30 Julai 2017
PENGANGKUTAN KARGO KTMB "AVAILABILITY" LOKOMOTIF & WAGON ADAKAH UNSUR SABOTAJ? PT 1
Ahad, Julai 30, 2017
Kegagalan mewujudkan "availability" Lokomotif secara maksima khususnya menjadikan Kargo KTMB seolah-olah hidup segan mati tak mahu, mungkin ada pendapatan yang baik ketika ini, berdasarkan akaun yang lepas sekiranya itu dibuat perbandingan maka pengurusan beranggapan sudah mencukupi kerana mempunyai alasan yang munasabah, kalau ini dianggap satu jawapan maka jawapan ini adalah "SILAP".
Perbandingan yang perlu dilakukan ialan berapa jumlah lokomotif yang KTMB ada, KTMB mempunyai Lokomotif Kelas 23, 24, 25, 26 dan 29, berapa keperluan "availability"...
28 Julai 2017
PENGANGKUTAN KARGO KTMB "AVAILABILITY" LOKOMOTIF & WAGON
Jumaat, Julai 28, 2017
RUM ingin menekankan kepada Pengurusan KTMB beri keutamaan kepada Pengangkutan Kargo, pengangkutan kargo sumber pendapatan utama KTMB.
Pokok kepada pengangkutan kargo adalah lokomotif maka availability lokomotif hendaklah mencapai tahap maksimum, wagon juga mesti mencapai tahap maksimum, sekiranya ini dapat dicapai maka larian kargo akan menjadi rancak.
Bila rolling stock ini mencukupi maka Jabatan Kargo dari sudut marketingnya perlu lebih agresif untuk mencari customer, kalau lokomotif tidak mencapai tahap maksimum jabatan kargo juga tidak mencapai...
KECELARUAN BIDANG KUASA, KONONNYA! JANGAN ULANGI KESILAPAN SEPERTI PENGSWASTAAN KTMB!
Jumaat, Julai 28, 2017
Kononnya mewujudkan RNAA adalah kerana kecelaruan bidangkuasa Perbadanan Aset Keretapi berdasarkan Akta Keretapi 1991, itu yang dikatakan melalui surat yang diterima oleh YB Dato Seri Menteri Pengangkutan.
RUM nak jelaskan bahawa tiada kecelaruan peranan Perbadanan Aset Keretapi (RAC), tafsiran RUM jelas dari aspek pengswastaan KTMB maka KTMB tidak berhak untuk memiliki aset berdasarkan KTMB telah diswastakan, maka pegangan aset perlu diletakan di bawah agensi kerajaan, maka itu terwujudnya pindaan Akta Keretapi 1991 dimana Perbadanan Aset Keretapi...
27 Julai 2017
TERBAKAR HATI
Khamis, Julai 27, 2017
Tenguk gambar ini yang dikirimkan oleh rakan yang katanya diambil dalam wall fb RAC jelas mereka dah menyimpan hasrat untuk meletakkan logo RAC ke Lokomotif, buktinya gambar yang dipaparkan.
Keretapi Tanah "MELAYU" dah punah!!!! Mana "MELAYU" nya? "MELAYU GELAK BESAR" !
"ANAK KECIL MAIN API"
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
22 Julai 2017
KENYATAAN YANG BERHATI2
Sabtu, Julai 22, 2017
RUM nasihatkan pada Pengurusan KTMB agar berhati-hati mengeluarkan ungkapan/ucapan dan kenyataan melibatkan RNAA, RUM tidak teragak-agak menelanjangkan mana-mana Pengurusan KTMB.
Perlu disedari setiap ungkapan/ucapan dan kenyataan pasti akan disampaikan kepada kepimpinan RUM, maka RUM akan marah kerana perjuangan menolak RNAA bukan hanya untuk ahli-ahli RUM sahaja tapi untuk semua warga KTMB.
Sewajarnya kita bersama mengharungi pertarungan ini demi Selamatkan KTMB!. Selamatnya KTMB, Selamat seluruh warga KTMB, malah kita berjaya menolak permainan...
21 Julai 2017
TANDA NAMA RAC TELAH DIPADAMKAN DI STESEN KTMB KRAI (RNAA)
Jumaat, Julai 21, 2017
Selepas kenyataan yang dikeluarkan dan diviralkan, Tanda Nama RAC di Stesen KTMB Krai telah dipadamkan.
Lucu dan sangat pelik apabila tiada yang sedar malah mengikut info yang diterima pihak pengurusan KTMB sendiri tidak mengetahui dengan adanya tanda nama RAC.
Mengikut info yang diterima selepas Stesen KTMB Krai, stesen berikutnya adalah Stesen Manik Urai pula akan dimasukkan nama RAC.
Ketua Pengarah RAC yang baru cukup bijak untuk membuat "TEST...
KURSUS LUAR NEGARA
Jumaat, Julai 21, 2017
RUM pun hairan bila kursus luar negara melibatkan latihan untuk pekerja @ pegawai KTMB dari sudut latihan teknikal, maka MoT n TDA ada nama yang nak terlibat, mereka pun bagilah beberapa alasan untuk terlibat.
Latihan keluar negara melibatkan kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh KTMB yang lain tu untuk hadir buat apa? Kalau nak pergi atas tanggungan sendirilah bukan dalam pakej yang ditawarkan, walaupun alasan itu dilihat munasabah tapi praktikalnya dilakukan oleh KTMB sedangkan mereka yang ingin terlibat hanya dari aspek lain yang perlu ditanggung...
20 Julai 2017
STESEN KERETAPI TAMAN DATO HARUN TIDAK DIBENAR MENGUNAKAN LOGO KTMB RNA
Khamis, Julai 20, 2017
STESEN KERETAPI TAMAN DATO HARUN
TIDAK DIBENAR MENGUNAKAN LOGO KTMB
RNAA
RUM baru mendengar khabar berita bahawa Stesen Keretapi Taman Dato Harun tidak dibenarkan mengunakan "LOGO KTMB" sebaliknya akan mengunakan "LOGO RAC" tindakan sedemikian adalah seolah-olah kewujudan "RAMPASAN KUASA".
Percubaan ini adakah mungkin untuk cuba menonjolkan langkah awal dengan menyatakan KTMB bakal dihapuskan? Langkah permulaan pelaksanaan RNAA.
RUM tegaskan bahawa...
19 Julai 2017
MRT SUNGAI BULUH - KAJANG Menteri Pengangkutan Malaysia RNAA
Rabu, Julai 19, 2017
RUM mengucapkan Tahniah atas pembukaan larian Tren MRT Fasa 1 sehingga ke Kajang, pembukaan ini satu aspirasi peningkatan pengangkutan awam yang lebih maju.
YB Dato Seri Liow Tiong Lai selaku Menteri Pengangkutan Malaysia dalam kenyataan akhbarnya telah mengangkat YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak sebagai "BAPA PENGANGKUTAN AWAM" satu penganugerahan dan bagi pihak RUM ianya amat tepat kerana pegangkutan awam dinegara ini agak lambat pergerakannya berbanding negara-negara Eropah, usaha YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak...
PERHATI TKSU (KEBAL BETUL TKSU INI)
Rabu, Julai 19, 2017
RUM dah lama perhati seorang yang bergelaran Dato berjawatan Timbalan KSU sebuah kementerian.
Boleh dikatakan beliau adalah "mastermind", pernah mendapat surat pertukaran dua (2) tahun dahulu, malah Majlis Perpisahan (farewell) telah pun dibuat, disaat akhir pertukaran dibatalkan, khabar berita KSU dan KSN juga tidak mampu berbuat apa2.
Selagi beliau berada dalam Kementerian maka selagi itu KTMB akan bermasalah kerana desakannya mengikut kehendak beliau, malah beliau tidak peduli dengan kehendak KTMB maka pengurusan KTMB yang tiada pendirian/takut...
10 SET ETS MAINTENANCE
Rabu, Julai 19, 2017
RUM terpanggil untuk menyatakan apa perlunya Joint Venture untuk melaksanakan kerja-kerja maintenance 10 set ETS, bukankah lebih baik dibuat sendiri cuma keperluan ialah meminta pembuat tren ETS dari CHINA untuk memberi latihan/khidmat nasihat dan kepakaran bagi memastikan proses maintenance dapat dilakukan sendiri malah pertukaran teknologi lebih kukuh dari Joint Venture berdasarkan hasrat hanya menghantar beberapa pekerja untuk mendapat kepakaran.
Bertambah pelik bahawa peruntukkan diminta oleh KTMB sebanyak RM 130 juta, sedangkan peruntukan...
16 Julai 2017
DEPOH KL CENTRAL BAKAL DIBUKA 1
Ahad, Julai 16, 2017
Ramai yang gembira bila mendengar khabar berita Depoh KL Central Dibuka (KLSD), malah mereka menaruh harapan tren-tren intercity seperti Ekspress Langkawi/Ekspress Wau dll dapat digerakkan semula.
KLSD memainkan peranan besar dalam membaikpulih lokomotif, koc-koc keretapi, power unit car (pgc), pembaikpulihan ini memainkan peranan penting untuk kegunaan tren-tren intercity.
KLSD mungkin dilihat dari satu skop kononnya untuk fleet n maintenance tetapi ia memainkan peranan penting kepada pekerja dijabatan lain untuk mendapat peluang pekerjaan sebagai...
13 Julai 2017
DEPOH KL CENTRAL BAKAL DIBUKA SEMULA
Khamis, Julai 13, 2017
Terima kasih kepada pihak pengurusan KTMB yang bersetuju membuka kembali Depoh KL Central untuk beroperasi semula.
Depoh KL Central adalah sangat penting dalam membaikpulih loko/koc dan pgc. Usaha pembukaan ini adalah demi mengembalikan pembaikpulihan terutamanya tren2 intercity.
Harapan RUM pihak pengurusan mampu merancang dengan baik bagi memastikan pengunaan Depoh KL Central beroperasi seperti sedia kala malah mampu mengoptimumkan Depoh KL Central yang telah ditutup operasinya lebih dari setahun setengah.
Gambar di bawah pekerja sedang bergotong...
12 Julai 2017
PERNIAGAAN KTMB / TOLAK RNAA / IDEA RUM
Rabu, Julai 12, 2017
1. Perniagaan utama KTMB adalah pengangkutan Keretapi iaitu Penumpang dan Kargo.
2. Hasil pendapatan utama KTMB adalah dari tren-tren penumpang dan kargo.
3. Kalau nak cari pendapatan lebih maka perlu banyakkan set-set tren penumpang dan kargo.
a. Apa jenis tren penumpang yang ada
i. ETS
ii. SCS / Komuter
iii. Tren Intercity - Lokomotif dan Koc
5. Kalau nak cari pendapatan lebih maka perlu banyakkan larian tren-tren kargo.
a) Apa jenis tren kargo?
i. Lokomotif
ii. Wagon
6. Sekiranya semua tren-tren penumpang seperti di para 4 mencukupi maka banyak...
06 Julai 2017
INI BUKAN BOHONG!
Khamis, Julai 06, 2017
Sebab dia orang dari CHINA tak tau Bahasa Inggerris maka peluang orang yang tidak tahu berbahasa CHINA adalah "NIL" malah tiada pertukaran teknologi... malah mereka akan bawa seberapa ramai pekerja dari CHINA manakala kuota untuk pekerja Malaysia hanya sekadar memenuhi syarat.
RNAA?
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
05 Julai 2017
PERKAP - RUM TIDAK CAMPURTANGAN
Rabu, Julai 05, 2017
RUM terpanggil setelah mendapat aduan dalam inbox/whatsapp malah ada yang komen dalam wall RUM (telah didelete) menyalahkan RUM mengenai isu pinjaman kewangan Public Bank yang diuruskan oleh PERKAP.
RUM ingin menjelaskan, bahawa RUM tidak akan campurtangan dalam sebarang masalah melibatkan ahli-ahlinya mengenai isu berkenaan.
Harus disedari bahawa RUM tidak berhak mencampuri hal ehwal Perkap kerana Perkap adalah sebuah organisasi didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan yang tidak ada kena mengena dengan organisasi RUM.
Justeru itu sebarang aduan/rungutan...
03 Julai 2017
TARIK BALIK NOTIS 30 HARI (PIKET)
Isnin, Julai 03, 2017
Alhamdulillah masih lagi dalam Aidil Fitri, maka ianya satu anugerah kebesaran Aidil Fitri bila syarat yang dituntut melalui Notis 30 hari untuk berpiket melalui tuntutan RUM telah dipenuhi.
Maka RUM mengambil ketetapan menarik balik "NOTIS 30HARI" untuk memgambil tindakan perusahaan (Piket)
Pihak RUM merakamkan penghargaan setinggi-tinggi terima kasih khusus kepada YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB atas campurtangan beliau maka isu yang wujud telah diselesaikan.
Terima kasih jua kepada semua Lembaga Pengarah KTMB yang turut...