30 September 2016
PERJANJIAN BERSAMA KE 8
Jumaat, September 30, 2016
RUM merasa terkilan dengan Lembaga Pengarah KTMB, yang mengambil masa yang sangat lama untuk membuat keputusan dalam meluluskan Perjanjian Bersama ke 8.
Sedarkah Lembaga Pengarah KTMB bahawa pekerja KTMB kadar gaji yang diterima adalah rendah berbanding sektor awam, malah pihak consultant yang pernah dilantik juga mengakui bahawa pekerja KTMB bergaji rendah mengikut kadar pasaran.
Bulan berganti bulan, malah Mesyuarat Lembaga Pengarah 29.9.2016 semalam tidak memberi sebarang keputusan kononnya ada dokumen yang tidak lengkap maka satu lagi Mesyuarat...
PINJAMAN UNTUK PEMBUANGAN KERJA (KEMELUT)
Jumaat, September 30, 2016
Masih ramai yang tidak membayar pinjaman kembali, sedangkan ianya adalah wang RUM, hutang tetap hutang... wang ini adalah wang ahli-ahli... tak takut ke dituntut dikemudian hari.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
29 September 2016
SETUJU DAN TIDAK SETUJU
Khamis, September 29, 2016
SETUJU DAN TIDAK SETUJU
Setuju kerana Presiden Cuepacs bercakap bagi pihak gabungan yang mewakili penjawat awam yang menjadi ahli kesatuan sekerja.
Tidak setuju kerana sebagai Presiden RUM pekerja KTMB makin ketinggalan jauh malah CA 8 pun belum selesai, kalau nak naik angin dengan pengurusan KTMB dah naik angin, tapi "SABAR" masih ada lagi.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
Cc
YB Dato Ir Nawawi Ahmad
Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB
YBhg Dato Haji Sarbini Tijan
Presiden K...
JAWAPAN KEPADA PERSOALAN
Khamis, September 29, 2016
RUM TETAP RUM
Cam mana dulu.. itulah RUM..
RUM tetap sama...
Bergerak...
Tak kira secara terbuka...
Maupun tanpa bicara...
Ahli tak perlu risau..
Cuma gerak langkah berbeza...
Tidak ketara..
Tapi tetap membara..
Barisan kepimpinan RUM..
Sedar.. malah tidak pernah leka..
Sekali leka..
Bencana menimpa..
Jauh perjalanan..
Penuh ranjau dan duri..
Bergetah sana sini..
Hebatnya... tidak terkata..
Namun..
Matlamatnya...
Berjuang...
Dengan jayanya...
RUM TETAP RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
TOPIK SUNGGUH MEMALUKAN
Khamis, September 29, 2016
Di bawah ini jawapan balas dari Pengurus Wilayah Tengah KTMB (PWc Mus Zack) dalam komennya di Suara RUM diangkat sebagai topik untuk menjawab kenyataan melalui akhbar yang dikeluarkan dalam Utusan Malaysia.
Dalam kenyataan selanjutnya sambungan komen dari PWc Mus Zack juga dipetik dan dipaparkan di bawah ini :-
"Apa yg saya tulis disini hanya tulisan peribadi saya semata-mata dan bukannya perutusan mewakili mana2 entiti."
______________________________________________________
Satu tajuk yg menarik, terima kasih pd wartawan serta rakan sahabat yg...
28 September 2016
SUNGGUH MEMALUKAN
Rabu, September 28, 2016
Tidak sewajarnya berlaku, diharap pihak pengurusan KTMB mengambil tindakan segera, sekiranya ianya di bawah penyeliaan kontraktor, harap ditamatkan kontrak dengan kadar segera, sekiranya di bawah mana-mana pegawai KTMB yang dipertanggungjawabkan, tindakan tatatertib hendaklah diambil, jangan membiarkan imej KTMB tercemar kerana kelemahan seperti ini.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
Cc.
YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah...
23 September 2016
KERJA LUAR NEGARA
Jumaat, September 23, 2016
Sekadar nak pesan.. bila diamanahkan.. maka ianya tanggungjawab.. maka lakukan tanggungjawab dengan sesempurna mungkin.
Berada diluar negara dengan tujuan "kerja" maka buatlah kerja dengan betul dan bukannya mengambil kesempatan, kerana keluar negara bukan untuk melancung tapi untuk mendapat dan menambah pengetahuan, sekembalinya ke tanahair untuk dikongsi malah dipraktikan.
20.51 Berlin
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
*mohontera...
15 September 2016
Larikan semula tren intercity
Khamis, September 15, 2016
RUM suka kenyataan ini maka RUM paparkan:
"tentang masalah ETS semalam yang lewat,apa yg saya diberitakan adalah,masalah nya adalah kelewatan oleh tren shuttle JB - Gemas...bukan masalah ETS...ETS tiada masalah apa2,jadi janganlah nak salah kan ETS...
Penyelesaian masalah.
Adakan semula tren Ekspres Peninsular JB - P.Besar,in shaa Allah,masalah akan selesai...sebab peninsular la yang akan pergi dari hujung utara ke hujung selatan..
harap ada berita gembira buat kita nanti😂😂😄😄...."
Semoga tren intercity yang dihentikan perkhidmatan dilarikan...
14 September 2016
MASALAH KTMB & TANAH KERETAPI
Rabu, September 14, 2016
RUM dah puas menulis mengenai masalah KTMB, dari sudut puncanya sehingga apa yang berlaku kini, kedudukan kewangan yang lemah, tanpa bantuan kerajaan (tiada suntikan kewangan) permainan Kementerian Pengangkutan, harga tambang yang rendah, akibat kelemahan pengurusan yang lalu, biokrasi kerajaan, banyak sangat bapa, RAC dan banyak lagi. Ibarat KTMB adalah anak tiri.
Semua ini masalah yang perlu diatasi, cara bagaimana?
Cara bagaimana ialah seseorang kena betulkan kembali dasar yang ada, sebab dasar yang ada telah jadi cacamerba, sekiranya ini tidak...
13 September 2016
TENDER TERBUKA VS RUNDINGAN TERUS(DIRECT NEGO)
Selasa, September 13, 2016
RUM tertarik dengan kenyataan Mantan Menteri Kewangan 2 yang cuba mengekang "RUNDINGAN TERUS" (Directnego), bila RUM membaca kenyataan ini RUM nak "SALUTE" kepada beliau, cukup berintergriti..
Dalam MoT kini cukup popular dengan "DIRECT NEGO" masuk je proposal.. terus nak pertimbangkan... yang kontraktornya kayuh sana... kayuh sini... maka yang jadi mangsanya KTMB.
Track record dalam KTMB dah ada... yang teruknya semua melalui "direct nego" dari pembaikpulihan koc sampailah membeli Set SCS dan ETS.
RUM telah menulis surat berulangkali kepada pihak...
TANAH KEGUNAAN KTMB
Selasa, September 13, 2016
RUM nak ingatkan pada semua pihak bahawa tanah/bangunan kegunaan KTMB berdasarkan "kepentingan perkhidmatan" jangan sesekali diusik!
Pada mereka yang tidak faham apa itu "kepentingan perkhidmatan, jabatan perlu, perkhidmatan sosial" boleh berjumpa dengan kepimpinan RUM untuk penjelasan.
Cuma RUM nak bagitau kalau "orang putih" dulu boleh fikirkan kuarters dibina ditepi landasan berdasarkan "kepentingan perkhidmatan" kenapa manusia hari ini yang menduduki jawatan tertinggi tak boleh fikirkan, adakah mereka kini hanya mencari jalan mudah?...
08 September 2016
CADANGAN PEMBANGUNAN ATAS TANAH KTMB DI BUKIT BANGSAR TERMASUK LENGKUK ANDULLAH & BANGSAR UTAMA
Khamis, September 08, 2016

Baru dapat mesej ini, dari seorang kenalan... kuarters keretapi Bangsar Utama dan kuarters keretapi Lengkuk Abdullah akan hilang... kalau tenguk bentuk plan.. macam tiada kuarters ganti, wah... hebat... hebat...
Komen RUM...
Belum bersedia nak membuat sebarang komen, sebab maklumat lengkap tiada, siapa company, siapa tangan ghaib belum dikenalpasti, sekadar makluman awal.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
07 September 2016
BEZA PENJAWAT AWAM & PEKERJA SWASTA
Rabu, September 07, 2016
1. BEZA PENJAWAT AWAM & PEKERJA SWASTA
2. PENTINGNYA KESATUAN SEKERJA
3. PEKERJA/MAJIKAN/KERAJAAN
Ramai yang marah apabila GAJI MINIMA antara Penjawat Awam dan Pekerja Swasta berbeza atau mungkin lain-lain faedah berbeza, penjawat awam dapat lebih dari sektor swasta, tapi ada juga sektor swasta yang dapat lebih dari sektor awam, sebagai contoh pekerja swasta mampu dapat bonus 3 hingga 5 bulan tapi penjawat awam hanya dapat RM 1,000.00 sahaja atau maksimanya berdasarkan track record yang ada tidak lebih dari satu bulan gaji. Ada gaji di sektor...
06 September 2016
SOKONG KENYATAAN CUEPACS
Selasa, September 06, 2016

RUM sokong kenyataan Cuepasc mengenai perkara ini, malah tidak bersetuju dengan cadangan MTUC buat masa ini.
MTUC sewajarnya melihat skop yang lebih luas lagi dalam menangani masalah kaum pekerja khususnya dari segi pendapatan kaum pekerja, gaji minima, kedudukan ekonomi negara, GST, pembuangan kerja, union busting dan sebagainya dan bukannya kurangkan jumlah jam bekerja.
Tindakan sedemikian sekadar mencari populariti sedangkan matlamat MTUC...
05 September 2016
PEMINJAMAN (SECONDED) INDUSTRI PERKERETAPIAN MENJELANG 2020 KEMENTERIAN PENGANGKUTAN (MoT)
Isnin, September 05, 2016
RUM menilai kembali penawaran "peminjaman" yang ditawarkan kepada pekerja maintenance EMU.
Kebiasaannya asas dan tujuan peminjaman kepada syarikat luar ialah memerlukan khidmat kepakaran pekerja KTMB dalam menjalankan tugas berkaitan bidang teknikal perkeretapian, maka itu tawaran dibuat dengan pemberian anugerah tambahan seperti "elaun".
Benarkah hasrat peminjaman ini berdasarkan "keperluan kepakaran pekerja" inilah persoalan yang perlu difikirkan.
Ada yang mengatakan ianya "perpindahan teknologi", maka itu penawaran peminjaman ini dilakukan.
Dua...
03 September 2016
Beli barang yang tiada kualiti
Sabtu, September 03, 2016

Kenyataan ini disokong, cuma jangan sampai tergadai dengan membeli barang yang tidak berkualiti, maksud yang tidak berkualiti seperti apa yang terjadi dengan pembelian lokomotif 29 kelas dan SCS (rujuk surat mantan Presiden KTMB, YBhg Datuk Elias Kadir) saya lebih sokong kenyataan YBhg Dato Zaharin Mohd Yasin dalam hal ehwal ini.
KTMB berkemungkinan dengan niat baik akan jadi lambakan barangan CHINA, sedangkan banyak lagi negara juga yang sepatutnya...
TAHNIAH MANTAN PRESIDEN KTMB
Sabtu, September 03, 2016
Set EMU yang telah dijual sebagai "besi buruk", sayang seribu sekali sayang, seolah-seolah kita "bodoh" sampai tak tahu apa itu "re-engineering", kita ketinggalan zaman, sedangkan kita mampu lakukan.
Sedih... sedangkan kalau kita "bijak sedikit" kita mampu menjadi pusat "re-engineering", pergi sampai "innotranz", tapi apa yang kita bawa balik... adeiii...
Owh iya... besi buruk ni dijual untuk bayar gaji pekerja... hehehe
Kenyataan Rasmi Kesatuan...
02 September 2016
CONSULTANT
Jumaat, September 02, 2016
RUM senyap tak komen pun pasal consultant, consultant lantikan MOT dilantik selepas YBhg Dato Haji Sarbini Tijan dilantik sebagai Presiden KTMB.
Isu perlantikan consultant ni bukan lah perkara baru, ianya tidak memberi manfaat kepada KTMB maupun pekerja berdasarkan track record dua (2) consultant sebelum ini.
Dari sudut pandangan RUM kewujudan yang ada ialah pembaziran Ringgit Malaysia iaitu kos pembiayaan consultant dan kos "main power" kepada pengurusan KTMB yang terganggu tugas-tugas harian dengan arahan membantu consultant termasuk...