30 Julai 2015

KOMEN PENGGUNA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

KOMEN PENGGUNA

Benar setiap penumpang yang tiada tiket akan dikenakan denda, berdasarkan track rekod, "KTMB" mengalami kerugian yang besar kerana kegagalan penumpang yang membayar tambang keretapi. Maka itu pihak pengurusan telah mengarahkan pekerja menguatkuasakan peruntukan denda kepada pengguna yang tidak membayar tambang, undang-undang yang sedia ada ini bukan undang-undang baru tapi telah digunapakai semenjak sebelum penswastaan, tujuan penguatkuasaan adalah mengelakkan kebocoran hasil.

Dalam aspek pemulihan pihak KTMB sedaya upaya memperbetulkan sebarang kelemahan, pengguna juga tidak boleh sesuka hati menaiki tren tanpa membeli tiket, sekiranya ada kelemahan dari urusan pembelian tiket berdasarkan keperluan mendesak pengguna boleh mengunakan perkhidmatan lain bagi mengelakkan kelewatan atas dasar urusan yang sangat penting.

Suka dijelaskan tambang pengangkutan keretapi adalah paling murah berbanding mana-mana perkhidmatan pengangkutan awam yang terdapat di negara ini, pihak KTMB memberi diskaun (tidak nyata) lebih kurang 80%-200% sekali perjalanan mengikut jarak (kadar pasaran).

Pihak pekerja khususnya sentiasa berusaha untuk memberi layanan yang terbaik, tuduhan mengatakan bahawa pekerja tidak menjalankan tanggungjawab adalah satu tuduhan tidak berasas, sekiranya ada, mana-mana pekerja yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja.

Pengguna perlu memastikan bahawa kad Touch n Go hendaklah mencukupi, sekiranya ingin menggunakan kad yang berkenaan, adalah tidak wajar kerana kekurangan isi dalam kad touch n go menjadi satu punca masalah sehingga meletakkan kesalahan kepada pihak lain.

Sebagai pengguna perlu membuat persediaan awal dalam memastikan perjalanan ke tempat destinasi berjalan dengan lancar, bukan dengan keadaan tergesa-gesa sehingga menyalahkan pihak lain.
Apa pun setiap rungutan akan diambil perhatian, pihak kesatuan berkeyakinan pihak KTMB akan berusaha mencari jalan untuk memperbetulkan segala kelemahan yang ada.

Bagi pihak pekerja, kami sentiasa bekerja dengan penuh dedikasi, jadual waktu bertugas sentiasa dipatuhi mengikut satu giliran tugas, sekiranya tiada pekerja pada waktu tertentu, pasti ada sebab yang munasabah dan kesalahan itu tidak sama sekali diletakkan kepada pekerja.

KTMB sentiasa berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik dan keselesaan kepada pengguna kerana kami sedar KTMB adalah perkhidmatan sosial yang memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan kadar yang tersangat murah.

Bagi pihak pekerja kami merakamkan ucapan terima kasih atas segala teguran yang membina, kami yakin sedikit masa lagi, KTMB akan memacu pengangkutan yang cemerlang di bawah pentadbiran baru Tuan Haji Sarbini Bin Tijan selaku Presiden KTMB. Kini pengurusan dan pekerja saling berganding bahu meningkatkan mutu perkhidmatan bagi memberi perkhidmatan rel yang terbaik dari aspek pengangkutan awam kepada semua pengguna khususnya rakyat Malaysia.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB