19 Julai 2017

10 SET ETS MAINTENANCE

RUM terpanggil untuk menyatakan apa perlunya Joint Venture untuk melaksanakan kerja-kerja maintenance 10 set ETS, bukankah lebih baik dibuat sendiri cuma keperluan ialah meminta pembuat tren ETS dari CHINA untuk memberi latihan/khidmat nasihat dan kepakaran bagi memastikan proses maintenance dapat dilakukan sendiri malah pertukaran teknologi lebih kukuh dari Joint Venture berdasarkan hasrat hanya menghantar beberapa pekerja untuk mendapat kepakaran.

Bertambah pelik bahawa peruntukkan diminta oleh KTMB sebanyak RM 130 juta, sedangkan peruntukan itu sekiranya diminta dengan mengunakan teknik buat sendiri dengan membayar kepakaran/latihan dan khidmat nasihat kosnya lebih murah malah kebaikan untuk jangka panjang lebih terserlah malah kepakaran pekerja yang terlibat jauh dapat ditingkatkan.

Siapa sebenarnya yang memberi idea ini? Siapa dibelakang perkara ini? Siapa yang beriya-iya tentang JV ini? Siapa yang mendesak agar proses ini dilakukan?

RUM selalu menekankan bahawa kita perlu memikirkan kehendak KTMB bukannya kehendak pihak luar yang berkepentingan, malah tindakan seperti inilah akan menghakis kepakaran yang sedia wujud malah peningkatan kepakaran dari aspek pertukaran teknologi gagal dilakukan hanya cantik di atas kertas bagi mengaburi perkara sebenar selain menyakinkan pihak yang mana berkenaan dari segi tuntutan bajet.

Harapan RUM adalah menekankan agar pihak pengurusan melihat kembali agar setiap kerja dapat dilakukan sendiri tanpa ada JV atau apa sahaja sebutan, jangan jadi seperti mana maintenance SCS tanpa ada pertukaran teknologi, belajarlah dari kesilapan dan fokus kepada bagaimana KTMB mampu dilonjakkan kemahirannya ditahap yang lebih tinggi.

Lihat sejarah KTMB, kembalikan Sejarah KTMB menjadi seperti mana sejarah yang tertinta, kerana setiap teknologi baru melalui pertukaran teknologi telah dilakukan oleh KTMB sejak dulu lagi.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Related Posts:

  • GAJI MINIMARUM tetap berpendirian Gaji Minima yang sewajarnya dilaksanakan oleh KTMB ialah RM 1.200.00 seperti mana yang dinikmati oleh Penjawat Awam maka ianya hendaklah dipanjangkan kepada pekerja KTMB. Namun demikian, besarlah harapa… Read More
  • CUTI ISTERI BERSALIN (PART 1)Semua komen menjerumuskan TMOD tidak mengeluarkan pekeliling, maka kalau itu komen semua, maka semua pegawai TMOD termasuk GM TMOD ada baiknya letak jawatan dari makan gaji buta dan menyusahkan orang. Penjelasan RUM adalah je… Read More
  • CUTI ISTERI BERSALINRUM menerima banyak rungutan mengenai "Cuti Isteri Bersalin", kekeliruan berlaku bila pelaksanaan "Cuti Isteri Bersalin" yang dilakukan oleh "PENYELIA" dalam jadual (roaster) memasukkan Cuti Kelepasan Am atau Cuti Mingguan at… Read More
  • draf untuk Suara RUM Panjang dah aku draf untuk Suara RUM dalam "NOTE", ada yang nak dijadikan bahan untuk dihentam... nanti... tak tidur malam si polan tu... adeiii... rasa tak sampai hati... masih ingat sebagai kawan... so aku dah arahkan pegaw… Read More
  • TELEFON/ MESEJ @ WHATSAPPKegunaan terkini penghubung kekeluargaan, persahabatan, tugasan dll... inilah kemudahan yang telah menjadi keperluan... Tapi dukacitanya pakai telefon canggih-canggih... nak menerima call pun payah, nak menjawab mesej pun mal… Read More