05 Januari 2015

Bukti Railwaymen Union of Malaya (RUM) di pihak yang benar

Assalamualaikum n Salam Sejahtera

Dipaparkan Surat Rasmi Kesatuan kepada "UMUM" bagi membuktikan bahawa Railwaymen Union of Malaya ( RUM ) di pihak yang benar.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

--------------------------------------------------------------------------
Bil. : ( 128 ) dlm RUM 093
Tarikh : 2hb. Januari 2015

Kepada:
YB. Dato’ Ir Hj Nawawi Hj Ahmad
PengerusiLembaga Pengarah KTMB
Keretapi Tanah Melayu BerhadJalan Sultan Hishamuddin50621 Kuala Lumpur

DAN

Semua Ahli Lembaga Pengarah.
Salinan:Datuk Elias Kadir
Presiden KTMB.

DAN

Semua Ketua Jabatan
UNTUK PERHATIAN
Y.A.B. DATO' SRI HJ. MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 
Putrajaya

YB. Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem
Menteri Sumber Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Aras 9 Blok D3, 
Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 
Putrajaya

YB. Dato’ Pengerusi,

Tindakan Tatatertib Bertentangan Dengan Peruntukan Akta

Dimaklum baru-baru ini pada ‘26hb November 2014’ pihak pengurusan KTMB telah mengadakan ‘majlis urus tandatangan’ bagi maksud pengambilan balik kakitangan-kakitangan kononnya telah dibuang kerja atas sebab dakwaan ‘PENGURUSAN KTMB’ bahawa mereka didapati bersalah ‘TIDAK MENGIKUT KOD ETIKA dan MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PIKET HARAM PADA 9HB. MEI 2014’.

2. Berdasarkan ‘bukti kuat’ tentang kebenaran ‘hak peruntukan daripada ‘DUA NASKHAH AKTA’ iaitu ‘AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967 (AKTA 177)’ dan ‘AKTA KESATUAN SEKERJA 1959 (AKTA 262)’ sebagai ‘asas dan panduan’ untuk menjustifikasikan tindakan bagi membuktikan yang mereka sebenarnya ’tidak bersalah (innocence)’ sebaliknya telah ‘dibuang kerja’ oleh ‘amalan tidak sihat PENGURUSAN’.

3. Secara jujur, pada masa yang sama juga surat ini menjadi suara ‘KESATUAN’ bagi mempertahan ‘kebenaran’ hujahan ‘KESATUAN’ yang telah didedahkan dalam naskhah ’memorandum’ kepada ‘YAB. Dato’ Sri Perdana Menteri’ bertarikh pada ‘‘19hb. November 2014’ atas topik ’Tindakan Tatatertib Bertentangan Dengan Peruntukan Akta’ di bawah rujukan ‘bil. (90) dlm RUM 082’ tentang penyelewengan ‘PENGURUSAN KTMB’. Adalah menjadi tanggungjawab ‘KESATUAN’ ini mempertahankan kebenaran hak peruntukan ‘AKTA 177 dan AKTA 262’ sebagai pelindung ‘URUSAN dan AKTIVITI KESATUAN SEKERJA’.

4. ‘KESATUAN’ ini berani melabelkan ‘PENGURUSAN KTMB’ yang diketuai oleh ‘Datuk Elias Kadir selaku PRESIDEN KTMB’ sebagai pihak yang ‘buta peraturan’ kerana telah mengeksposkan perbuatan ‘melampaui keraguan munasabah (beyond reasonable doubt)’. Tindakan ‘PENGURUSAN KTMB’ secara sesuka hati ‘BUANG KERJA PEKERJA-PEKERJA’ yang tidak bersalah dengan membelakangkan ‘peruntukan AKTA’ adalah satu perbuatan ‘berniat jahat’ untuk kepentingan tertentu dan kesannya merosakkan ‘IMEJ SYARIKAT’.

(BAHAGIAN ‘A’ )
MELANGGARI PERUNTUKAN HAK ‘AKTA 177 - PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967’DAN MENAFIKAN KEBENARAN PERUNTUKAN HAK ‘AKTA 262 - AKTA KESATUAN SEKERJA 1959’

5. Dakwaan ‘KESATUAN’ memang tepat bahawa ‘PENGURUSAN KTMB’ telah melanggar peruntukan ‘AKTA 177 - PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967’ di bawah peruntukan ‘SEKSYEN (5) - Larangan ke atas majikan dan kesatuan sekerja mereka berkenaan dengan tindakan-tindakan tertentu’ iaitu dibawah subseksyen ‘(5)(1)Tiada majikan atau kesatuan sekerja majikan-majikan dan tiada sesiapa yang bertindak bagi pihak seorang majikan atau kesatuan sekerja sedemikian boleh - (d) memecat atau mengancam untuk memecat seseorang pekerja, mencedera atau mengancam untuk mencederakan dalam pekerjaannya atau mengubah atau mengancam untuk mengubah kedudukannya sehingga memudaratkannya dengan sebab bahawa pekerja itu - (d-ii) menyertai penajaan, pembentukan, atau aktiviti–aktiviti kesatuan sekerja.

6. Dengan ini jelas bahawa dakwaan kami di’PARA (5)’ di atas dalam surat ini sebagai berkata “memecat atau mengancam untuk memecat seseorang pekerja, mencedera atau mengancam untuk mencederakan dalam pekerjaannya atau mengubah atau mengancam untuk mengubah kedudukannya sehingga memudaratkannya dengan sebab bahawa pekerja itu - (ii) menyertai penajaan, pembentukan, atau aktiviti–aktiviti kesatuan sekerja” adalah benar kerana telah berlaku ‘PEMBUANGAN KERJA PEKERJA-PEKERJA’ yang tidak bersalah dan pengambilan balik bekerja tidak mengikut kaedah ‘AKTA’. Perbuatan tersebut jelas merupakan suatu perkembangan yang tidak sihat menterjemahkan usaha tedesak ‘TANDA MELAKUKAN KESALAHAN’.

7. Jaminan ‘tanpa diskriminasi dan bias’ sebagai penghakiman ke atas ‘TUJUAN-TUJUAN AKTIVITI KESATUAN’ telah diyakini suaranya dalam ‘AKTA 262 - AKTA KESATUAN SEKERJA 1959’ dijelaskan di bawah ‘SEKSYEN (2) -Tafsiran’ dipetik sedikit butiran mustahak sahaja yang berkaitan dengan subjek ‘KESATUAN’ menyatakan antara lain ialah:- ‘kesatuan sekerja’ atau ‘kesatuan’ ertinya apa-apa pertubuhan atau gabungan orang-orang kerja atau majikan-majikan, iaitu orang-orang kerja di mana tempat pekerjaan mereka di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak, mengikut mana yang berkenaan, atau majikan-majikan yang mengambil kerja orang-orang kerja di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak, mengikut yang berkenaan:-

(a) dalam mana-mana penubuhan, tred, pekerjaan atau industri yang tertentu atau dalam apa-apa tred, pekerjaan atau industri yang serupa, dan
(b) sama ada sementara atau tetap, dan
(c) yang mempunyai di antara tujuan-tujuannya satu atau lebih daripada tujuan-tujuan yang berikut:-
(bermula dari (i) dan (ia) dan (ii) dan (iia) dan (iii)).

8. Di sini, ‘KESATUAN’ ini perlu tekan kepada pernyataan hujah yang ‘bertanda garisan (underline_____) di bawah pernyataan ayat (c) yang mempunyai di antara tujuan-tujuannya satu atau lebih daripada tujuan-tujuan yang berikut)’ adalah pernyataan penting dari sudut ‘perundangan’. Dengan ini jelas bahawa ‘BERPIKET’ adalah ‘AKTIVITI KESATUAN’ di atas ‘platform KESATUAN SEKERJA’ yang ‘dibenarkan oleh Akta’.

9. Diakui tentang kebenaran aktiviti ‘BERPIKET’ oleh ‘Pengurus Besar, Pengurusan Bakat & Pembangunan Organisasi Puan Sharifah binti Mohd Sharif. Pernyataan ini telah dijelaskan dalam ‘MINIT MESYUARAT ANTARA JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN / KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD DAN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KTMB PADA 26 OGOS 2014’ dan dipetik cabutannya menyatakan ‘Pengurus Besar, Pengurusan Bakat & Pembangunan Organisasi Puan Sharifah binti Mohd Sharif menyatakan kami tidak ada halangan untuk berpiket. Notis Tunjuk Sebab dikeluarkan bukan sebab piket, Notis Tunjuk Sebab dikeluarkan disebabkan tidak mengikut tatakelakuan mengikut Kod Etika’.

10. Pihak ‘KESATUAN’ mempersoalkan sejak bilakah kesatuan ‘wajib memberi komitmen’ mematuhi ‘tatakelakuan mengikut Kod Etika’?. Siapakah yang mengeluarkan kertas arahan ‘tatakelakuan mengikut Kod Etika’? Adakah ‘tatakelakuan mengikut Kod Etika’ itu satu arahan daripada ‘PENGURUSAN’ secara ‘ex-parte’ kepada kakitangan atau kesatuan? Apa kena mengena dengan ‘KESATUAN’?. Adakah kertas ‘tatakelakuan mengikut Kod Etika’ mendapat restu daripada pihak kesatuan? Adakah ‘tatakelakuan mengikut Kod Etika’ lebih tinggi ‘mutu dan peraturannya’ daripada kebenaran ‘hak peruntukan PERJANJIAN KOLEKTIF (CA)’ selaku ‘AWARD Mahkamah Perusahaan’ yang dikhususkan untuk pekerja-pekerja sahaja tetapi bukannya untuk ‘KESATUAN’.

11. Sekali lagi ‘KESATUAN’ ini mempersoalkan apakah ‘tatakelakuan mengikut Kod Etika’ itu termasuk dalam ‘PROVISO SEKSYEN 40 - Piket’?. Pada ‘KESATUAN’ jawapannya ‘pasti tidak’ kerana syarat-syaratnya telah dinyatakan dengan jelas di bawah ‘PROVISO SUBSEKSYEN 40 - (2)’. Sekiranya didapati ‘benar-benar berlaku kesalahan’ maka urusan ini adalah ‘urusan Mahkamah’ untuk ‘mensabitkan kesalahan’, tetapi ‘BUKANYA urusan MAJIKAN / PENGURUSAN KTMB’ kononnya menggunakan kuasa ‘prerogative (hak istimewa) Pengurusan’. Jika dilakukan juga ianya boleh ‘timbul keraguan’ kerana ‘menafikan hak prinsip keadilan’ di sebabkan urusan ini adalah ‘subjek perundangan’ yang ada hubung kait dengan ‘AKTA’. Persoalannya mengapakah pihak ‘PENGURUSAN KTMB’ sengaja melakukan juga? dan jawapanya jelas ialah ‘SALAHGUNA KUASA’

12. ‘KESATUAN’ ini sarankan sekali lagi bahawa perbuatan ‘PENGURUSAN KTMB’ sedemikian jelas mendorongkan kepada suntikan ‘penyalahgunaan kuasa’. Sesungguhnya kes ‘PEMBUANGAN KERJA PEKERJA-PEKERJA’ yang tidak bersandarkan kepada kebenaran peruntukan ‘AKTA 177 - PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967’ bahkan juga ‘tidak mematuhi’ kaedah ‘‘peruntukan PERJANJIAN KOLEKTIF (CA)’ selaku “AWARD Mahkamah Perusahaan” adalah amalan merendah-rendahkan martabat intelektualnya.

13. Pada masa yang sama juga ‘KESATUAN’ ini menyelar tindakan ‘PENGURUSAN KTMB’ melanggar peruntukan ‘AKTA 177 -PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967 - SEKSYEN (4) - HAK-HAK PEKERJA DAN MAJIKAN’ di bawah ‘SUBSEKSYEN 4(1)’ sebagai berkata ‘Tiada sesiapapun boleh campur tangan dengan menghalang atau memaksa seorang pekerja atau seorang majikan dalam menjalankan hak-haknya untuk menubuh dan membantu penubuhan dan memasuki suatu kesatuan sekerja dan untuk menyertai aktivi-aktiviti yang sah.’

14. Dipercayai pihak ‘PENGURUSAN KTMB’ tidak mempunyai alasan ‘yang kuat dan kukuh’ untuk ‘menafikan mahupun menolak’ peruntukan ‘SEKSYEN (4) - HAK-HAK PEKERJA DAN MAJIKAN - SUBSEKSYEN 4(1) - AKTA 177 - PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967’ yang mana intinya seperti dimaklumkan di ‘PARA (13)’ di atas dalam surat ini. Dipetik sekali lagi ‘ayat larangan’ sebagai berkata ‘Tiada sesiapapun boleh campur tangan dengan menghalang menyertai aktivi-aktiviti kesatuan yang sah.’

15. Dakwaan ‘KESATUAN’ adalah benar dilihat peranan ‘PENGURUSAN KTMB’ secara terangan dan tidak ‘ragu-ragu lagi’ secara terangan berani ‘campurtangan’ dengan melanggar peruntukan ‘AKTA 177 -PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967 - SEKSYEN (4) - HAK-HAK PEKERJA DAN MAJIKAN’ di bawah ‘SUBSEKSYEN 4(1)’. Isu ‘campur tangan’ ini adalah ‘FAKTA TERPENTING’ yang menunjukkan kegagalan urus tadbir syarikat dengan sengaja membelakangkan peruntukan ‘AKTA’. Agenda ‘gadai maruah’ seumpama ini boleh memberi implikasi buruk ke atas ‘syarikat KTMB’ khususnya dari sudut ‘persoalan disiplin urusan pentadbiran’ mengekposkan perlakuan ‘berniat jahat’ cuba menghalang ahli-ahli kesatuan menyertai ‘aktivi-aktiviti yang sah’.

16. Tiada sebarang keraguan lagi bahawa hak ‘BERPIKET’ pada ‘9hb. MEI 2014’ antara ‘jam 4.30 petang hingga 7.00 malam’ adalah ‘gerak aktiviti kesatuan termasuk mempamerkan slogan tentang ketidak wibawaan Presiden KTMB’ di bawah ‘Platform atau Pentas Kesatuan Sekerja’ yang dibenarkan oleh ‘AKTA’. Pengakuan tentang kebenaran ‘BERPIKET’ telah disuarakan oleh ‘Pengurus Besar, Pengurusan Bakat & Pembangunan Organisasi Puan Sharifah binti Mohd Sharif’ dalam ‘MESYUARAT ANTARA JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN / KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD DAN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KTMB PADA 26 OGOS 2014’. Sila rujuk kepada ‘PARA (7) dan PARA ( 8) dan PARA (9) dalam surat in.

17. Pendedahan tentang salah laku ‘PENGURUSAN KTMB’ yang dipimpin oleh ‘Datuk Elias Kadir selaku PRESIDEN KTMB’ hari ini yang ‘kabur undang-undang’ telah mengenakan pertuduhan yang ‘tidak cerdik’ ke atas ‘PEKERJA-PEKERJA’ yang tidak bersalah melalui surat ‘PENGURUSAN’ di bawah perkara ‘NOTIS SIASATAN TATATERTIB DALAMAN’ adalah bukti ‘penyelewengan’. Butiran pertuduhannya ‘menafikan hak atau memaksa atau menghalang seorang pekerja menyertai aktivi-aktiviti kesatuan yang sah (mengingkari SUBSEKSYEN 4(1))’.

18. Dakwaan ‘pertuduhan cacat’ menunjukkan salah laku ‘PENGURUSAN KTMB’ secara ‘terancang’ bagi ‘mensabitkan kesalahan pekerja’. Perbuatan ini dilihatkan tidak konsisten dan ketidaksamaan sebaliknya menerjahkan ‘pembohongan dan propaganda’ menafikan ketelusan dalam urusan ‘tindakan tatatertib’ dalam tadbiran syarikat. Amalan ‘melampaui kuasa’ yang bercanggah dengan peruntukan ‘AKTA’ pasti boleh melahirkan ‘kerenah penyelewengan’ dan ‘fakta penyelewengan’ adalah ‘ibu segala penipuan’.

19. Dilihat cara susun atur penulisan ‘tindakan tatatertib’ yang terdapat dalam kertas ‘NOTIS SIASATAN TATATERTIB DALAMAN’ telah menyimpang jauh daripada ‘panduan siasatan tatatertib’ mengikut ‘prosedur tindakan tatatertib Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) - Pekeliling Syarikat ‘MNL / HRM / 01 / 2008’ ke atas ‘ORANG KENA TUDUH (OKT)’ seolah-olah ideanya diilhamkan secara ‘gopoh-gapah dan bercelaru’ dalam keadaan ‘environment terdesak’. Kegagalan mematuhi aturan dan peraturan yang termaktub dalam ‘Pekeliling Syarikat - MNL / HRM / 01 / 2008’ yang telah dipersetujui oleh ‘KESATUAN’ untuk kegunaannya adalah ‘satu kesalahan’. Di sini ‘KESATUAN’ ini ingin memetik (quote) catatan dalam ‘prosedur tindakan tatatertib (MNL / HRM /01 / 2008)’ - Perkara (3) - ‘TINDAKAN DISIPLIN’ (muka surat 2 daripada 123) sebagai berkata ‘Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat kakitangan yang gagal mematuhi manual dan prosedur di atas atau menyalahgunakan kemudahan ini’.

20. Kes ‘PEMBUANGAN PEKERJA-PEKERJA’ yang tidak bersalah kerana ‘BERPIKET’ sepatutnya pihak ‘Pengurusan KTMB’ menangani secara bijaksana dan jangan terjerumus ke dalam konfliks tidak berfaedah. ‘KESATUAN’ ini telah memaklumkan di ‘PARA (8)’ di atas dalam surat ini sebagai berkata ‘dengan ini jelas bahawa ‘BERPIKET’ adalah ‘AKTIVITI KESATUAN’ di atas ‘platform KESATUAN SEKERJA’ yang ‘dibenarkan oleh Akta’ dan diakui kebenarannya oleh ‘Pengurus Besar, Pengurusan Bakat & Pembangunan Organisasi Puan Sharifah binti Mohd Sharif’. Penjelasan ini membawa makna bahawa ‘AKTIVITI KESATUAN’ adalah satu program pelbagaian atas perkara ‘kebolehjangkaan atau tidak’ selaras dengan kehendak ‘AKTA 262 - AKTA KESATUAN SEKERJA 1959’ seperti diterangkan di bawah ‘PARA (7) dan PARA (8)’ di atas dalam surat ini.

21. Tuduhan ‘KESATUAN’ bahawa pihak ‘PENGURUSAN KTMB’ telah mencabuli urusan hak ‘AKTA’ adalah perkara ‘benar-benar berlaku’. Tiada keraguan lagi telah terbukti melalui dedahan ’tembelanganya’ tercatat dalam kertas ‘NOTIS SIASATAN TATATERTIB DALAMAN’ dan kertas ini adalah ‘dokumen bukti’ yang penting.

22. Sesungguhnya pertuduhan dalam kertas ‘NOTIS SIASATAN TATATERTIB DALAMAN’ ke atas ‘INDIVIDU’ adalah ‘rapuh’ di sebabkan ‘AKTIVITI BERPIKET dan semua jenis aktiviti pada hari tersebut ‘9hb.MEI 2014’ antara ‘jam 4.30 petang dan 7.00 malam’ adalah ‘gerak aktiviti kesatuan’ di bawah ‘Pelatform atau Pentas Kesatuan Sekerja yang dibenarkan oleh Akta’ 262 - AKTA KESATUAN SEKERJA 1959’ seperti penjelasan di bawah ‘PARA(7) dan PARA (8)’ di atas dalam surat ini.

23. Pertuduhan ke atas ‘ORANG KENA TUDUH (OKT)’ seolah-olah mereka telah menjalankan ‘aktiviti cemar’ sedangkan ‘ORANG KENA TUDUH (OKT)’ adalah pekerja-pekerja dengan ‘rekod nama baik cemerlang’ memberi ‘perkhidmatan kepada KTMB’ dengan ‘penuh didikasi. Malangnya telah dicemari oleh perbuatan ‘jahilliah yang tidak bertanggungjawab’ oleh ‘PENGURUSAN KTMB’ sendiri.

24. Justeru itu, tuduhan ke atas ‘pekerja-pekerja secara individu’ pada hari ‘BERPIKET pada 9hb. MEI 2014’ kononnya tidak mematuhi ‘tatakelakuan mengikut Kod Etika’ adalah pertuduhan ‘JAHAT’. Diulangi lagi pernyataan bahawa syarat-syarat ‘sebagai PROVISOnya’ telah diterangkan dengan jelas di bawah ‘Subseksyen 40-(2) - AKTA 177-PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967’, tetapi ‘For Sure’ bukannya disebabkan ‘tatakelakuan mengikut Kod Etika’ yang ditentukan oleh pihak ‘PENGURUSAN KTMB’ mahupun ‘peruntukan PERJANJIAN KOLEKTIF (CA)’ sehingga menjadikan ‘Piket’ di bawah ‘Seksyen 40-Piket-AKTA 177-PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967’ sebagai ‘HARAM’.

25. Sekiranya benar didapati ‘ada unsur-unsur yang tidak sihat ATAU bersalah’ maka urusan ini adalah ‘urusan Mahkamah’ bagi ’mensabitkan kesalahan’, tetapi bukannya ‘urusan MAJIKAN’ kononnya boleh diletakkan sebagai penentuan kuasa di bawah bidang kuasa ‘prerogative (hak istimewa) Pengurusan’. Penjelasan mengenai ‘tatakelakuan mengikut Kod Etika’ telah diterangkan ‘di PARA (10) dan PARA (11)’ di atas dalam surat ini.

26. Pihak ‘KESATUAN’ terkilan mengapa pertuduhan membabitkan dengan ‘peruntukan PERJANJIAN KOLEKTIF (CA)’?. Perlu diingat bahawa ‘KESATUAN’ adalah ‘PEMETRAI PERJANJIAN KOLEKTIF’ yang dikawal ketat oleh ‘ARTIKEL (2) - PIHAK-PIHAK DALAM PERJANJIAN dan ARTIKEL (3) - PRAKATA’.

27. ‘KESATUAN’ ini sedar tujuan tersirat pihak ‘PENGURUSAN KTMB’ mengadakan ‘majlis tandatangan’ pada ‘26hb. November 2014’ khususnya untuk kakitangan-kakitangan kononnya telah dibuang kerja ialah bertujuan ‘mengambil balik BEKERJA’. Di samping itu perkara utama ialah memelihara imej dan kepentingan ‘Datuk Elias Kadir, PRESIDEN KTMB’ selaku ‘ketua pentadbir syarikat’ bertujuan ‘menarik perhatian umum’ atau memberitahu ‘kononnya’ tindakan ‘PENGURUSAN KTMB’ sedemikian adalah ‘penanda tidak bersalah’ yang mereka tidak melanggari mana-mana ‘PERUNTUKAN AKTA’, sebaliknya pihak ‘KESATUAN’ lah yang ‘bersalah’ melanggari peruntukan ‘AKTA’. Di sebalik ‘sandiwara kelakar terancang’ melalui temasya ‘majlis tandatangan’ dilihat letak-duduknya ialah ‘bermotifkan kawalan’ bagi menghasil kuasa ‘jaminan atau akujanji’ yang ‘Penandatangan’ tidak akan lagi mengulangi ‘perbuatan sejenis sedemikian’.

28. Perbuatan ‘menandatangani’ melalui ‘majlis urusan tandatangan’ tidak mencerminkan kesungguhan ‘PENGURUSAN KTMB’ mempertahankan reaksinya ‘tidak melanggari’ mana-mana ‘PERUNTUKAN AKTA’ bahkan pada ‘KESATUAN’ bahawa perkara yang salah tetap ‘BERSALAH’. ‘KESATUAN’ ini ‘menentang’ kaedah sedemikian dan menzahir rasa bimbang atas ‘salah guna amalan hak perundangan’ yang tidak menjamin kebaikan kepada ‘Good Governance atau Urus tadbir baik dan bertanggungjawab’. Sebarang penyelewengan ke atas ‘Akta’ adalah sesuatu yang ‘tidak boleh dikompromikan’ kerana ianya adalah persoalan ‘etika amanah dalam prinsip-prinsip dasar kewibawaan, ketelusan dalam pengurusan’.

29. Tidak timbul lagi sebarang keraguan, pihak ‘PENGURUSAN KTMB’ sedar bahawa ‘BERPIKET pada 9hb. MEI 2014’ dan ‘tatakelakuan’ pada hari ‘BERPIKET’ adalah ‘gerak aktiviti kesatuan’ di bawah ‘Platform atau Pentas Kesatuan Sekerja’. Dakwaan ‘KESATUAN’ adalah ‘benar’ berasaskan surat pertuduhan ke atas ‘ORANG-ORANG KENA TUDUH (OKT)’ sebagai ‘bukti kukuh’ yang dieksposkan melalui cara susun atur penulisan ‘tindakan tatatertib’ dalam kertas ‘NOTIS SIASATAN TATATERTIB DALAMAN’. Anehnya di sini mengapakah pentingnya ‘majlis tandatangan’ diadakan? Siapakah yang‘mengilhamkan’ temasya karut ini?. Jelas temasya ini ialah bagi menghasilkan kuasa ‘jaminan atau akujanji’ yang ‘Penandatangan’ tidak akan lagi mengulangi ‘perbuatan sejenis sedemikian’. Penjelasan ini telahpun dimaklumkan di ‘PARA (27)’ di atas dalam surat ini.

30. Meletakkan ‘tandatangan’ sebagai syarat ‘jaminan atau akujanji’ memberi natijah jangan mengulangi lagi ‘perbuatan sejenis sedemikian’. Menilaikan kepada pengertian sebenarnya maksud istilah kata ‘jaminan atau akujanji’ itu boleh diterjemahkan ianya ‘meletakkan kesatuan’ di bawah pengaruh atau ‘di bawah kawalan majikan’. Perbuatan sedemikian telah mendorongkan kepada suntikan ‘penyalahgunaan kuasa’.

31. Perbuatan meletak ‘tandatangan’ oleh ‘ORANG-ORANG KENA TUDUH (OKT)’ bagi maksud ‘pelindung syarat atau akujanji’ adalah satu lagi perbuatan yang tidak sihat kerana membelakangkan undang-undang. Secara terangan perbuatan sedemikian boleh diterjemahkan sebagai sengaja ‘melanggari’ dan ‘menolak’ kebenaran peruntukan ‘AKTA 177 -PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967 - SEKSYEN (4) - HAK-HAK PEKERJA DAN MAJIKAN’ di bawah ‘SUBSEKSYEN 4(3)’ dipetik (quote) sebagai berkata ‘‘Tiada majikan atau kesatuan sekerja majikan-majikan dan tiada sesiapapun yang bertindak bagi pihak majikan tersebut atau kesatuan sekerja sedemikian boleh menyokong mana-mana kesatuan sekerja pekerja melalui kewangan atau lain-lain cara, dengan tujuan meletakkannya di bawah kawalan atau pengaruh majikan itu atau kesatuan sekerja majikan-majikan itu”.

32. Secara serius dan tiada keraguan lagi bahawa suara ‘KESALAHAN’ yang berasaskan ‘fakta perundangan’ bermula dari ‘PARA (5) hingga ke PARA (32)’ dalam surat ini, sesungguhnya ‘KESATUAN’ telah berjaya membuktikan ‘kes prima facie’ terhadap ‘PELANGGARAN DAN PENYELEWENGAN KE ATAS AKTA-AKTA’ khususnya atas ‘SEKSYEN (4) - HAK-HAK PEKERJA DAN MAJIKAN’ di bawah ‘SUBSEKSYEN 4(1) dan SUBSEKSYEN 4(3)’ DAN ‘SEKSYEN (5) - Larangan ke atas majikan dan kesatuan sekerja mereka berkenaan dengan tindakan-tindakan tertentu’ - di bawah ‘SUBSEKSYEN (5-1-d-ii)’ DAN ‘SEKSYEN (40) - Piket’ yang mana ke semua ‘SEKSYEN’ yang dimaksudkan termaktub dalam ‘AKTA 177- AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967’.

(BAHAGIAN ‘B’)
‘KESATUAN’SANGGUP MENGUGUR KESEMUA PERTUDUHAN

33. Diakui isu ‘PELANGGARAN DAN PENYELEWENGAN KE ATAS AKTA-AKTA’ adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromikan. Walau bagaimanapun ‘KESATUAN’ selaku rakan seperjuangan dengan ‘PENGURUSAN KTMB’ dan ‘KERAJAAN’ sentiasa ‘memberi perhatian utama’ khususnya untuk memajukan pengangkutan rel serta kebaikan ‘KTMB’ bahkan menjaga imej syarikat. Dengan ini ‘KESATUAN’ ini sedia ‘bertolak ansur’ dan sanggup ‘menggugurkan kesemua pertuduhan’ seperti dijelaskan di atas dalam surat ini ‘HANYA’ dengan syarat bahawa pihak ‘PENGURUSAN KTMB’ hendaklah ‘MEMOHON MAAF’ kepada ‘KESATUAN’ dalam tempoh ‘TIGA PULUH (30) HARI’ dari tarikh surat ini.

( BAHAGIAN ‘C’ )
SOKONGAN KEWANGAN TIDAK BERADAB ATAS PERBUATAN YANG TIDAK SAH ATAU PENYELEWENGAN

34. ‘KESATUAN’ ini yakin ‘PEMBUANGAN KERJA PEKERJA-PEKERJA’ baru-baru ini adalah satu perbuatan yang ‘tidak sah’. Perbuatan sedemikian tidak berwibawa sarat dengan aksi ‘lakunan cerita wayang’. Tuduhan ‘KESATUAN’ secara berdisiplin dan jujur berdasarkan ‘hujahan dan dalil-dalil benar’ berpandukan peruntukan ‘AKTA’ bahawa pihak ‘PENGURUSAN KTMB’ telah sengaja ‘melanggari’ dan ‘menolak’ kebenaran peruntukan ‘AKTA 262 - AKTA KESATUAN SEKERJA 1959’ dan hak ‘AKTA 177 - PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967’. Tidak timbul lagi sebarang keraguan dan kelemahan tentang berlakunya ‘PELANGGARAN’ tetapi yang jelas telah wujud ‘elemen kepalsuan (falseness)’ dalam kes ‘PEMBUANGAN KERJA PEKERJA-PEKERJA’ yang tidak bersalah yang mana perbuatan ini boleh ditafsirkan ‘menyeleweng’ ke atas ‘Akta’ atau ‘membelakangkan’ peruntukan ‘Akta’.

35. ‘KESATUAN’ ini telah mendedah tentang salah laku ‘PENGURUSAN KTMB’ yang dipimpin oleh ‘Datuk Elias Kadir selaku PRESIDEN KTMB’ mengguna kuasanya ‘melebihi hak kuasanya (ultra vires)’. Perbuatan mengenepikan undang-undang menjadikan ia pemimpin yang tersasar jauh dalam perjuangan untuk menegakkan ‘kepentingan etika amanah’ yang boleh menjatuhkan martabat ‘intelektual kepimpinannya’.

36. Dalam hubungan ini, pihak ‘KESATUAN’ tidak hairan lagi sekiranya ‘PENGURUSAN KTMB’ tidak menunjukkan ‘budaya pentadbiran yang TIDAK bersih dan TIDAK bermaruah’. Umpamanya, mengikut ‘khabar-khabar angin’ yang bertiup kencang bahawa pihak ‘PENGURUSAN KTMB’ telah mengguna ‘kewangan syarikat secara tidak beradab’ membayar upah perkhidmatan kepada ‘syarikat guaman’ urutan dari kejadian ‘PEMBUANGAN KERJA PEKERJA-PEKERJA’ baru-baru ini ke atas mangsa - mangsa yang ‘tidak bersalah’.

37. Sekiranya ‘khabar-khabar angin’ sedemikian ‘BENAR’, maka amalan ini jelas mengutamakan ‘kepentingan peribadinya’ adalah ‘BENAR’ dengan menggunakan ‘wang syarikat secara tidak beradab’ atas tujuan ‘JAHAT’ dengan melakukan secara sengaja ‘memecat atau mengancam untuk memecat seseorang pekerja, mencedera atau mengancam untuk mencederakan dalam pekerjaannya atau mengubah atau mengancam untuk mengubah kedudukannya sehingga memudaratkannya dengan sebab bahawa pekerja itu menyertai aktiviti–aktiviti kesatuan sekerja’ seperti dimaklumkan di ‘PARA (5) dan PARA (6)’ di atas dalam surat ini. Perbuatan secara sengaja ‘memecat atau mengancam untuk memecat seseorang pekerja dengan sebab pekerja-pekerja berkenaan menyertai aktiviti–aktiviti kesatuan sekerja’ adalah satu usaha pengurusan ‘membalas dendam (revenge)’ kononnya di sebabkan pihak ‘KESATUAN’ semasa ‘BERPIKET pada 9hb. MEI 2014’ telah mempamerkan ‘slogan anti’ Presiden Syarikat ‘Datuk Elias Kadir’.

38. Sekali lagi ‘KESATUAN’ ini ingin memaklumkan seperti dijelaskan di ‘PARA (16)’ di atas dalam surat ini sebagai berkata bahawa ‘‘BERPIKET’ pada ‘9hb. MEI 2014’ antara ‘jam 4.30 petang hingga 7.00 malam’ adalah ‘gerak aktiviti kesatuan termasuk mempamerkan slogan tentang ketidakwibawaan Presiden KTMB’ adalah di bawah ‘Platform atau Pentas Kesatuan Sekerja’ yang dibenarkan oleh ‘AKTA’.

39. Bahawa pada ‘KESATUAN’, perbelanjaan menggunakan ‘wang halal’ untuk ‘membiayai perbelanjaan’ perkhidmatan yang ‘salah urus tadbir’ yang bertentangan dengan peruntukan ‘Akta’ juga boleh ditakrifkan sebagai ‘penyelewengan’ yang mungkin bertentangan dengan ‘polisi kewangan’ pertubuhan yang berkenaan. Secara jujur ‘KESATUAN’ ini tidak arif untuk mentafsirkan perkara ‘penyelewengan’ sedemikian, tetapi berjanji akan mencari pendekatan dengan badan-badan tertentu sebagai satu usaha bagi mendapat klarifikasi sebenar bertujuan mempertahankan kebenaran hak ‘polisi kewangan’ pertubuhan yang berkenaan sebagai kaedah mengatasi ‘SALAH GUNA’ perbelanjaan ‘wang syarikat’.

40. ‘KESATUAN’ ini memberi ‘fokus secara serius’ atas isu ini kerana amalan sedemikian boleh ditakrifkan sebagai perbelanjaan ‘membiayai perkhimdmatan’ yang bukannya mengikut ‘kaedah yang sah (salah urus tadbir)’ dilihat sebagai penyalahgunaan proses perbelanjaan yang boleh ‘menggadaikan maruah KTMB’. Sesunguhnya ‘KESATUAN’ ini ‘menentang’ sebarang gerak kerja yang ‘menyimpang jauh’ daripada ‘asas, panduan, aturan dan dasar’ sesuatu ‘polisi atau peruntukan’ yang telah termaktub seabagai ‘HAK PERUNDANGAN’.

41. Walau apapun pihak ‘LEMBAGA PENGARAH’ selaku ‘BADAN BERKUASA’ yang mewakili ‘KEMENTERIAN KEWANGAN / KERAJAAN’ ialah bertujuan ‘mengawal dan mengawasi urus tadbir syarikat’. Dengan hal yang sedemikkian badan ini hendaknya ‘jangan mengambil sikap lepas tangan’ khususnya atas perkara ‘kewangan dan terma perkhidmatan kakitangan’ kerana perananan mereka ‘selaku badan kuasa perundangan tertinggi’ di bawah sistem ‘SEMAK DAN IMBANG (check and balance) untuk menjaminkan ‘kebaikan serta ketelusan dan kebertanggungjawaban’ dalam pengurusan urus tadbir syarikat sebagai ‘isu utama’.

(BAHAGIAN ‘D’)
PENGGULUNGAN HUJAH atau RUMUSAN

42. Saya yang bertandatangan di bawah ini sebagai ‘PRESIDEN KESATUAN’ mewakili ‘KESATUAN’ pada bila-bila masa sedia mencabar diadakan ‘WACANA MENGENAI AKTA’ atau ber‘DEBAT’ dengan sama ada ‘Datuk Elias Kadir selaku PRESIDEN KTMB’ atau ‘YB. Dato’ Ir Hj Nawawi Hj Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB’ atas perkara hak ‘AKTA 262 - AKTA KESATUAN SEKERJA 1959’ dan ‘AKTA 177 - PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967’ dan juga atas perkara ‘KUASA EKSEKUTIF (EXECUTIVE POWER)’.

43. Tujuan utama ‘BERDEBAT’ ini ialah untuk menghasilkan ‘KEFAHAMAN’ atas perkara-perkara yang berkaitan dengan ‘pekerja-pekerja’. Sesungguhnya ‘BERDEBAT’ adalah penting dalam kontek ‘menjelajah (explore) mencari kebenaran’ yang pasti memanfaatkan ‘Pemimpin’. Mana-mana ‘Pemimpin’ sememangnya tidak suka kalau ada sesiapa ‘bersikap prasangka’ dengan melempar tuduhan yang kita adalah ‘PEMANDU BUTA PERATURAN (blind pilot). Sebagai dikatakan bahawa ‘BERDEBAT’ dapat memberi pencerahan inti ‘AKTA’ agar benar-benar ‘tidak salahgunakan peruntukan’ yang dimaksudkan.

44. Dimaklum bahawa perjuangan ‘KESATUAN’ terus konsisten dan menitikberatkan kepada peruntukkan ‘KUASA AKTA’. Jelas dan terang gerak kerja ‘PENGURUSAN KTMB’ semakin sumbang telah melakukan ‘KESALAHAN’ melampaui ‘keraguan munasabah’ dan ‘BUKTINYA’ seperti dimaklumkan di ‘PARA (32)’ di atas dalam surat ini bermula dari ‘PARA (5) hingga ke PARA (32)’. Sesungguhnya perbuatan sedemikian bertentangan dengan asas kesaksamaan dan keadilan dalam sistem perundangan.

45. Perbuatan ‘melebihi hak kuasanya (ultra vires)’ amat kesal sekali. Justeru itu di ‘PARA (33)’ di atas dalam surat ini menyatakan bahawa ‘KESATUAN’ ini sedia ‘bertolak ansur’ dan sanggup ‘menggugurkan kesemua pertuduhan’ seperti dijelaskan di atas dalam surat ini ‘HANYA’ dengan syarat pihak ‘PENGURUSAN KTMB’ hendaklah ‘MEMOHON MAAF’ kepada ‘KESATUAN’ dalam tempoh ‘TIGA PULUH (30) HARI’ dari tarikh surat ini.

Disudahi dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang benar,
(ABDUL RAZAK MD HASSAN)
Presiden.