28 Julai 2017

KECELARUAN BIDANG KUASA, KONONNYA! JANGAN ULANGI KESILAPAN SEPERTI PENGSWASTAAN KTMB!

Kononnya mewujudkan RNAA adalah kerana kecelaruan bidangkuasa Perbadanan Aset Keretapi berdasarkan Akta Keretapi 1991, itu yang dikatakan melalui surat yang diterima oleh YB Dato Seri Menteri Pengangkutan.

RUM nak jelaskan bahawa tiada kecelaruan peranan Perbadanan Aset Keretapi (RAC), tafsiran RUM jelas dari aspek pengswastaan KTMB maka KTMB tidak berhak untuk memiliki aset berdasarkan KTMB telah diswastakan, maka pegangan aset perlu diletakan di bawah agensi kerajaan, maka itu terwujudnya pindaan Akta Keretapi 1991 dimana Perbadanan Aset Keretapi (RAC) diwujudkan selaras dengan pindaan Akta Keretapi 1991.

Dari sudut kewujudan ini boleh dianggap (RAC) hanya sebagai "pemegang amanah" bagi memberi hak sebagai "pemilik aset", namun ianya melalui dokumen tertentu telah mengesahkan bahawa ianya diserahkan kepada KTMB dengan pajakan RM 1.00, asas dan tujuannya ialah KTMB adalah "perkhidmatan sosial".

Dalil kepada perkhidmatan sosial KTMB tidak mampu berorientasikan perniagaan berdasarkan harga tambang di bawah  kos operasi, manakala harga tambang dikawal oleh kerajaan, maka disinilah punca utama kegagalan pengswastaan yang mengheret KTMB kekancah kerugian.

Tindakan mewujudkan RNAA kononnya berperanan untuk memastikan bidangkuasa RAC adalah satu alasan untuk mengaburi mata tetapi tersiratnya adalah untuk tujuan tertentu bukannya dengan niat kononnya ingin membantu KTMB.

Penyusunan KTMB selepas Pindaan Akta Keretapi 1991 melalui dokumen yang ditandatangani Mantan Menteri Pengangkutan ketika itu Y. A. Bhg. Tun Ling Liong Sik, Unit Perancang Ekonomi yang dipersetujui oleh YAB Dato Seri Perdana Menteri ketika itu secara langsung telah menjelaskan peranan RAC itu sendiri dan mengatasi hak Akta Keretapi pindaan 1991, maka tiada sebarang kecelaruan timbul peranan RAC itu sendiri, surat YB Dato Seri Liow Tiong Lai selaku Menteri Pengangkutan adalah meleset kerana kerana gagal membuktikan kewujudan kecelaruan kuasa RNAA!

Justeru itu kewujudan RNAA  bertujuan untuk menidakkan dokumen 1992 sebagai satu langkah yang "berniat jahat" untuk menghancurkan KTMB yang telah terwujud sejak 130 tahun dulu.

Pihak RUM tidak akan berhujah sekiranya tanpa fakta malah bersedia berdepan dengan mana-mana pihak demi SELAMATKAN KERETAPI "TANAH MELAYU".

Janganlah hanya kepentingan pihak tertentu maka Keretapi "TANAH MELAYU" tersembam dibumi sendiri, janganlah kesilapan Tun Mahathir Muhammad Mantan Perdana Menteri Malaysia yang mengswastakan Keretapi Tanah Melayu pada 1.8.92 diulangi lagi malah lebih buruk dari perancangan yang di buat oleh Mantan Perdana Menteri.

Hasil Pengswastaan Keretapi Tanah Melayu semua aset berbentuk hartanah telah tergadai kini dengan perancangan RNAA maka aset yang ada di bawah pembiayaan kerajaan iaitu "wang rakyat" turut tergadai, lihatlah Indonesia melalui Keretapi Indonesia yang masih memiliki semua asetnya malah mampu meraih keuntungan.

Jujur dan amanah dalam menjalankan tugas maka semua ini tidak akan berlaku malah KERETAPI "TANAH MELAYU" akan tersergam dengan sejarahnya tersendiri sebagai satu identiti untuk Bangsa Melayu.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.