09 September 2015

PERKHIDMATAN KTMB

Alhamdulillah, kini perkhidmatan KTMB kembali rancak, pantai timur, utara dan selatan telah pun berjalan dengan lancar, penambahan set - set train dalam setiap larian.

Dari sebelum ini landasan agak lenggang kini telah kembali sebuk walaupun belum cukup sebuk kerana KTMB tidak mempunyai set yang mencukupi.

Tapi itu bukan masalah, peringkat demi peringkat usaha terus dilakukan demi menjadikan pengangkutan KTMB pengangkutan utama, usaha-usaha sedang dilakukan, perancangan bertambah baik, kerjasama erat antara Presiden KTMB, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dan Lembaga Pengarah KTMB dengan memacu KTMB untuk menjadikan KTMB sebagai pilihan utama penumpang.

Malah YB Menteri Pengangkutan memberi perhatian pada KTMB, kerajaan khususnya akan berusaha membantu KTMB dengan menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang baru dan pembelian set - set train.

Seperti kata Pengerusi Cawangan Johor Bharu :-

"sekarang nampak ada perubahan sebab aku dah banyak kerja"

Pekerja tidak merungut malah bersedia menghadapi perubahan untuk memastikan KTMB pulih sepenuhnya, malah pekerja berganding bahu bersama Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB yang telah merancang hala tuju perkhidmatan keretapi, malah perancangan Presiden KTMB untuk menubuhkan "Universiti Keretapi" sedang giat dijalankan.

Syukur Alhamdulillah, perubahan inilah yang RUM mahukan, RUM mahukan KTMB berjaya seperti mana Keretapi Indonesia yang pernah terkebelakang satu ketika dahulu, kini Keretapi Indonesia ke hadapan sebagai sebuah perkhidmatan keretapi yang baik berbanding KTMB.

Selamatkan KTMB - Selamatlah Pekerja

Kami berdoa kami tidak menjadi seperti "Malaysia Airline System" (MAS)
Perjuangan sediakan "Payung Sebelum Hujan" adalah tunggak strategi kami, biarpun kami "dibuang kerja" dahulu, tapi kami bangga kerana matlamat kami adalah menginginkan KTMB pulih dan diselamatkan, kerana masa depan @ periuk nasi kami berada dengan KTMB yang kami sayangi.
100 hari Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB menjawat jawatan banyak perubahan berjaya dilakukan.

In Syaa Allah kejayaan demi kejayaan akan di tinta sekiranya semua pihak bersungguh - sungguh untuk memajukan KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • NOTIS MAKLUMAN Pelik betul RAC ni... siapa dia nak mengeluarkan arahan kepada pekerja KTMB untuk keluar kuarters. Belajar kat mana... nak buat kerja tu plan dulu... jangan dah nak terberak... baru nak gali lobang... Failed!!!!!! Buat RUM … Read More
  • PEBADANAN ASET KERETAPI (RAC) PERTUKARAN PENGURUS KANAN KTMBRUM rasa lega bila pertukaran Pengurus Kanan yang mengendalikan hal ehwal aset keretapi bagi pihak KTMB. Pertukaran ini diharapkan berakhir episod "PAK ANGGUK" atau bersetuju sahaja mengenai kehendak RAC tanpa memikirkan kepe… Read More
  • KENYATAAN@KOMEN DALAM MEDIA SOSIAL (FACEBOOK)RUM ingin menasihatkan sekali lagi pada semua ahli-ahli RUM jangan sesekali mengeluarkan kenyataan atau komen yang menyentuh Pengurusan KTMB atau KTMB. RUM telah berulangkali menasihatkan ahli-ahli RUM, dukacitanya masih ada … Read More
  • KERANI KAUNTER OUTSORCE (AKHIR) KELEMAHAN/TENTANGAN DARI RUMSeperti kenyataan yang lepas (PT 2), proposal masuk dengan mencadangkan peluang-peluang perniagaan yang boleh diambil oleh Syarikat luar, pihak pengurusan KTMB terus menerima, apatah lagi ada "remark" dari "wahyu" maka lagi l… Read More
  • PERBADANAN ASET KERETAPI LAGI.. RUMAH KUARTERS SENTUL PASARCuba lihat apa yang berlaku di Sentul Pasar, pembangunan tanah keretapi, mana dia RAILWAY VILLAGE? sampai sekarang tak naik-naik.. semua pekerja yang mendiami kuarters diarah keluar.. Rumah kuarters yang tinggal di Sentul (ta… Read More