16 Julai 2017

DEPOH KL CENTRAL BAKAL DIBUKA 1

Ramai yang gembira bila mendengar khabar berita Depoh KL Central Dibuka (KLSD), malah mereka menaruh harapan tren-tren intercity seperti Ekspress Langkawi/Ekspress Wau dll dapat digerakkan semula.

KLSD memainkan peranan besar dalam membaikpulih lokomotif, koc-koc keretapi, power unit car (pgc), pembaikpulihan ini memainkan peranan penting untuk kegunaan tren-tren intercity.

KLSD mungkin dilihat dari satu skop kononnya untuk fleet n maintenance tetapi ia memainkan peranan penting kepada pekerja dijabatan lain untuk mendapat peluang pekerjaan sebagai contoh sekiranya KLSD memainkan peranan yang tepat membaikpulih maka lokomotif dan koc yang rosak mampu diperbaiki maka larian tren-tren intercity dapat dilarikan maka faedahnya kepada Pemandu Lokomotif, Pembantu Trafik dan lain-lain jabatan kerana peluang pekerjaan telah ditambah.

Dari skop pengguna maka pengguna akan mendapat faedah dari perkhidmatan larian tren tersebut.

Namun pihak RUM menyedari bahawa larian tren-tren Intercity bukanlah menguntungkan malah setiap larian tren Intercity yang dilarikan menghakibatkan kerugian besar kepada KTMB.

Namun dalam hal ini perlu disedari bahawa KTMB adalah "perkhidmatan sosial" maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menanggung perbezaan kos yang diberi subsidi kepada pengguna atau setidaknya mengantibalik kerugian setiap larian tren atau kerajaan sendiri harus membenarkan kenaikan harga tambang berdasarkan kos operasi, maka setidak-tidaknya KTMB tidak mengalami kerugian dalam menjalankan operasi tren Intercity dari skop orientasi perniagaannya.

Pihak pengurusan pula harus berani dan menyakinkan kerajaan dalam menekankan kehendak pengguna dengan menjelaskan kepada kerajaan berdasarkan keperluan perkhidmatan sekiranya penekanan tidak dibuat maka pihak kerajaan beranggapan bahawa ianya bukan satu keperluan.

RUM pernah mendengar satu presentation yang dibuat oleh satu pegawai kanan KTMB dalam Plan Transformasi, presentation yang dibuat boleh dianggap sekadar membaca tetapi tidak memberi fokus bagaimana nak menyakinkan audien, bila ini berlaku maka audien kurang yakin  malah beranggapan fakta yang diberikan tidak begitu menyakinkan, persepsi RUM terhadap pegawai KTMB ini boleh dianggap sebagai benar, apabila ianya juga diperkatakan oleh Pegawai Tertinggi dalam MoT.

RUM juga berharap pihak kerajaan perlu melihat kehendak pengguna yakni rakyat, bukan sekadar mendengar penjelasan pengurusan KTMB kemudian persepsi yang dicetuskan adalah dengan mengatakan pengurusan KTMB lemah, malah ianya sangat mudah dengan mentafsirkan apa itu perkhidmatan sosial.

RUM akui bahawa Pegawai Tertinggi Kerajaan yang terdahulu adalah lebih baik berbanding Pegawai Tertinggi Kerajaan kini, dalilnya adalah melalui pengalaman yang ada bahawa Pegawai Kerajaan Terdahulu lebih memahami apa itu KTMB, sekarang ini agak sukar kerana mereka tidak mengenali KTMB apatah lagi dengan PEMANDU yang rata-rata generasi baru yang tidak mengenali KTMB secara langsung dan hanya melihat dari segi akaunnya tapi tidak melihat dari sudut masalah dan cara mengatasinya.

Pihak pengurusan juga harus sedar nyawa KTMB adalah pada "LOKOMOTIFNYA" tanpa lokomotif maka KTMB tidak mampu menghasilkan pendapatan maka penekanan perlu dilakukan secara "agresif" bagi memastikan tren-tren dapat dilarikan secara maksima.

Harapan RUM sangat tinggi kepada Pengurusan KTMB agar bergerak secara agresif bagi memastikan KTMB mampu kembali kegemilangannya.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB