30 September 2016

PERJANJIAN BERSAMA KE 8

RUM merasa terkilan dengan Lembaga Pengarah KTMB, yang mengambil masa yang sangat lama untuk membuat keputusan dalam meluluskan Perjanjian Bersama ke 8.

Sedarkah Lembaga Pengarah KTMB bahawa pekerja KTMB kadar gaji yang diterima adalah rendah berbanding sektor awam, malah pihak consultant yang pernah dilantik juga mengakui bahawa pekerja KTMB bergaji rendah mengikut kadar pasaran.

Bulan berganti bulan, malah Mesyuarat Lembaga Pengarah 29.9.2016 semalam tidak memberi sebarang keputusan kononnya ada dokumen yang tidak lengkap maka satu lagi Mesyuarat Lembaga Pengarah akan diadakan pada minggu ke empat (4) bulan Oktober 2016 yang akan membincangkan Perjanjian Bersama ke 8.

Ibarat kata... Kalau orang mengandung sembilan (9) bulan sepuluh (10) hari dah bersalin, ini dah boleh dikatakan "BUNTING GAJAH".

RUM melihat seolah-olah Lembaga Pengarah begitu cerewet malah boleh dianggap tidak mempercayai "PANEL PERUNDINGAN PENGURUSAN" yang telah membuat keputusan secara "PERSETUJUAN BERSAMA" dengan Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB, sekiranya ini benar maka ianya sangat-sangat mengecewakan.

RUM merayu kepada YB Dato Ir Nawawi Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB agar dapat menyegerakan kelulusan Perjanjian Bersama ke 8, agar ianya segera diangkat ke Kementerian Kewangan untuk kelulusan selanjutnya.

Disedari bahawa kelulusan Kementerian Kewangan akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga (3) bulan, maka kelulusan segera dari Lembaga Pengarah KTMB perlu disegerakan, sekiranya kelewatan terus berlaku akan menyebabkan pekerja seolah-olah ditindas oleh Lembaga Pengarah KTMB dengan beban kos kewangan yang meningkat untuk kelangsungan sebuah kehidupan malah mampu menjejaskan produktiviti syarikat, secara lansung Lembaga Pengarah KTMB adalah punca kepada kelembapan produktiviti KTMB.

Justeru itu RUM berharap YB Dato Ir Nawawi Ahmad selaku Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB mampu menggesa Lembaga Pengarah KTMB meluluskan Perjanjian Bersama ke 8, kesudian YB Dato Ir Nawawi Ahmad dalam menyegerakan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih, kerana RUM sedar bahawa YB Dato Ir Nawawi Ahmad sendiri pernah mengakui bahawa pekerja KTMB bergaji rendah maka pasti dengan kedudukan sebagai YB (Ahli Parlimen Langkawi) yang sentiasa melihat kepentingan rakyat maka ia juga akan melihat kepentingan pekerja selaku Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Related Posts:

  • Ahmad Maslan akui piket KTM kerana bantah Elias Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengakui bahawa siri piket oleh Kesatuan Pekerja Keretapi Malaysia (RUM) berlaku kerana "personaliti" dalam pengurusan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad. Menurut beliau yan… Read More
  • KEMELUT RUM BERAPA LAMA? Berapa lama? Tak kesiankah mereka yang telah dibuang kerja... Berapa lama? Tak kesiankah mereka yang tiada faedah hospital? Berapa lama? Adakah sanggup membiarkan rumahtangga runtuh... yang kini retak menunggu belah... Bera… Read More
  • Seorang lagi pekerja KTMB dipecat, 11 digantung kerja Seorang lagi pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dipecat hari ini menjadikan sejumlah 41 orang ditamat perkhidmatan sehingga ini kerana menyertai piket pada 9 Mei lalu. Manakala 11 pekerja lagi digantung kerja m… Read More
  • KEMELUT PRESIDEN KTMB VS RUM Suka dijelaskan kepada semua yang terlibat dalam kemelut ini khususnya 41 pemimpin dan ahli kesatuan yang "dibuang kerja tanpa notis" bahawa proses penyelesaian sedang berjalan, beberapa perundingan telah pun dijalankan ya… Read More
  • "WORKERS WALK" RUM memberi sokongan penuh kepada penganjuran "Workers Walk" yang dianjurkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Selangor / Wilayah Persekutuan bersama Local Union Network menentang "UNION BUSTING" RUM berharap… Read More