02 Julai 2015

LENGKOK ABDULLAH

Ramai penduduk dah merungut mengenai parking dan kawalan keselamatan tapi tiada tindakan dari pengurusan terdahulu di bawah "JABATAN TMOD""yang sememangnya lemah dari semua aspek.

Pekerja / Penduduk membayar sejumlah kos untuk untuk kawalan keselamatan khususnya menghalang orang luar atau bukan penduduk dari memasuki kawasan perumahan Lengkok Abdullah dukacita rungutan yang diterima ialah kemasukan dari orang luar iaitu penduduk Sri Pahang dan ada juga dari penduduk Bangsar Utama.

Justeru itu RUM memohon pengurusan baru TMOD tolong kuatkuasakan keselamatan penempatan pemastautin Lengkok Abdullah serta pastikan "PENGAWAL KESELAMATAN" yang kini seolah-olah tidak berfungsi di terminate di gantikan dengan yang baru.

Semua kereta - kereta luar bukan pemilik penduduk Lengkok Abdullah hendaklah dikeluarkan atau dihalang dari memasuki kawasan perumahan Lengkok Abdullah.

RUM berharap dengan pengurusan baru ini semua bentuk aspek kebajikan yang terabai dahulu di perbetulkan kembali. RUM yakin khususnya Badan Kebajikan KTMB yang baru mampu menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan cemerlang.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • MENGENALI SDR JAAFAR ALIAS SETIAUSAHA AGUNG RUM Beliau adalah seorang yang berpendirian, tegas mempunyai semangat yang tinggi, sentiasa berjuang untuk kepentingan kaum pekerja khususnya pekerja KTMB, tidak pernah gentar dengan mana-mana pihak demi memperjuangkan hak kau… Read More
  • Penyampaian DermasiswaPenyampaian Dermasiswa di Mesyuarat Agung RUM Cawangan Tumpat kepada ahli mewakili anak yang cemerlang dalam UPSR bagi tahun 2013 oleh Sdr Ali Subra Mullisi, Naib Presiden RUM. … Read More
  • TAHNIAH RUM merakamkan ucapan Tahniah pada Pengerusi/Setiausaha dan Semua Jawatankuasa RUM Cawangan Gemas yang telah diumumkan peneraju cawangan 2014 - 2017. Semua pemegang jawatan di Cawangan Gemas telah diisytiharkan menang t… Read More
  • Pekerja Gambar hiasan Pekerja Sedap namanya... Glamour namanya... Tapi itu wayang.... Buruh. .. Macam hina.. Buruh.. Seorang yang tiada pelajaran... Tapi tetap glamour... Pekerja atau buruh... Sama maksudnya... Hanya glamour...… Read More
  • Mesyuaratnya Agung Cawangan Kuala Lipis Ahli-ahli RUM Cawangan Kuala Lipis Presiden RUM, Saudara Razak Mat Hassan telah menghadiri Mesyuarat Agung RUM Cawangan Kuala Lipis. Cawangan RUM Kuala Lipis adalah cawangan yang terlibat 100% dengan arahan penutupan… Read More