31 Julai 2018

RUNGUTAN AHLI

Pihak kesatuan ingin menjelaskan bahawa sebarang isu dalaman atau rungutan ahli tidak akan dipaparkan dalam Suara RUM.

Untuk makluman semua isu sekiranya ada yang dibangkitkan oleh ahli-ahli dibangkitkan samada melalui perbincangan secara tidak rasmi atau rasmi, setakat ini isu  yang ada di bawah pengetahuan kesatuan telah diangkat ke pengetahuan pihak pengurusan, ada yang berjaya diselesaikan ada juga masih tertangguh untuk menunggu rundingan selanjutnya sehingga isu diselesaikan.

Justeru itu ingin ditegaskan bahawa setakat ini tiada isu yang boleh dianggap sebagai pertikaian kerana hubungan yang ada di bawah katogeri harmoni.

Kepada ahli-ahli yang mempunyai rungutan atau perkara yang bertentangan dengan Perjanjian Bersama boleh adukan kepada wakil bahagian, pengerusi/setiausaha  cawangan atau mesej inbox Suara RUM untuk disiasat seterusnya sekiranya ada kes pihak kesatuan akan mengambil tindakan menyelesaikan sebarang rungutan.

Perlu dijelaskan setiap masalah tidak boleh diselesaikan sekelip mata, kerana ada perkara-perkara tertentu yang melibatkan pihak pengurusan perlu membuat siasatan mengenai aduan kesatuan seterusnya pihak pengurusan perlu memberi keputusan yang munasabah bagi maksud penyelesaian, tidak semua isu juga boleh berjaya bergantung kepada hujah dan fakta yang dikemukakan, justeru itu untuk sesuatu penyelesaian kadang-kadang mengambil masa yang agak panjang, namun pihak kesatuan sedaya upaya menyelesaikan secepat mungkin.

Pihak kesatuan ingin menasihatkan tidak membuat sebarang pertanyaan secara terbuka khususnya melalui komen-komen, ini akan mendatangkan risiko kepada ahli kerana secara tidak langsung boleh menjatuhkan imej KTMB yang mana ianya bertentangan dengan prosedur tindakan tatatertib, sebaiknya sebarang pertanyaan dikemukakan dalam mesej inbox.

Terima kasih

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Related Posts:

  • FLASHMOB (HERO KONON) Perjuangan RUM adalah untuk Pekerja KTMB dan memastikan KTMB terus kekal bukan sahaja kerana sejarahnya tapi kerana KTMB adalah untuk kepentingan rakyat. Ramai orang tak sedar, ramai orang tidak tahu, mereka hanya mel… Read More
  • Komuter: KTMB masih rugi RM60 juta MUKADIMAH: PENGERUSI Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir. Nawawi Ahmad (gambar) mengikuti komen-komen dari Facebook dan WhatsApp sebaik sahaja pengumuman kadar tambang baharu perkhidmatan komuter KTMB kelmarin. … Read More
  • Terima kasih kepada JK Cawangan Alor Setar Bagi pihak Majlis Exco kami merakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa Cawangan dan Ahli-Ahli Cawangan Alor Setar. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB … Read More
  • FLASHMOB Awat masa 6000 Pekerja Mas di tamatkan perkhidmatan kumpulan ni tak buat flashmob? Tau ke pekerja MAS ada anak juga belajar ke Universiti? Kalau terjadi apa2 kepada pekerja KTMB macam pekerja MAS, kumpulan ni nak bagi … Read More
  • KTMB Terus Berjaya TAHNIAH Satu lagi kejayaan KTMB Daripada Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB … Read More