03 Julai 2015

LAWATAN KE LUAR NEGARA (PERKONGSIAN INFO)

Pegawai - pegawai RUM sejak dahulu lagi tiada membuat sebarang lawatan kerja ke luar negara.
Kalau ada hanya Mesyuarat di peringkat antarabangsa itu pun ditanggung oleh penganjur Kesatuan Antarabangsa.

Sebut soal lawatan kerja luar negara tentunya kos perbelanjaan adalah sangat tinggi, kos kapal terbang, kos penginapan, kos persegaran dan lain-lain.

Dalam erti kata lain samada ianya satu pembaziran ataupun kebaikan.

Kebaikan sekiranya kita mampu membawa kebaikan yang kita terima melalui lawatan dengan membawa pembaharuan kepada organisasi yang dipimpin.

Kerugian andainya kita sekadar melancong dan kita tidak membawa sebarang perubahan kepada organisasi yang kita pimpin, iaitu "wal hasil balik asal", justeru itu sebarang lawatan ke luar negara yang tidak memberi faedah hendaklah dihentikan, tambahan kedudukan kewangan yang tenat.

RUM sentiasa melihat kedudukan kewangan bagi memastikan hala tuju tidak tersalah arah, sentiasa memastikan kantung kewangan dibelanjakan untuk yang berfaedah, tambahan pengunaan wang adalah wang ahli-ahli.

Maka itu sebagai organisasi yang tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh maka adalah tidak wajar lawatan ke luar negara dijadikan sebagai satu anjakan paradigma kononnya untuk membawa pengetahuan luar ke organisasi yang dipimpin sedangkan ianya tetap di takuk lama.

Banyak sumber dan ilham boleh datang dengan pelbagai cara yang lebih manfaat di samping mampu mengelakkan pembaziran.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • Pekeliling 16: PENUMPANG RUM ingin menasihatkan penumpang yang tidak berpuas hati dengan pembatalan tren dan menerima refund kembali, pastinya telah menganggu dan menyusahkan penumpang, sila buat kenyataan akhbar bagi melahirkan rasa tidak puas hat… Read More
  • Pekeliling 17: Penumpang 1 Bagi pihak semua warga KTMB kecuali "Datuk Presiden KTMB", kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Mohon kerjasama semua penumpang jangan menyalahkan mana-mana pekerja yang secara langsung terlibat berurusan… Read More
  • Pekeliling 15 : Hebahkan kepada semua ahli kesatuan Semua pegawai-pegawai RUM sila memaklumkan kenyataan RUM dalam FB Suara RUM pada semua ahli-ahli RUM. AHLI-AHLI RUM HENDAKLAH MEMATUHI ARAHAN PEKELILING BERKENAAN! Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB Pekeliling 1 P… Read More
  • Pekeliling 18 Tren 1tn hanya manarik 2 koc sahaja, setelah berkuatkuasanya pekeliling hari ini 29 Mac 2014. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB Pekeliling 1 Pekeliling 2 Pekeliling 3 Pekeliling 4 Pekeliling 5 Pekeliing 6 Pe… Read More
  • Pekeliling 19 Hari ini dimaklumkan tren 83/84 di batalkan perkhidmatan, tapi yang hairannya lokomotif ircon masih meneruskan perkhidmatan, kalau koc ditahan KTMB akan kehilangan pendapatan malah melibatkan kerugian seperti mana mengunak… Read More