10 Disember 2017

CORETAN AHAD SOLIDARITY HAMPEH

Bila kita sebut solidarity, maknanya sokongan moral terhadap rakan seperjuangan, memberi kerjasama yang baik dan saling bantu membantu, apatah lagi ianya disebut rakan walaupun bukan sahabat, sebaiknya susah sama susah, senang sama senang berlandaskan satu skop perjuangan yang sama, tiada perasaan irihati sebaliknya saling membantu.

RUM tidak pernah mengusik mana-mana organisasi atau mana-mana pihak, kalau ada masalah RUM terus hubungi pihak yang betul, kalau ada rakan, RUM minta tolong atau minta penjelasan bagi mendapat kepastian, sesekali tidak akan mencampuri rumahtangga orang, cuma RUM bertindakbalas sebab kenyataan tersebut mengusik organisasi yang RUM pertahankan, jangan pula RUM bertindak balas lebih agresif sehingga membogelkan kehancuran organisasi mereka kerana gagal disebabkan kelemahan pentadbiran kepimpinan itu sendiri.

Bila mengusik organisasi KTMB, kononnya melepaskan geram, sedangkan mereka tahu apa masalah dalam KTMB, adalah satu tindakan "bermotif jahat", sedangkan RUM berhempas pulas mempertahankan KTMB dari semua sudut demi kepentingan pekerja, bila disebut "pekerja" maka secara umumnya rakan yang dikatogerikan sebagai rakan seperjuangan yang kononnya memperjuangkan kepentingan pekerja secara tidak langsung telah merosakkan hubungan baik dan menganiya perjuangan kaum pekerja itu sendiri.

Inilah mentaliti kepimpinan yang merosakkan perpaduan dan kesatuan dikalangan perjuangan memertabatkan kaum pekerja itu sendiri.

Selagi sikap ini wujud maka perjuangan kaum pekerja tidak akan kemana dan semudah menjentik jari  memberi peluang keemasan  kepada musuh-musuh yang mahukan kesatuan sekerja hancur dibumi Malaysia, malah hari ini telah membuktikan bahawa kesatuan sekerja dalam negara ini tidak sekuat mana yang ada bertelagah sesama sendiri.

Cuma nak pesan pada mereka (segelintir) yang kononnya berjuang untuk kaum pekerja, sesekali jangan usik KTMB maka usik KTMB maka telah menyentuh RUM, KTMB adalah periuk nasi pekerja yang juga ahli-ahli RUM, maka RUM akan bertindakbalas/ lawan dan tibai balik! Dalam keadaan menghadapi halangan besar, kita tidak kesah siapa anda!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Related Posts:

  • PRODUK DARI CHINATerbaca bila scroll kat wall.. 38 set SCS ni citer lama... Kepoh gak kejap.. Tak tau lah... betul ke tak... apa yang diperkatakan dalam link yang dishare tu.. just share je kan.... Biasalah KTMB... "LAMBAKAN PRODUK TANPA TEN… Read More
  • BUDI TERPUJI TKASIH INA (KERANI KAUNTER KTMB)RUM merakam jutaan terima kasih atas budi bahasa dan murah hati seorang pekerja KTMB kepada pelanggan KTMB. Sikap inilah yang perlu ditunjukkan oleh semua pekerja KTMB di frontliner. Walaupun seorang berjawatan "kerani kaunte… Read More
  • SIJIL CUTI SAKIT PALSUSaja nak share di bawah ini, nak ingatkan jangan gatal-gatal beli SIJIL CUTI SAKIT PALSU, RUM dah berulangkali ingatkan, kebetulan ada dalam akhbar, tlg baca.. kalau ada yang degil... gatal2 lg beli Sijil Sakit Palsu... sendi… Read More
  • JAWAPAN BALAS KEPADA RAC RUM telah menerima screenshot dalam group Whatsapp yang telah tersebar meluas kononnya jawapan balas dari pihak RAC, oleh kerana ianya ada logo RAC maka RUM beranggapan jawapan itu adalah jawapan rasmi RAC, justeru itu bag… Read More
  • Bantuan Khas Hari RayaAssalamualaikum dan Salam Sejahtera Bulan Ramadhan ni, saya kurang menulis, kurang menulis tidak bererti, RUM tak buat kerja, cuma rehat seketika untuk menulis. Dalam masa yang sama, ramai bertanya mengenai Bantuan Khas Hari … Read More