RUM ingin menekankan kepada Pengurusan KTMB beri keutamaan kepada Pengangkutan Kargo, pengangkutan kargo sumber pendapatan utama KTMB.
Pokok kepada pengangkutan kargo adalah lokomotif maka availability lokomotif hendaklah mencapai tahap maksimum, wagon juga mesti mencapai tahap maksimum, sekiranya ini dapat dicapai maka larian kargo akan menjadi rancak.
Bila rolling stock ini mencukupi maka Jabatan Kargo dari sudut marketingnya perlu lebih agresif untuk mencari customer, kalau lokomotif tidak mencapai tahap maksimum jabatan kargo juga tidak mencapai tahap kerja yang maksimum, maka marketing boleh duduk santai kerana kurang pekerjaan.
RUM menyedari bahawa pengurusan KTMB terlalu menumpukan pengangkutan penumpang atas dasar rasa takut dengan rungutan pengguna, maka tumpuan lebih diberikan kepada pengangkutan penumpang, tindakan sedemikian akan melibatkan kerugian pendapatan KTMB kerana penggantungan semata-mata kepada pengangkutan penumpang akan menjejaskan pendapatan KTMB.
Dari sudut lain RUM juga boleh mengandaikan seolah-olah ada pihak yang mungkin cuba melemahkan pengangkutan kargo tanpa memperdulikan keperluan availability bagi memberi laluan kewujudan "second operator atau multiple operator" sekiranya ini benar maka RUM beranggapan ada unsur-unsur sabotaj dengan tujuan memberi ruang kewujudan "second operator atau multiple operator" seperti dalam perancangan RNAA, apatah lagi proposal penawaran sebagai "second operator" yang telah dikemukakan kepada MoT.
RUM juga menyedari bahawa dengan ketiadaan Presiden KTMB, KTMB seolah-olah kehilangan hala tuju atau mungkin operasi KTMB yang dilakukan kini sekadar melepaskan batuk ditangga, namun demikian sekiranya kita melaksanakan penuh rasa tanggungjawab, ketiadaan Presiden KTMB bukanlah satu alasan yang boleh menyebabkan kita tidak memperdulikan pengangkutan kargo.
RUM amat berharap kesungguhan dari semua pihak yang terlibat termasuk pekerja bekerja secara agresif bagi memastikan pengangkutan kargo sebagai sumber pendapatan utama, maka itu harapan RUM availability lokomotif dan wagon dapat ditingkatkan secara maksimum.
Hanya dengan sumber pendapatan yang rancak maka kita mampu memulihkan KTMB, usahakanlah tanpa mengenal erti lelah demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
28 Julai 2017
Home »
» PENGANGKUTAN KARGO KTMB
"AVAILABILITY" LOKOMOTIF & WAGON
PENGANGKUTAN KARGO KTMB "AVAILABILITY" LOKOMOTIF & WAGON
Jumaat, Julai 28, 2017
Related Posts:
KEBAKARAN KUATERS KTMB DI PASIR MASRUM merasa simpati yang amat sangat dengan kejadian kebakaran yang berlaku di kuarters keretapi Pasir Mas malam tadi, yang melibatkan empat (4) buah rumah yang mana semua yang terlibat adalah ahli-ahli RUM. Kami m… Read More
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PEKERJA HARUS SEDARPerkembangan teknologi kini satu ancaman kepada pekerja, pekerja harus sedar dengan perkembangan teknologi akan mengakibatkan berlakunya pengurangan tenaga kerja manusia kerana sektor yang menggunakan tenaga manusia telah dig… Read More
PANDANGAN RUM PADA KEPIMPINAN MTUC Bila kita jadi pemimpin, pendirian kita mesti sama mempertahankan kepentingan organisasi, anggotanya, mengangkat mertabat MTUC dan memperjuangkan hak dan faedah pekerja di negara ini kerana MTUC adalah "PAYUNG" kepada k… Read More
Letters from Japan Confederation Of Railway Workers Unions (JRU).… Read More
KEBAKARAN KUARTERS KTMB DI PASIR MAS KUNJUNGAN PEGAWAI UTAMA RUMPegawai Utama RUM iaitu Sdr Maniam Setiausaha Agung RUM, Sdr Hairuddin Bendahari Agung RUM, Sdri Suraya Pen. Bendahari Agung dan Sdr Setiausaha Cawangan Kuala Lumpur telah berkunjung ke Pasir Mas menziarahi ahli Rum yang terl… Read More