Pihak RUM telah pun dimaklumkan awal oleh Dato Ir Nawawi Ahmad yang berhasrat melepaskan jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, namun secara rasmi Dato Ir Nawawi Ahmad telah membuat pengumuman rasmi ketika Majlis Hari Raya KTMB hari ini.
Dalam ucapannya beliau berasa bangga berada di dalam KTMB, malah beliau melihat dengan kehadiran set tren ETS baru sebanyak sembilan (9) set bermula bulan September ini akan merancakkan lagi perkhidmatan KTMB malah beliau yakin bahawa KTMB akan lebih maju pada masa hadapan, beliau juga rasa gembira dengan kehadiran Diesel Multi Unit (DMU) sebanyak tiga belas (13) set yang dijangka sampai hujung tahun ini akan merancakkan kembali perjalanan tren di Pantai Timur.
Beliau juga sempat melahirkan rasa bangga bahawa Tun Mahathir Muhamed Perdana Menteri Malaysia ke 7 adalah Ahli Parlimen Langkawi cuma beliau kalah kepada gurunya, namun PRU 14 telah menyaksikan pertandingan antara Tun Mahathir Mohamed dan Dato Ir Nawawi Ahmad yang dimenangi oleh Tun Mahathir Mohamed, saya tetap menghormati beliau namun saya datang dari parti berbeza cuma saya pernah mengatakan dari faktor umur Tun sebelum PRU 14, namun kini dengan faktor umur Tun yang bekerja keras saya yang muda pun kalah, ujarnya sambil ketawa.
Dalam nada sebak beliau mendoakan KTMB maju jaya dan berharap dengan Kerajaan Baru ini akan melihat lebih dekat KTMB seterusnya memajukan KTMB, beliau yakin bahawa KTMB akan lebih maju pada masa hadapan.
Bagi pihak RUM merakamkan jutaan Terima Kasih kepada Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB yang telah menjalankan tugas dengan baik sekali, kami berbangga mempunyai seorang Pengerusi yang mempunyai hubungan yang baik dengan Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB malah dengan sokongan beliau Perjanjian Bersama ke 7 telah mendapat faedah yang terbaik iaitu Pelarasan Gaji sebanyak 13% dan meningkatkan Gaji Minima untuk pekerja KTMB sebanyak RM 1200.00.
Secara peribadi saya admin yang juga Presiden RUM juga rasa sedih dengan keputusan ini, kerana beliau seorang yang baik hati, pendengar yang baik, bijak menjaga hubungan malah mudah dibawa berbincang, malah saya beranggapan beliau adalah seorang yang sahabat yang sangat baik, semoga hubungan persahabatan akan terus berkekalan.
Sekali lagi kami merakamkan jutaan terima kasih kepada beliau, kami akan tetap mengingati jasa dan sumbangan beliau kepada KTMB, RUM dan khususnya semua Warga KTMB, kami doakan semoga beliau terus sukses dalam apa jua bidang yang bakal dilakukan, semoga beliau terus sihat dan dirahmati Allah Swt.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
10 Julai 2018
Home »
» DATO IR NAWAWI MELEPASKAN JAWATAN PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB.
KAMI (RUM) MENGHARGAI JASA DAN SUMBANGAN YANG DIBERIKAN KEPADA KTMB/RUM & SELURUH WARGA KTMB.
DATO IR NAWAWI MELEPASKAN JAWATAN PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB. KAMI (RUM) MENGHARGAI JASA DAN SUMBANGAN YANG DIBERIKAN KEPADA KTMB/RUM & SELURUH WARGA KTMB.
Selasa, Julai 10, 2018
Related Posts:
KERANI KAUNTER OUTSORCE (PT 5) PUNCH KAD JAM 10.00 KAKITANGAN IBU PEJABATRUM dapat banyak rungutan, bahawa semua kakitangan pejabat diarahkan berada diplatform KL CENTRAL, malah tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan diarahkan punch kad jam 10.00 pagi. RUM memberi sokongan kepada idea ni, kerana ia… Read More
PEBADANAN ASET KERETAPI (RAC) PERTUKARAN PENGURUS KANAN KTMBRUM rasa lega bila pertukaran Pengurus Kanan yang mengendalikan hal ehwal aset keretapi bagi pihak KTMB. Pertukaran ini diharapkan berakhir episod "PAK ANGGUK" atau bersetuju sahaja mengenai kehendak RAC tanpa memikirkan kepe… Read More
KENYATAAN@KOMEN DALAM MEDIA SOSIAL (FACEBOOK)RUM ingin menasihatkan sekali lagi pada semua ahli-ahli RUM jangan sesekali mengeluarkan kenyataan atau komen yang menyentuh Pengurusan KTMB atau KTMB. RUM telah berulangkali menasihatkan ahli-ahli RUM, dukacitanya masih ada … Read More
KERANI KAUNTER OUTSORCE (AKHIR) KELEMAHAN/TENTANGAN DARI RUMSeperti kenyataan yang lepas (PT 2), proposal masuk dengan mencadangkan peluang-peluang perniagaan yang boleh diambil oleh Syarikat luar, pihak pengurusan KTMB terus menerima, apatah lagi ada "remark" dari "wahyu" maka lagi l… Read More
NOTIS MAKLUMAN Pelik betul RAC ni... siapa dia nak mengeluarkan arahan kepada pekerja KTMB untuk keluar kuarters. Belajar kat mana... nak buat kerja tu plan dulu... jangan dah nak terberak... baru nak gali lobang... Failed!!!!!! Buat RUM … Read More