06 Disember 2017

RAKAMAN JUTAAN TERIMA KASIH KHUSUS DUA (2) LEMBAGA PENGARAH & PENGURUS BESAR KTMB YANG TERLIBAT DENGAN TERCETUSNYA RNAA.

Bagi pihak Majlis Exco RUM kami merakamkan jutaan terima kasih kepada dua (2) Lembaga Pengarah KTMB iaitu Ybhg Datuk Ir. Kamaruzaman Zainal dan Ybhg Dato. Sr. Ahmad Zainuddin Bin Jamaluddin bagi pihak KTMB yang telah menandatangani RNAA.

RUM juga merakamkan jutaan terima kasih khusus kepada Pengurus Besar yang terlibat sehingga tercetusnya RNAA.

Kami amat berbangga kepada ANDA sekelian yang benar-benar berjiwa "MELAYU" berdarah "KERETAPI" yang membawa satu perubahan kepada industri KTMB sejak kewujudan Keretapi di negara ini pada tahun 1885.

Syukur dengan kewujudan RNAA maka buat permulaannya "SEWA KUARTERS" untuk pekerja KTMB dinaikkan, ini satu penghormatan kepada kami khususnya kepada pekerja bukan eksekutif.

Kami juga berbangga dan amat berbesar hati bahawa laluan keretapi akan dikongsi dengan syarikat luar yang akan menjalankan perkhidmatan kargo, malah KTMB wajar berbangga customer KTMB diserahkan kepada pesaing KTMB.

Kami juga amat berbangga bahawa KTMB dikecil-kecilkan, dikoyak-koyakkan maka cebisan-cebisan atau saki-baki yang ada ditinggalkan untuk KTMB yang lainnya diserahkan kepada RAC, inilah "idea yang terbaik" pernah terwujud dalam tempoh seratus tiga puluh (130) tahun KTM.

Kami juga bersyukur bahawa pekerja seperti kami bakal ditamatkan perkhidmatan, satu penghargaan tertinggi kepada kami.

Kami juga amat berbangga bahawa Keretapi "TANAH MELAYU" akan terkubur, satu kejayaan besar yang menjadikan "ANDA" mencipta sejarah Perkeretapian Negara, malah nama "ANDA" tertinta dalam lipatan sejarah perkeretapian yang terwujud 130 tahun lampau.

Sesungguhnya sanjungan tinggi dari kami seluruh Majlis Eksekutif RUM adalah satu penghargaan tertinggi, semoga Allah Swt merahmati segala usaha anda, kerana "ANDA" adalah anugerah dari tuhan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

#Ahli2RumDilarangKomen
#Ahli2RumDigalakkanLikeNShare