23 September 2015

PERKONGSIAN INFO APA ITU PERJANJIAN BERSAMA? (Secara ringkasnya)


Perjanjian Bersama terwujud sekiranya Syarikat yang mana berkenaan telah mengikitiraf Kesatuan Sekerja, maksudnya mana-mana Syarikat yang tiada Kesatuan Sekerja tiada Perjanjian Bersama.
Bagi Syarikat yang tiada Kesatuan Sekerja syarat-syarat pekerjaan hanya tertakluk dengan Akta 
Kerja. Akta Kerja adalah faedah minima bagi pekerja di negara ini.

Berbeza dengan Syarikat yang ada Kesatuan Sekerja, ianya tertakluk dengan dua (2) Akta iaitu Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Kerja. Kelebihan terwujudnya Kesatuan Sekerja adalah ianya "boleh merundingkan" faedah atau upah bulanan dengan persetujuan Majikan, malah mana-mana faedah "YANG LEBIH BAIK" yang terdapat dalam Akta Kerja dan Perjanjian Bersama ianya hendaklah digunapakai.

Perjanjian Bersama adalah sebahagian dari undang-undang yang termaktub dalam Akta Perhubungan Perusahaan di bawah Seksyen 13. Persetujuan Bersama melalui Perjanjian Bersama akan didaftarkan di Mahkamah Perusahaan akhirnya disebut sebagai sebahagian dari Akta Perhubungan Perusahaan.
Kedua-dua pihak samada Majikan dan Kesatuan Sekerja hendaklah mematuhi Perjanjian Bersama sekiranya gagal maka ianya boleh didakwa ke Mahkamah Perusahaan.

Maksudnya "KUASA MUTLAK RUNDINGAN" bagi pihak pekerja adalah hak Kesatuan Sekerja, atau tiada pihak lain yang boleh merundingkan hal ehwal mengenai pekerja.

Kesimpulannya tanpa Kesatuan Sekerja, Perjanjian Bersama tidak wujud, faedah atau upah bulanan tidak boleh dirundingkan dengan Majikan, hal-hal melibatkan pertikaian tidak boleh di bangkitkan dah kes-kes penganiayaan tidak boleh dibawa ke Majikan atau Mahkamah Perusahaan malah kuasa rundingan di Jabatan Perhubungan Perusahaan adalah hak Kesatuan Sekerja. Lebih menarik wakil Kesatuan boleh mewakili pekerja dalam Siasatan Dalaman, tambah menarik Wakil Kesatuan boleh mewakili pekerja ke Mahkamah Perusahaan iaitu bertindak seolah-olah seorang peguam.
Justeru itu pentingnya Kesatuan Sekerja kepada semua pekerja di Negara ini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Related Posts:

  • Beranikah menteri berdebat?Kalaulah YB Tim Menteri Pengangkutan bersedia "BERDEBAT" dengan saya... Saya sangat bersedia... Presiden RUM #azizkarpawi… Read More
  • CERITA BOSS & DIN KALAULAH PENGURUSAN KTMB SEBEGINI?Alkesah Boss dengan pegawai kanannya yang bernama din, seorang pegawai kanan yang sangat berdedikasi dan setia kepada Syarikat yang dia bekerja. Disatu pagi... Boss : nina (nama samaran) panggil din datang sini saya nak discu… Read More
  • Pejuang muda generasi baru KTMB Kami membesar bersama KTMB.. Kami diberi peluang bersama KTMB.. Tersemat azam murni kami untuk memajukan KTMB.. Dan.. Kami YAKIN.. Kami pejuang muda KTMB, mampu mengggalas tugas dan amanah ini... Bukan untuk kami semata.. … Read More
  • RUM siap untuk gembur demi masa depan pekerjaDengarlah wahai ahli-ahli RUM, kenyataan YB Tim Menteri Pengangkutan di Parlimen. Taklimat RUM melalui ROADSHOW baru-baru ini telah pun pihak RUM jelaskan, makanya kita perlu bersiasedia untuk berperang. YB Datuk Aziz Karpawi… Read More
  • Kamu boleh bohong semua orang tapi bukan kami (RUM)!!!Kepimpinan RUM sudah mula bersuara dan bakal mengorak langkah, kami tidak gentar untuk melawan arus, kerana kami tahu niat kamu. Kamu boleh bohong semua orang, tapi kamu tak boleh bohong kami! Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja… Read More