Saya duduk dalam banyak group, termasuk group politik, saya membaca dan kurang buat komen, sesekali sekiranya perlu.
Dalam group-group berkenaan hanya menceritakan soal "FITNAH" termasuk mereka mengunakan nas maupun apa sahaja ayat yang memperkatakan "FITNAH" itu berdosa besar.
Dalam facebook juga sebegitu, banyak yang dibaca samada berbentuk kenyataan maupun komen, berkaitan perkara sama iaitu "FITNAH", memang tidak menafikan bahawa trend hari ini "FITNAH" amat berleluasa, kadang-kadang boleh mengelirukan pembaca. Cuma saya tidak berminat mengenai "FITNAH", kerana saya mempunyai akal dan fikiran yang dianugerahkan oleh Allah Swt untuk berfikir dan menilai, yang mana satu betul dan mana satu tidak.
Biarlah mereka berkata apa jua, namun kita diberi akal mampu berfikir dengan waras samada ianya berbentuk samada fitnah atau pun tidak, malah paling tepat jangan percaya bulat-bulat.
Berbalik kepada soal RNAA, adakah kenyataan ini "FITNAH?" atau apa jua kenyataan yang dikeluarkan dalam laman SUARA RUM, adakah ianya berbentuk "FITNAH?", RUM sesekali tidak akan menulis sekiranya ayat yang terkeluar itu berbentuk "FITNAH", tambahan pula, setiap perkataan adalah "BLACK & WHITE", mungkin mereka boleh menafikan kerana ingin "MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH", sekiranya penafian dibuat dengan mengatakan kenyataan itu merupakan "FITNAH", maka itu satu alasan "MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH" maka penafian itu satu "PEMBOHONGAN" tetap dikategorikan "BERDOSA".
Tapi inilah berlaku dialaf baru, dunia sudah berubah, pembawa fitnah telah bermaharajalela, pombohong juga bermaharajalela, maka gunakanlah akal dengan bijaksana fikir dengan waras, nilailah, sesekali pesan pada diri sendiri jangan kerana kepentingan diri @ imbuhan kita sanggup "MEMFITNAH", kita sanggup "BERBOHONG" kita sanggup "MENGANIAYA" kerana setiap perbuatan yang kita lakulan tetap akan "dI HISAB", hari ini kita terlepas mungkin esuk kita terima pembalasannya.
Wallahualam.
Presiden RUM
04 Disember 2017
Home »
» FITNAH/ BERFIKIRLAH DENGAN WARAS
FITNAH/ BERFIKIRLAH DENGAN WARAS
Isnin, Disember 04, 2017
Related Posts:
BELUM BERLAKU RUM selalu menegur sebelum berlaku setelah mendapat maklumat akan berlaku, bermaksud mengingatkan bahawa perkara - perkara yang tidak sihat supaya jangan dibuat atau pun jangan dilakukan. Membiarkan perkara berlaku, ada… Read More
Banjir di stesen komuter Batu Tiga Shah Alam Foto: FB Sukan Star TV UPDATE Mesej di terima di highlightkan dalam Suara RUM [16/12 22:55] Kejadian 10 minit y lalu....banjir kilat di kuarters batu3... [16/12 22:55] Patot kene buat sesuatu tok kuarters ba… Read More
YES BOSS Benar dalam situasi seorang insan yang dinamakan "PEKERJA", maka seorang "PEKERJA" perlu pendekatan "YES BOSS", biarpun "BOSS" membuat salah laku, "YES BOSS" memberi manfaat kepada individu "PEKERJA" dari aspek "KENAIKAN P… Read More
YES BOSS Part 2 TEGURAN MEMBINA RUM telah pun memainkan peranan dalam usaha mewujudkan "rakan kongsi" yang baik dengan melaksanakan "teguran membina", malah sentiasa berpegang kepada prinsip "keharmonian perusahaan". Pegangan ini untuk memastikan tiada s… Read More
"YES BOSS" PART 1 RAKAN KONGSI Sebagai Kesatuan Sekerja peranan rakan kongsi adalah menjadi satu harapan, mengeratkan hubungan menjalinkan keharmonian perusahaan, matlamat ini sebagai pemangkin untuk memajukan organisasi. Namun demikian, andai Syarik… Read More