31 Julai 2018

KAYUH LAJU LAJU 2 EKSPRESS SENANDUNG MALAM/ WAU DAN EKPRESS SINARAN PAGI

Apakah dikatakan bodoh bila CEO nak larikan kembali tren ekspress Senandung Malam/ Wau /Sinaran Pagi, kalau bodoh dimanakah bodohnya? Adakah hanya melarikan tren yang merugikan maka dikatakan bodoh, maka bodohlah kita andai melarikan tren untuk kepentingan rakyat.

Tren-tren ini adalah untuk kepentingan rakyat dengan kos tambang yang murah malah peminat-peminat keretapi amat berminat mengunakan tren ini.

Tren-tren ekpress ini juga boleh mencapai keuntungan sekiranya tren-tren ini dibuat sebegitu rupa bukan sahaja untuk tambang yang murah malah boleh dletakkan koc-koc yang bertaraf "business class" melalui harga pasaran bagi perjalanan jarak jauh contohnya di Indonesia telah membuktikan tren-tren ini menguntungkan.

Andai ianya kekal murah, maka menjadi tanggungjawab pengurusan untuk menuntut kos perbezaan harga atau harga minyak yang bersubsidi kepada kerajaan, kerana perkhidmatan ini untuk rakyat selaras KTMB di bawah perkhidmatan sosial.

Kita juga sedia maklum koc-koc untuk tren ini telah dibaikpulih dan akan diserahkan kepada KTMB secara berperingkat, makanya tren yang telah dibaikpulih ini perlu dioperasikan bagi memenuhi kehendak pengguna@rakyat sekiranya dikatakan bodoh kerana mendengar desakan RUM, adakah koc ini hendak dibuat "TUKUN", dimanakah bodohnya?

RNAA yang dikatakan bagus itu adalah idea "BODOH" yang nak mengenyangkan pihak tertentu, menyerahkan set-set tren lokomotif kelas 24 kepada Syarikat luar adalah bodoh kerana kita berkemampuan untuk membaikpulih lokomotif kelas 24 ianya adalah kerja rutin, menyerahkan operasi tren kargo kepada second operator itu adalah bodoh kerana menunjukkan kita tidak berkemampuan serta tidak mampu mengorakkan idea inovatif.

Sepatutnya kita bijak mencorakkan kerja yang lebih mencabar kemampuan, bercita-cita besar, bermotivasi tinggi agar kita mampu menonjolkan KTMB sebuah syarikat yang maju dan berdaya saing diarena antarabangsa.

Bukannya  ibarat duduk di bawah tempurung sehingga KTMB yang dulunya hebat dan akhirnya landasan pun hendak berkongsi dengan orang lain, letih ler kalau nak jawatan dan kayuh bagai nak giler tapi idea masih idea longkang.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB