23 Julai 2015

HUBUNGAN

Hubungan terjalin bila wujudnya saling faham memahami. Begitu juga dengan Pengurusan maupun Pegawai Kesatuan, maka faham memahami akan menjalinkan hubungan yang sangat baik serta merapatkan hubungan Keharmonian Perusahaan.

Pasti di kalangan pegawai kesatuan akan menerima rungutan dari kalangan ahli-ahlinya, maka pegawai kesatuan adalah tempat mengadu serta tempat untuk menyelesaikan masalah sekiranya wujud.

Kadang - kadang pegawai kesatuan dipersalahkan kerana gagal menyelesaikan masalah, kerana masalah itu tidak mempunyai alasan yang munasabah atau ianya tidak bertentangan dengan mana-mana artikel dalam Perjanjian Bersama.

Kadang - kadang pegawai@pengurusan sengaja mewujud masalah atau tidak mahu menggunakan "budibicara" atau dengan niat untuk mewujudkan pergeseran antara pegawai kesatuan dan ahli-ahli kesatuan, ini adalah sebahagian dari punca keretakan keharmonian perusahaan.

Pegawai Kesatuan pula dalam usaha untuk menyelesaikan masalah hendaklah mengemukakan alasan yang munasabah serta membuktikan ianya bertentangan dengan Perjanjian Bersama, maka baru masalah yang wujud boleh diatasi tanpa mewujudkan pergeseran.

Ahli-ahli perlu memahami bahawa dalam penyelesaian masalah bukanlah satu perkara mudah, adakala berjaya, adakala gagal, bukan semua kita mampu untuk memuaskan hati semua pihak, maka kita tidak boleh terus menyalahkan mana-mana pegawai kesatuan sekiranya kita tidak mencapai apa yang kita hasrat, kerana dalam sesuatu perkara yang melibatkan "dasar" atau peruntukan undang-undang ianya telah menentukan "hak majikan" dan "hak pekerja", manakala "hak kesatuan" adalah badan perundingan bagi pihak ahli-ahlinya.

Maka itu matlamat kesatuan adalah menjalinkan hubungan yang baik bagi memastikan "keharmonian perusahaan" sentiasa terjalin, justeru itu kedua-dua pihak "MAJIKAN" dan "KESATUAN" hendaklah saling faham memahami, kalau ada dan wujudnya masalah, hendaklah dirundingkan di meja rundingan, agar segala kekusutan dapat diselesaikan bagi memastikan pekerja-pekerja seronok bekerja dan hasilnya akan mampu meningkatkan produktiviti.

Justeru itu harapan RUM hubungan antara Majikan dan Kesatuan khususnya di peringkat wilayah akan terjalin erat serta berusaha sedaya upaya mengelakkan sesuatu yang boleh mencetuskan pergeseran sehingga mewujudkan "pertikaian".

RUM sentiasa dan akan terus berusaha untuk mengekalkan hubungan yang baik demi memastikan matlamat mengembalikan KTMB ke arah kecemerlangan, tambahan dengan kehadiran Tuan Haji Sarbini Bin Tijan sebagai Presiden KTMB yang kini bersungguh-sungguh untuk memulihkan KTMB, maka tidak kira samada Pengurusan Tertinggi, Pengurusan Pertengahan, Pengurusan Bawahan serta semua Pekerja bersatu tenaga berganding bahu bersama Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB memulihkan KTMB.

RUM dengan matlamat "Selamatkan KTMB Selamatlah Pekerja" akan bersama Presiden KTMB untuk memajukan KTMB. RUM yakin pemulihan akan berlaku sekiranya semua berganding bahu.
Mudah-mudahan hasrat murni ini akan tercapai dengan izin Allah Swt. In Syaa Allah.
Setiap kejayaan akan memberi pulangan yang baik berdasarkan "win-win situation" kepada semua pihak samada "Majikan, Pekerja serta Rakyat" khususnya "Kerajaan Malaysia" kerana KTMB adalah "PERKHIDMATAN SOSIAL".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB