21 Disember 2017

Akta Perhubungan Perusahaan 1967

Admin difahamkan presiden rum dan s/u masih lagi berada di IPD Dang Wangi.

Sekadar berkongsi info:
AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967

Bahagian II
PERLINDUNGAN HAK-HAK PEKERJA DAN MAJIKAN DAN KESATUAN SEKERJA MEREKA.

5. Larangan ke atas majikan dan kesatuan sekerja mereka berkenaan dengan tindakan-tindakan tertentu.

(1) Tiada majikan atau kesatuan sekerja majikan-majikan, dan tiada sesiapa yang bertindak bagi pihak seorang majikan atau kesatuan sekerja demikian boleh-

a) mengenakan apa-apa syarat dalam suatu kontrak pekerjaan bertujuan untuk menghalang hak-hak seseorang yang merupakan suatu pihak kepada kontrak untuk memasuki suatu kesatuan sekerja, atau untuk meneruskan keahlian di dalam suatu kesatuan sekerja;

c) mendiskriminasikan terhadap mana-mana orang berkenaan dengan pekerjaan, kenaikan pangkat, apa-apa syarat pekerjaan atau syarat-syarat bekerja atas alasan bahawa dia adalah atau bukan seorang ahli atau pegawai bagi suatu kesatuan sekerja;

d) memecat atau mengancam atau memecat seseorang pekerja, mendera atau mengancam untuk mencederakannya atau mengubah atau mengancam untuk mengubah kedudukannya sehingga memudaratkannya dengan sebab bahawa pekerja itu-

i) adalah atau bercadang untuk menjadi atau bertujuan untuk menunjuk mana-mana orang lain untuk menjadi, seorang ahli atau pegawai bagi suatu kesatuan sekerja; atau

ii) menyertai penajaan, pembentukan atau aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja; atau.... etc.. etc...

Kenyataan Rasmi Kesatuan pekerja-pekerja KTMB


Related Posts:

  • FIKIR Bila kita nak kenaikan pelarasan gaji... Kita tanya dengan RUM.. Bila kita nak Bonus..Kita akan tanya dengan RUM Bila kita nak elaun baru atau peningkatan elaun..Kita cari RUM.. Bila kita nak upgrade...Kita cari RUM..… Read More
  • BETUL KE BOHONG Cuba tenguk bulatan kuning... antara lain mengatakan bahawa kerugian telah berjaya dikurangkan kepada RM 80 juta pada tahun 2014. RUM nak bertanya adakah kerugian dikurangkan berdasarkan peningkatan pendapatan operasi ata… Read More
  • CUEPACS CADANG UMUR PERSARAAN 62 TAHUN Tenguk dalam Facebook ramai yang pertikaikan. RUM cadangkan pihak yang berkenaan pertikaikan semua jawatan yang ada yang telah melangkaui 60 Tahun, kerana ramai lagi di atas sana masih memegang jawatan tertinggi melinta… Read More
  • AYUH KITA BANGKIT Kita bergerak ke depan... Jangan toleh belakang..Kita tak boleh ketinggalan...Maka kita perlu bangkit...Kita gagal...Kita rugi..Maju ke depan...Terus berjuang...Demi masa depan kita..Seorang KULI.... Bangkit... Bangkit.. … Read More
  • CADANGAN CUEPACS UMUR PERSARAAN 60 - 62 TAHUN RUM pada dasarnya tidak bersetuju dengan cadangan ini sekurang-kurangnya untuk satu tempoh 5 - 10 Tahun akan datang sehingga satu kajian dibuat secara menyeluruh, kita bukan tidak boleh untuk cuba mengikuti negara - negara… Read More