24 Disember 2017
FELDA VS KTMB
Ahad, Disember 24, 2017
BEZA FELDA
NASI DAH JADI BUBUR, BARU JADI ISU..
KTMB..
BELUM BERLAKU..
MAKA TIADA ISU..
MAKA ORANG SEKARANG NAK BERLAKU DULU...
BARU ISU PANAS..
BARU SEDAP DIPOLITIKKAN...
KETIKA ITU..
PERIUK NASI PEKERJA DAH PUNAH..
KERETAPI TANAH MELAYU TERGADAI..
NAMA "TANAH MELAYU" TERKUBUR..
TIADA SIAPA KESAH PUN..
SEBAB APA?
BELUM BERLAKU...
SEBAB APA?
TAK BEST... TAK BOLEH DIPOLITIKKAN
SEBAB APA?
SEBAB IDEA...
MENTERI PENGANGKUTAN &
TIM MENTERI PENGANGKUTAN..
PRINSIP...
22 Disember 2017
PESANAN PADA AHLI-AHLI RUM
Jumaat, Disember 22, 2017
Sebagai admin, saya berhak remove mana-mana komen yang boleh mengugat ahli2 RUM khususnya sehingga boleh diambil tindakan tatatertib oleh pihak pengurusan KTMB, perlu disedari bahawa pihak pengurusan khususnya TMOD tidak mengambil kira komen tersebut sebagai "ahli kesatuan" sebaliknya mengunakan pendekatan sebagai "pekerja", al maklum pengurusan TMOD kurang arif atau boleh dikatakan "sifar" mengenai peruntukan Perjanjian Bersama apatah lagi tidak...
21 Disember 2017
Akta Perhubungan Perusahaan 1967
Khamis, Disember 21, 2017
Admin difahamkan presiden rum dan s/u masih lagi berada di IPD Dang Wangi.
Sekadar berkongsi info:
AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967
Bahagian II
PERLINDUNGAN HAK-HAK PEKERJA DAN MAJIKAN DAN KESATUAN SEKERJA MEREKA.
5. Larangan ke atas majikan dan kesatuan sekerja mereka berkenaan dengan tindakan-tindakan tertentu.
(1) Tiada majikan atau kesatuan sekerja majikan-majikan, dan tiada sesiapa yang bertindak bagi pihak seorang majikan atau kesatuan sekerja...
BERANI KERANA BENAR LAWAN TETAP LAWAN
Khamis, Disember 21, 2017
Bila dibicarakan perkara benar, maka yang menerima amat pahit, malah akan menjadi satu tamparan yang hebat, namun bagi mereka yang kononnya merasa tidak bersalah tidak akan merasa apa-apa pada wajah tersuratnya, maka secara tersuratnya ia akan membuat lapuran polis bahawa kenyataan secara terbuka itu mungkin dianggap fitnah atau menghina atau satu tomahan bagi menegakkan benang yang basah atau mungkin merupakan satu ugutan untuk menakut-nakutkan...
19 Disember 2017
Semoga kamu tewas dalam PRU14
Selasa, Disember 19, 2017
"Second Operator" perjanjian yang akan ditandatangani pada 19/12/17 di Saloma Bistro akan diteruskan!
Terbaiklah MoT!!!
Satu kejayaan Kerajaan Hari ini yang dicetuskan ideanya oleh YB Dato Seri Liow Tiong Lain Menteri Pengangkutan dan YB Dato Aziz Karpawi Timbalan Menteri Pengangkutan!
Mudah-mudahan jahanamlah kau Pilihanraya kali ini!!!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
Dato Seri Liow Tiong Lai hilang sokongan dalam PRU 14?
Selasa, Disember 19, 2017
Alamak Tan Sri Lim Ah Lek... RUM tau Dato Sri Liow Tiong Lai mantan Setiausaha Politik masa Tan Sri sebagai Menteri Sumber Manusia satu ketika dulu, RUM tidak merasakan Dato Sri Tiong Lai akan menang pada PRU 14 di Bentong, kecuali Tan Sri boleh cadangkan letak calon lain...
RUM sentiasa menghormati Tan Sri tapi tidak semua kita boleh bersetuju, dalam hal mengenai RNAA apa yang dilakukan oleh Dato Seri Liow Tiong Lai sewajarnya tidak disokong dalam PRU 14, malah mungkin dari satu aspek dia bagus tapi aspek lain cadangan mewujudkan RNAA Dato...
18 Disember 2017
IMAMS VS RNAA
Isnin, Disember 18, 2017
Ada juga yang salahkan KSU & TKSU..
Iya ada juga salah sebab mereka tiada pendirian!
Sedikit asakan maka akurlah mereka! Last sekali mereka jadi mangsa... sebab apa? Kata mereka.. saya ikut arahan boss... har...har..har...
Adeiiii... inilah permainan yang dilakukan seperti mana RNAA... cuma RNAA... RUM dah bising awal-awal.. sebab teknik RUM ialah sediakan "payung sebelum hujan", sesekali tidak mahu mengunakan teknik "dah terantuk baru terngadah" dah jadi isu baru melompat, lepas tu tegak benang yang basah... salahkan sana... salahkan sini.......
14 Disember 2017
HENTIKAN RNAA@SECOND OPERATOR YB DATO AZIZ KARPAWI, TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN.
Khamis, Disember 14, 2017
RUM kerap marah dengan Menteri Pengangkutan Yb Dato Seri Liow Tiong Lai, malah Majlis Exxo telah buat keputusan untuk turun ke Bentong berusaha membantu pihak lawan sehingga Yb Dato Seri Liow Tiong Lai kecundang di PRU 14, sebagai tindak balas melaksanakan RNAA.
Kini pertama kali RUM secara terbuka melahirkan perasaan dukacita terhadap Yb Dato Aziz Karpawi Timbalan Menteri Pengangkutan.
Kenapa RUM melahirkan perasaan dukacita?
1. Beliau seorang anggota Majlis Tertinggi UMNO merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan wajar memberhentikan RNAA, pejuang...
13 Disember 2017
SECOND OPERATOR AGGREEMENT ADAKAH MELALUI TENDER TERBUKA?
Rabu, Disember 13, 2017
RUM sememangnya menentang sekeras-kerasnya kewujudan "second operator", mengikut maklumat yang RUM terima perjanjian antara Syarikat AFR Sdn Bhd dengan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) yang mungkin akan disaksikan oleh Yb Dato Aziz Karpawi akan diadakan dalam waktu terdekat.
Persoalannya mengapa ianya tidak melalui "TENDER TERBUKA"? Apa motif pula dalam keadaan tergesa-gesa tandatangan perjanjian dilakukan? Sedangkan RNAA melalui "consept paper" baru...
12 Disember 2017
PIKET TANGGUH SECOND OPERATOR BAKAL DITANDATANGANI OLEH TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN DALAM WAKTU TERDEKAT.
Selasa, Disember 12, 2017
Mesyuarat Ajk Kerja semalam 11.12.17 dengan mandat Majlis Eksekutif telah memutuskan untuk mengadakan Piket pada 20.12.17 di perkarangan Stesen Keretapi Batu Gajah berikutan kehadiran Yb Dato Aziz Karpawi untuk satu majlis di MYRA Batu Gajah berikutan pelaksanaan RNAA.
Atas saranan YBhg Encik Rani Samsuddin CEO KTMB malam tadi setelah dimaklumkan bahawa RUM akan mengadakan Piket membantah RNAA maka RUM menghormati saranan demi hubungan baik antara...
10 Disember 2017
CORETAN AHAD SOLIDARITY HAMPEH
Ahad, Disember 10, 2017
Bila kita sebut solidarity, maknanya sokongan moral terhadap rakan seperjuangan, memberi kerjasama yang baik dan saling bantu membantu, apatah lagi ianya disebut rakan walaupun bukan sahabat, sebaiknya susah sama susah, senang sama senang berlandaskan satu skop perjuangan yang sama, tiada perasaan irihati sebaliknya saling membantu.
RUM tidak pernah mengusik mana-mana organisasi atau mana-mana pihak, kalau ada masalah RUM terus hubungi pihak yang betul, kalau ada rakan, RUM minta tolong atau minta penjelasan bagi mendapat kepastian, sesekali tidak...
07 Disember 2017
Mana lebih baik?
Khamis, Disember 07, 2017
Mana lebih baik?
Yang belum jadi isu?
atau
Yang dah jadi isu?
Sama maksud..
Mana lebih baik?
Sediakan Payung Sebelum Hujan?
atau
Sudah terantuk Baru Terngadah?
Kalau RUM tidak mahu...
Nasi dah jadi bubur..
Masa tu semua dah terlambat..
Punah!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
06 Disember 2017
RAKAMAN JUTAAN TERIMA KASIH KHUSUS DUA (2) LEMBAGA PENGARAH & PENGURUS BESAR KTMB YANG TERLIBAT DENGAN TERCETUSNYA RNAA.
Rabu, Disember 06, 2017
Bagi pihak Majlis Exco RUM kami merakamkan jutaan terima kasih kepada dua (2) Lembaga Pengarah KTMB iaitu Ybhg Datuk Ir. Kamaruzaman Zainal dan Ybhg Dato. Sr. Ahmad Zainuddin Bin Jamaluddin bagi pihak KTMB yang telah menandatangani RNAA.
RUM juga merakamkan jutaan terima kasih khusus kepada Pengurus Besar yang terlibat sehingga tercetusnya RNAA.
Kami amat berbangga kepada ANDA sekelian yang benar-benar berjiwa "MELAYU" berdarah "KERETAPI" yang membawa...
04 Disember 2017
SELAMATKAN KERETAPI "TANAH MELAYU" RUM MERAYU PERWAKILAN UMNO PERTAHANKAN "KERETAPI TANAH MELAYU"
Isnin, Disember 04, 2017
Keadaan RNAA makin genting, namun ianya tidak mungkin dilaksanakan dalam waktu terdekat kerana Akta Keretapi tidak membenarkan, maka jalan yang ada adalah meminda Akta Keretapi bagi mewujudkan perancangan seperti yang terkandung dalam Akta Keretapi.
Bagi menghalalkan cara pihak Kementerian Pengangkutan telah pun mengangkat cadangan pindaan kepada pejabat Peguam Negara untuk semakan kemudiannya akan mengangkat ke Parlimen untuk sessi kelulusan.
Maklumat...
MEMPERTAHANKAN KTMB DEMI MASA HADAPAN KITA SEMUA
Isnin, Disember 04, 2017
COPY PASTE
(Dalam komen Wall Suara RUM)
Dalam isu teras kesatuan RUM MEMBANTAH SEKERAS²NYA perlaksanaan RNAA RAILWAY NETWORK ACCESS AGGREEMENT bukanlah di asaskan oleh dari bahan 'FITNAH' asal usulnya .. RUM tak perlukan itu semua malah RUM bukanlah berada di pentas POLITIK .. So 'FITNAH²' TAK MAIN LAH .. Perjuangan RUM berasaskan REALITI bukanlah sekadar TOHMAHAN DAN JUGA ASAS FITNAH .. NOT A RUM STYLE .. RUM membantah kerana ada UNSUR² melenyapkan KTMB hanya utk KEPENTINGAN INDIVIDU dan bukanlah utk KEPENTINGAN AWAM yang di WAR²kan oleh MOT/DMOT,itu...
FITNAH/ BERFIKIRLAH DENGAN WARAS
Isnin, Disember 04, 2017
Saya duduk dalam banyak group, termasuk group politik, saya membaca dan kurang buat komen, sesekali sekiranya perlu.
Dalam group-group berkenaan hanya menceritakan soal "FITNAH" termasuk mereka mengunakan nas maupun apa sahaja ayat yang memperkatakan "FITNAH" itu berdosa besar.
Dalam facebook juga sebegitu, banyak yang dibaca samada berbentuk kenyataan maupun komen, berkaitan perkara sama iaitu "FITNAH", memang tidak menafikan bahawa trend hari ini "FITNAH" amat berleluasa, kadang-kadang boleh mengelirukan pembaca. Cuma saya tidak berminat mengenai...
01 Disember 2017
BIAR PAHIT, TETAP KU BICARA BANGKITLAH WAHAI GM KTMB
Jumaat, Disember 01, 2017
Kadang-kadang RUM nak mengamuk dan marah semua Pengurus Besar KTMB yang ada, puas RUM berceloteh, puas RUM memohon memberi kerjasama demi mempertahankan KTMB, malah RUM pernah bercakap bukan soal "UPAH" tapi demi "SAYANGKAN KTMB".
Mereka ini macam budak-budak kecil, tidak pro-aktif, tidak berfikir jauh diluar kotak, kalau belajar tinggi tapi sekadar ikut buku atau apa yang diajar oleh Pensyarah maka mereka ini tidak akan kemana, setakat itu sahaja, sekadar menerima arahan, kalau setakat terima arahan tidak membantu dari aspek "idea kreatif" maka...
PERKHIDMATAN TREN KTM BERHAD KEMBALI PULIH SEPENUHNYA
Jumaat, Disember 01, 2017
BERITA BAIK TERKINI & PENTING
PERKHIDMATAN TREN KTM BERHAD KEMBALI PULIH SEPENUHNYA
30 November 2017 (Khamis) – KTM Berhad ingin memaklumkan bahawa operasi tren KTM Berhad bagi perkhidmatan ETS laluan Sektor Utara dan Sektor Selatan, juga perkhidmatan KTM Komuter Sektor Lembah Klang telah kembali beroperasi seperti biasa bermula pada jam 8.35 malam, hari ini.
Tempoh masa kembali pulih ini telah berjaya diperolehi lebih awal dua (2) hari dari...