RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

31 Mac 2016

Sidang Akhbar: Membantah pengambilan aset2 keretapi oleh RAC

RUM & SOA dalam Sidang Akhbar baru sebentar tadi Membantah Pengambilan Aset-Aset Keretapi oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan memohon Kerajaan semua Aset yang dikendalikan oleh Perbadanan Aset Keretapi dikembalikan di bawah pentabiran KTMB. RUM & SOA juga melahirkan sokongan penuh kepada YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB & YBhg Dato Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja...

RUM & SOA MEMBANTAH PENGAMBILALIHAN ASET-ASET KTMB OLEH PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC)

Buat pertama kali dua (2) Kesatuan Sekerja yang terdapat dalam KTMB iaitu RUM & SOA akan bergabung tenaga MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA pengambilalihan aset-aset KTMB diambilalih oleh RAC. Kedua-dua Kesatuan Sekerja RUM dan SOA adalah Kesatuan Sekerja yang SAH DAN DIIKTIRAF oleh KTMB melalui pengesahan yang terkandung dalam Perjanjian Bersama. RUM adalah Badan Tunggal yang mewakili Bukan Eksekutif manakala SOA mewakili Eksekutif. Pengabungan diantara RUM & SOA menterjemahkan seluruh Warga KTMB akan mempertahankan KTMB dari mana-mana pihak...

29 Mac 2016

LAWATAN KERJA BELIA RUM LAGI BERITA BERGAMBAR.

Biarpun hanya di Stesen kecil jauh di pendalaman, Belia RUM terus bertemu ahli-ahli untuk bersama dengan mereka melihat kepayahan pekerjaan yang dilakukan, menerangkan hala tuju KTMB & RUM, menerapkan semangat bekerja dengan penuh dedikasi agar bersama mempertahankan KTMB dan masa depan mereka, kita bersama menolak Plan Transformasi Perbadanan Aset Keretapi. Sayangi KTMB, Sayangi ...

LAWATAN KERJA BELIA RUM GUA MUSANG n MERAPOH

Terbaik BELIA RUM... kipidap... RUM sentiasa BANGKIT untuk TERUS BERJUANG. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...

LAWATAN KE PANTAI TIMUR

Bermula semalam barisan Belia RUM diketuai oleh Sdr Faizal Pengerusi Belia RUM membuat lawatan kerja di semua lokasi termasuk stesen-stesen bermula dari Mentakab sehingga ke Tumpat dalam sessi bertemu dengan ahli-ahli RUM. Antara lain pertemuan ini adalah mengeratkan silatulrahim antara pemimpin dan semua ahli-ahl RUM, disamping menjelaskan kedudukan  semasa KTMB, sokongan serta bersama YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB untuk memulihkan...

28 Mac 2016

PLAN TRANSFORMASI PERBADANAN ASET KERETAPI (PAK)

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja yang bersidang pada 25.3.2016 memutuskan "MEMBANTAH PLAN TRANSFORMASI PERBADANAN ASET KERETAPI" antara lain hasrat PAK adalah untuk mengambilalih semua jentera (Lokomotif, ETS, SCS, OMC dll), hasrat ini akan mengecilkan KTMB yang hanya menjalankan kerja-kerja operasi sahaja, malah KTMB akan menyewa kembali jentera dan infrastruktur yang dimiliki oleh KTMB sebelum ini kepada PAK. PAK hanya sebuah agensi untung atas angin. Implikasi kepada cadangan ini sangat teruk, sehingga boleh berlaku pembuangan kerja kepada pekerja-pekerja...

27 Mac 2016

Selamat Ulang Tahun Kelahiran

Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan Abd Razak Md Hassan .. Allah selamatkan kamu... Semoga dengan bertambahnya usia menjadikan kamu insan yang mulia, semakin disayang Allah dan menyayangi Allah, semakin umurnya berkah, pahalanya bertambah, segala urusan dipermudahkan Allah..aamiinn ...... Ikhlas dari, ahli Kesatuan Pekerja2 KTMB (RUM) -adm...

26 Mac 2016

ANCAMAN

KTMB hari ini, berada dalam keadaan getir, seperti mana kenyataan Presiden KTMB termasuk kekangan kewangan, termasuk ancaman dari dalaman maupun luaran. Sungguh sukar digambarkan. Kelembapan suntikan kewangan dari MoF juga menjadikan keadaan bertambah rumit, namun RUM akan menggerakan jentera "MERAYU" kepada kerajaan agar "MEMBANTU DAN MENYUNTIK KEWANGAN" kepada KTMB dengan kadar segera, ianya diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja semalam. Memetik mesej YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan, ancaman paling teruk adalah dari "PENGGANAS", namun...

MESEJ YBHG DATO HAJI SARBINI BIN TIJAN PRESIDEN KTMB DIKONGSIKAN UNTUK TATAPAN

Ass'kum wbt n salam sejahtra, YB Dato', Dato'2, Tuan2, Puan2 n saudara/i sekelian. Saya dengan rendah diri ingin mengambil kesempatan ini utk merakamkan setinggi tahniah dan penghargan saya diatas pengorbanan, bantuan n tunjuk ajar Dato'2  n Tuan2 untuk terus mengemudi Ktmb dlm suasana yg SANGAT2 MENCABAR SEKARANG. Kekangan kewangan, sumber2 terhad, susutnilai matawang, kenaikan tambang ETS/intercity ditangguh,kos operasi meningkat, kos CA baru,...

25 Mac 2016

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja akan bersidang hari ini, jam 3 petang membincangkan cadangan Perbadanan Aset Keretapi (PAK) di bawah Plan Transformasi PAK untuk mengambalih semua aset-aset keretapi. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...

KEWUJUDAN PANEL KLINIK (FAEDAH TANPA LIMIT KLINIK SWASTA)

Ramai yang tidak tahu khususnya generasi baru bagaimana Panel Klinik KTMB terwujud dalam KTMB. KTM pada dasarnya sebelum pengswastaan mempunyai dua (2) klinik yang dimiliki oleh KTMB yang mana Doktor yang berkhidmat digajikan oleh KTMB sendiri, Klinik ini hanya di Bengkel Sentul dan Ipoh sahaja, Klinik KTMB telah dihentikan perkhidmatannya pada 1997 oleh Marak Unggul. Sebelum ini tiada satu pun Panel Klinik Swasta wujud, setiap pekerja yang sakit perlu mendapatkan rawatan di klinik keretapi atau klinik kerajaan atau hospital besar. Bila Marak...

23 Mac 2016

PERTANYAAN OLEH AHLI (CA & KENAIKAN TAHUNAN)

"saya dgr bnyak sngt berkenaan khabar angin mengenai isu c.a tiada kenaikan gaji,juga kenaikan gaji tahunan .maaf sekiranya saya bertanyakan soalan INI saya tahu saya adalah seorang budak mentah dalam mengenai isu INI,tetapi bila Ada seseorang ITU menceritakan sesuatu mengenai rum saya tidak dapat menerima.tambahan Dari golongan atasan." JAWAPAN RUM PERJANJIAN BERSAMA(CA) CA difahamkan akan dibentangkan kepada "Sub Committe Board" oleh Panel Perundingan Pengurusan (Majikan) pada hari ini 23.3.16, "Sub Committe Board" akan menilai satu persatu artikel...

18 Mac 2016

KHABAR ANGIN DATUK ELIAS KADIR KEMBALI SEBAGAI PRESIDEN KTMB

RUM ingin menasihatkan pada semua ahli-ahli RUM jangan percaya bahawa Mantan Presiden KTMB akan kembali sebagai Peneraju KTMB. RUM ingin menegaskan bahawa Mantan Presiden KTMB tidak mempunyai "KES YANG KUKUH" untuk kembali sebagai Presiden KTMB secara nyata bahawa tempoh kontrak Mantan Presiden KTMB adalah tiga (3) tahun berakhir 30 April 2015, maka perlantikan Presiden KTMB yang baru melalui surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan berkuatkuasa pada 1 Mei 2015. Perlu disedari bahawa untuk sesuatu kes di bawah Seksyen 20, Mahkamah Perusahasn...

17 Mac 2016

JAMBATAN KEMUBU TERIMA KASIH KEPADA YAB DATO' SERI HAJI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI, MALAYSIA.

Jambatan Kemubu berjaya dibaikpulihkan, usaha ini adalah berdasarkan gandingan mantap Presiden KTMB bersama Pengurusan KTMB serta Pekerja di dokong oleh YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dan semua Lembaga Pengarah KTMB. Pemulihan Jambatan Kemubu ini telah memulihkan perhubungan landasan keretapi yang terputus akibat Banjir Besar yang melanda di Pantai Timur. Dengan hasil pemulihan ini maka faedah pengangkutan keretapi khususnya...

16 Mac 2016

JAMBATAN KEMUBU

Alhamdulillah... satu usaha melalui Gandingan Mantap antara Pengurusan & Pekerja berjaya melakukan, kehadiran YBhg Dato Haji Sarbini Tijan sebagai Presiden KTMB mengantikan Mantan Presiden KTMB dalil kenyataan RUM berdasarkan "KEMELUT" terbukti "BENAR". Terima kasih YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan, teruskan usaha dan buktikan kejayaan demi kejayaan. RUM sentiasa menyokong kepimpinan Presiden KTMB demi "SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA". Kenyataan...

Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua yang mengenali... Pagi ni tak ada idea nak menulis, cuma nak bgtau hari ini ialah 16.3.2016... idea tarak ini hari... hehe... 16.3.2016 ... tak tau apa istimewanya... rasa... macam tak ada yang istimewa je... yang ada... macam tertenguk muka yang terhegeh-hegeh... ibarat kata hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong... adeiiii.. Malunyaaaaaaa....  haha... tongkang jugak naik... opsssss... ada jugak mau ikut naik tongkang... lalalala... Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...

14 Mac 2016

CUEPACS OWH CUEPACS

Kenyataan ini RUM telah pun menulis, dengan menyatakan tidak bersetuju buat masa ini, beri peluang anak muda pula untuk bekerja. Pada yang dah lanjut umur tu pula tak usahlah lah nk terhegeh-hegeh nak kerja lagi, buatlah kerja yang lebih berfaedah, pada yang duk menyokong tu... simpanlah sokongan tu, tak kemana dah... angan-angan tak salah... tapi fokuslah untuk kepentingan masa depan. RUM dan KTMB adalah sebuah organisasi, pasti yg bertanggungjawab...

13 Mac 2016

HUBUNGAN BAIK RUM & PRESIDEN KTMB

RUM akui mempunyai hubungan keharmonian yang baik dengan YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB, hubungan ini setelah menilai bahawa usaha-usaha yang dilakukan untuk pemulihan KTMB berjalan dengan lancar, malah IMEJ KTMB kembali pulih berikutan usaha-usaha yang sedang dijalankan. Berbanding dengan MANTAN PRESIDEN KTMB selama 3 tahun tidak menampak sebarang hasil sebaliknya berlaku dalam sejarah RUM dan Negara pembuangan kerja "PEMIMPIN dan AHLI - AHLI RUM" seramai 97 orang hanya dengan hasrat SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA. Malah...

12 Mac 2016

KEJAYAAN PRESIDEN KTMB & PEKERJA KTMB - LANDASAN PANTAI TIMUR

Tenguk hasil gambar di bawah ini, kejayaan siapa ini? Ini hasil usaha YBhg Dato' Haji Sarbini Bin Tijan dan Pekerja KTMB. Hasil ini telah membuktikan dengan tidak sampai setahun dijangka 1 April 2016 operasi tren dari Tumpat ke Johor Bharu dan Kuala Lumpur akan beroperasi sepenuhnya, In Syaa Allah. Usaha YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan dari awal kemasukkannya sebagai Presiden KTMB berusaha gigih melakukan pembaikpulihan landasan pantai timur. Andai...

10 Mac 2016

ELAUN GANTIAN MASA MAKAN. (EGMM)

Oleh kerana ramai yang bertanya mengenai tuntutan EGMM, RUM ingin menjelaskan bagi tujuan pemahaman kepada semua ahli-ahli RUM, diharap dengan penjelasan ini, kekeliruan yang berlaku dapat diatasi, diharap juga penyelia dan pegawai atasan kepada pekerja memahami peranan dan keperluan EGMM mengikut undang-undang. Elaun gantian masa makan adalah elaun yang dibayar kepada pekerja yang telah diarahkan bekerja pada "WAKTU REHAT" kerana kepentingan perkhidmatan. Waktu makan bagi setiap pekerja tidak kira "pekerja pejabat, pekerja luar pejabat, pekerja...

05 Mac 2016

BELIA RUM - LAWATAN

RUM merakamkan ucapan terima kasih kepada Belia RUM dan khususnya ahli-ahli RUM yang menghadiri pertemuan dengan Belia RUM dicawangan Johor Bharu dan Gemas baru-baru ini. Pertemuan itu sangat berjaya dan hasilnya penambahan ahli-ahli RUM yang sangat memberangsangkan. Pertemuan ini adalah mengeratkan silatulrahim diantara Belia RUM dan ahli-ahli RUM disamping meminta kerjasama ahli-ahli RUM bekerja dengan penuh dedikasi bagi memulihkan KTMB serta...

04 Mac 2016

PEMIMPIN RUM (NASIHAT... TIKA ANDA SEORANG PEKERJA)

Suka saya nasihatkan kepada setiap pemimpin RUM tak kira di peringkat cawangan maupun diperingkat ibu pejabat dalam menjalankan tugas sebagai seorang "PEKERJA", maka setiap peruntukkan yang ada dalam Perjanjian Bersama hendaklah dipatuhi. Menjalankan tugas sebagai seorang "PEKERJA" dengan penuh bertanggungjawab dan berdedikasi. Tiada sebarang salah laku @ disiplin yang boleh diambil tindakan tatatertib. Keperluan ini sangat penting bagi menjaga krebiliti sebagai seorang "PEMIMPIN RUM" serta menjaga "IMEJ RUM", justeru itu adalah diharapkan semua...

03 Mac 2016

APA DAH JADI DENGAN FLEET n MAINTENANCE? PART 5 (BERSABAR)

Saya mendapat makluman ahli-ahli di Bengkel Batu Gajah sekarang dalam keadaan "PANAS" @ "TERBAKAR", dalam isu yang melibatkan rasa tidak puas hati dengan SM dan Manager di Bengkel Batu Gajah. Saya mohon semua ahli-ahli RUM bawa bertenang dan bersabar, jangan sesekali melakukan sesuatu yang bertentangan atau pergaduhan yang boleh melibatkan isu lebih besar, bersabar sehingga pihak RUM berusaha menyelesaikan isu ini. Pihak RUM akan berusaha menyelesaikan isu ini secepat mungkin, bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, pihak RUM memohon kepada...

TULISAN SIPOLAN

Sekali lagi saya dimaklumkan oleh pegawai RUM mengenai sipolan itu, marah betul pegawai-pegawai RUM dengan sipolan itu... saya sebenarnya dah tak ambil pot pun sebarang tulisan yang mengata saya ataupun RUM... tak rasa kecil hati... tak rasa terkilan... saya sentiasa memaafkan mereka... semoga Allah Swt merahmati mereka.... Jawapan saya mudah... biarlah apa dia orang nak kata... dia orang nak nama pun... bagi je lah... kita tak rugi apa-apa pun... tak de untung pun... kalau kita ikut rentak dia... kita pun sama macam dia... dia meroyan... jangan...

02 Mac 2016

APA DAH JADI DENGAN FLEET n MAINTENANCE? PART 4

Mesej yang diterima dipaparkan.. keluhan yang mewakili pekerja untuk tatapan umum di bawah ini... ianya dianggap kenyataan rasmi RUM... ianya melibatkan dari aspek pekerjaan sahaja... tiada aspek lain... harap maklum. _______________________________________ Rugi ktmb lantik dia jd pegawai Gua panas..... Tolong siasat bro pengurusan workshop BT gajah. Org yg tak layak di beri acting manager ( Fauzi) pasal tu keja jadi Gila babi Yg peliknye tmod pun bole meluluskan apa kejadah ni. Acting TA plak ambik org luar ( import DEPOH) ape org bengkel semua...

APA DAH JADI DENGAN FLEET DAN MAINTENANCE? PART 3

APA DAH JADI DENGAN FLEET n MAINTENANCE? PART 3 Nak bagitau ni... pada SM n MANAGER FLEET n MAINTENANCE BENGKEL BATU GAJAH, nampak tak mesej ini, ahli RUM mendesak RUM, ini bukti bahawa pekerja kat Batu Gajah tu dah menyampah, sebab SM BATU GAJAH ini "FAILED" atau bahasa pasarnya... seolah-olah "HUKUM TEMBAK" atau "TAK BOLEH PAKAI" hantar "REJECT SHOP" pun dah tak laku. Pekerja risau masa depan mereka, kalau masih macam ini yang berpegang kepada...

Kejatuhan harga minyak dunia

Hakikatnya kejatuhan harga minyak menjejaskan ekonomi dunia, negara, syarikat dan individu/rakyat/pekerja. Ape pilihan kita skrg???? Jom beri pandangan Anda.... Pandangan anda dalam hal ini... sangat diharapkan... untuk tinjauan RUM... Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...

BELIA RUM

Orang mungkin pandang rendah, mereka beranggapan BELIA RUM ini tin kosong, BELIA RUM ini "PAK ANGGUK", kalau ini mereka andaikan... itu satu kesilapan... Sejauh mana pengetahuan ku, pengalaman aku, semua aku curahkan kepada BELIA RUM, malah aku mencabar mereka jadi lebih baik daripada aku, kalau mereka mampu sahut cabaran aku... makanya satu lagi kejayaan peribadi aku.... andai mereka gagal...menyahut cabaran aku... maka aku GAGAL mewujudkan pemimpin...