RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

29 Mei 2018

POTONGAN 2 % KWSP SUAMI UNTUK ISTERI

RUM terpanggil bila melihat banyak komen mengenai perkara di atas samada pro maupun kontra, justeru itu RUM melahirkan pendirian RUM. RUM menyambut baik cadangan potongan gaji suami sebanyak 2% untuk dimasukkan ke KWSP  ianya memberi kebaikan kepada isteri sebagai simpanan hari tua, sewajarnya para pekerja@suami memberi sokongan kepada idea yang baik ini. Tidak timbul soal rasa kurang cukup atau ada cara lain untuk simpanan  kerana ianya tetap berbentuk simpanan malah dari sudut istilah perkahwinan adalah "perkongsian" wajarlah sedikit...

IDEA PUTRAJAYA VS MULTIPLE OPERATOR

Saya tertarik dengan kenyataan abg Zaharin Mohd Yasin mengenai cetusan idea sehingga terbinanya Putrajaya, pada pandangan saya tidak kira idea siapa asalkan ianya membawa kebaikan kepada negara, maka cetusan idea yang dikemukakan itu perlu diterima, tetapi bukan soal ini yang saya nak bicarakan, ini hanya mukadimah topik bagi membuka laluan dari aspek RUM membicarakan cetusan idea RUM yang diceduk dijadikan idea Kementerian Pengangkutan. Idea RUM ialah MULTIPLE OPERATOR yang dijalankan atau diusahakan sendiri oleh KTMB, tetapi kini telah diceduk...

26 Mei 2018

RUM menyokong luahan pengguna ini..

RUM.amat setuju dan menyokong penuh kenyataan ini, malah RUM juga banyak kali menyuarakan perkhidmatan Ekspres Antarabandar ke Pantai Timur yang dikenali Ekspres Wau perlu dkembalikan perkhidmatannya. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...

24 Mei 2018

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN BERSAMA (CA) ke 8

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN BERSAMA (CA)  ke 8 diantara Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM)  dan Pengurusan KTMB. 24 MEI 2018. Di IBU PEJABAT KTMB KUALA LUMPUR #selamatkanKTMBselamatlahPEKE...

23 Mei 2018

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Kenyataan Yb Menteri Pengangkutan Disokong

Satu perkembangan positif melalui kenyatan yang dikeluarkan oleh Yb Menteri Pengangkutan mengenai SPAD, malah dalam kenyataan ringkas telah mengakui pertindihan tugas dan akan diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan. Mengikut tafsiran RUM melaui kenyataan YB Menteri Pengangkutan bahawa beliau sendiri secara tidak langsung bersetuju untuk membubarkan SPAD kerana mengakui ada pertindihan tugas namun kita menyedari bahawa SPAD di bawah Jabatan Perdana Menteri maka proses ini mungkin mengambil masa malah mengikut pengamatan RUM  pemansuhan...

TIADA LAGI PROJEK RUNDINGAN TERUS

Projek - projek keretapi semuanya "DIRECT NEGO", projek-projek besar seperti pembelian Six Car Set (SCS), Electric Tren Set (ETS) coming soon Diesel Multiple Unit (DMU), Maintenance SCS kontrak terus sambung (ini semua dari China). Itu belum Rehab fasa 1 @ Fasa 2 dan lain-lain. RUM dah banyak kali merayu kepada kerajaan yang lepas, agar pembelian mengikuti kehendak KTMB kerana KTMB sebagai "USER" perlu justifikasi yang tepat dari sudut teknikal, jangka hayat, pertukaran teknologi yang semua ini adalah "KTMB NEEDS", tapi apakan daya KTMB tiada suara,...

TAHNIAH DARI RUM

Bermula titik perubahan dengan penuh harapan untuk mencari ruang kebaikan dan kemajuan demi PEKERJA, RAKYAT DAN NEGA...

Terima kasih Utusan

TERIMA KASIH UTUSAN MALAYSIA MEMAPARKAN KENYATAAN ...

ISU BUANG KERJA PEKERJA KONTRAK

RUM baca banyak kenyataan, kebanyakkan ialah satu provokasi untuk menakutkan "Penjawat Awam", dasar pekerja kontrak, ini kena faham dulu... jangan duk kalut... kemudian lantikan atas status atau kapasiti lantikan politik.. maka kontrak politik adalah "kontrak pengurusan 5 tahun", untuk pertama kali dalam sejarah selepas 60 tahun, perubahan kerajaan berlaku.. maka pasti kerajaan baru tidak mahu simpan orang ini, justeru itu kontrak yang tamat tempoh tidak disambung atau mungkin dipendekkan, selepas itu pengisian akan diambil dikalangan individu...

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA ROMBAKAN

Satu yang RUM harapkan selepas Menteri Sumber Manusia baru menjawat jawatan maka satu rombakan perlu diadakan terhadap penyandang-penyandang jawatan di jabatan - jabatan yang terdapat di Kementerian Sumber Manusia yang sebelum ini boleh dianggap "buyers" atau "tidak jujur" dalam pelaksanaan undang-undang sehingga menimbulkan kegelisahan kepimpinan kesatuan sekerja khususnya RUM. Kami RUM khususnya menjadi mangsa keadaan atas sifat dendaman dari pihak-pihak yang berkenaan sehingga beberapa perkara terpaksa membawa ke Mahkamah Tinggi mencabar keputusan...

PEKERJA KONTRAK

Pekerja yang bekerja secara kontrak adalah bekerja hanya dalam satu tempoh sahaja, sekiranya kontrak mereka tamat maka secara otomatis perkhidmatan mereka telah ditamatkan. Pekerja kontrak diambil oleh mana -mana Majikan berdasarkan "keperluan kerja" yang dikehendaki oleh Majikan tersebut, bila mana syarikat tersebut beranggapan keperluan kerja telah telah tiada maka Majikan boleh menamatkan pekerja kontrak berdasarkan kandungan yang terkandung dalam dokumen kontrak contohnya :- "Majikan boleh menamatkan pekerja kontrak bila-bila masa dengan membayar...

13 Mei 2018

PLAN TRANSFORMASI NEGARA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM DARAT (SPAD) SEWAJARNYA DIBUBARKAN

RUM ingin menarik perhatian mengenai SPAD yang ditubuhkan di bawah Plan Transformasi Negara dicetuskan oleh PEMANDU yang kononnya sebagai satu agensi yang bertujuan menyelaraskan perkhidmatan darat agar lebih efiksyen dan  selamat yang ditubuhkan pada tahun 2010. Pada pandangan RUM penubuhan SPAD tidak memberi kesan yang positif, sebelum SPAD diwujudkan peranan yang dimainkan oleh SPAD telah dilaksanakan di bawah agensi Kementerian Pengangkutan...

RAKAMAN TERIMA KASIH KEPADA MANTAN PERDANA MENTERI DATO SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Sebagai rakyat Malaysia dan saya selaku Presiden RUM tidak boleh menolak kebaikan yang diberikan oleh Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Mantan Perdana Menteri Malaysia. Tidak dinafikan memang ada rasa terkilan, namun setiap insan pasti melakukan kesilapan, hari ini beliau telah dihukum dan diadili oleh rakyat dengan kekalahan Barisan Nasional, malah beliau telah mengumumkan perletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional. Malah pasti pemerintah hari ini akan menyiasat segala tuduhan salah laku, tapi itu hak pemerintah,...