % yang ditingkatkan berdasarkan gaji minima RM 1,200.00 kepada RM 1,800.00 (yang dicadangkan MTUC) namun harus menyedari bahawa langkah untuk menentukan perbezaan itu adil dan samarata adalah "HAK  MAJIKAN" kerana "MAJIKAN AKAN MELIHAT KEPADA IMPLIKASI KEWANGAN".

Namun matlamat utama GAJI MINIMA adalah "GAJI ASAS" (BASIC PAY) iaitu untuk memastikan golongan pekerja mampu menampung kehidupan @ perbelanjaan bulanan sebagai seorang insan kerana dari perkiraan kos sara hidup bulanan kadar RM 1,800.00 masih tidak mencukupi berbanding kajian yang telah dibuat oleh BANK NEGARA.

Gaji Minima sekiranya diumumkan oleh Kerajaan pada bulan Ogos ini adalah satu pindaan undang-undang di bawah Akta Kerja yang akan menguatkuasakan setiap majikan hendaklah melaksanakannya sekiranya gagal Majikan yang mana berkenaan boleh didakwa, manakala bagi pekerja senior yang melangkaui gaji RM 1,801.00 yang menuntut kenaikan samarata berdasarkan perkiraan peratusan ( %) kenaikannya tidak tertakluk dengan pindaan kecuali mana-mana Syarikat yang ada Kesatuan Sekerja boleh mengemukakan cadangan melalui Perjanjian Bersama ianya tertakluk kepada kemampuan syarikat berdasarkan "Budibicara Mutlak Majikan", gaji minima yang dikuatkuasakan ketika ini adalah RM 1,000.00 (Semenanjung Malaysia).

Justeru itu RUM tetap berpendirian selaras dengan tuntutan MTUC agar gaji minima dinaikkan kepada RM 1,800.00 demi memastikan kehidupan asas pekerja dapat dinikmati sejajar dengan kedudukan kos sara hidup yang tinggi berbanding upah minima yang diterima pada setiap bulan, sewajarnya Kerajaan mempertimbangkan "GAJI MINIMA" untuk pekerja di negara ini adalah RM 1,800.00.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB