12 Disember 2017

PIKET TANGGUH SECOND OPERATOR BAKAL DITANDATANGANI OLEH TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN DALAM WAKTU TERDEKAT.

Mesyuarat Ajk Kerja semalam 11.12.17 dengan mandat Majlis Eksekutif telah memutuskan untuk mengadakan Piket pada 20.12.17 di perkarangan Stesen Keretapi Batu Gajah berikutan kehadiran Yb Dato Aziz Karpawi untuk satu majlis di MYRA Batu Gajah berikutan pelaksanaan RNAA.

Atas saranan YBhg Encik Rani Samsuddin CEO KTMB malam tadi setelah dimaklumkan bahawa RUM akan mengadakan Piket membantah RNAA maka RUM menghormati saranan demi hubungan baik antara RUM dan CEO KTMB malah penjelasan beliau sedang berusaha gigih untuk membaikpulih KTMB seterusnya berusaha menolak RNAA bagi pihak KTMB, justeru itu Jawatankuasa Kerja hari ini 12.12.17  telah mengambil ketetapan menangguhkan tindakan Piket yang dijadualkan pada 20.12.17.

RUM tetap berpendirian akan terus membantah RNAA demi memastikan KTMB diselamatkan malah RUM tidak teragak-agak untuk berbuat demikian kerana PIKET adalah hak Kesatuan Sekerja yang dibenarkan oleh Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) sebagai aktiviti-aktiviti Kesatuan Sekerja.

Namun RUM sangat dukacita terhadap Yb Dato Aziz Karpawi Timbalan Menteri Pengangkutan yang sangat berkeinginan perancangan RNAA khususnya larian "SECOND OPERATOR" yang mana bakal menandatangani perjanjian dengan Syarikat Asia Freight Railway (AFR) dalam waktu terdekat, usaha yang dilakukan adalah titik tolak penghancuran Keretapi "TANAH MELAYU"

RUM tidak akan memaafkan Yb Dato Aziz Karpawi, Timbalan Menteri Pengangkutan yang bertindak sedemikian rupa terhadap KTMB dan seluruh warga KTMB

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

---------

*gambar hiasan - Admin


Related Posts:

  • PEBADANAN ASET KERETAPI (RAC) PERTUKARAN PENGURUS KANAN KTMBRUM rasa lega bila pertukaran Pengurus Kanan yang mengendalikan hal ehwal aset keretapi bagi pihak KTMB. Pertukaran ini diharapkan berakhir episod "PAK ANGGUK" atau bersetuju sahaja mengenai kehendak RAC tanpa memikirkan kepe… Read More
  • PERSEPSI @ TAFSIRAN YANG BERBEZABukan mudah nak menulis sesuatu, setiap penulisan secara terbuka perlu berhati-hati, kadang-kadang tersilap juga, walaupun draf dibaca berulangkali bagi mengelakkan kesilapan. Niat dihati maksudnya lain, pembaca yang membaca … Read More
  • NOTIS MAKLUMAN Pelik betul RAC ni... siapa dia nak mengeluarkan arahan kepada pekerja KTMB untuk keluar kuarters. Belajar kat mana... nak buat kerja tu plan dulu... jangan dah nak terberak... baru nak gali lobang... Failed!!!!!! Buat RUM … Read More
  • PERBADANAN ASET KERETAPI LAGI.. RUMAH KUARTERS SENTUL PASARCuba lihat apa yang berlaku di Sentul Pasar, pembangunan tanah keretapi, mana dia RAILWAY VILLAGE? sampai sekarang tak naik-naik.. semua pekerja yang mendiami kuarters diarah keluar.. Rumah kuarters yang tinggal di Sentul (ta… Read More
  • BADMINTONSemalam tenguk badminton, admin ni bukanlah minat sangat nak tenguk sukan, tapi bila yang lawan tu CHINA (Lin Dan) dan MALAYSIA (LCW) admin terus rasa minat nak tenguk...  Bangganya Malaysia dapat kalahkan CHINA... Tahn… Read More