12 Januari 2015

PENGALAMAN

Saya belajar dari beberapa orang yang mahir dalam seluk beluk Kesatuan Sekerja, termasuk pemahaman undang-undang dan pengetahuan dalam Keretapi Tanah Melayu Berhad, selebihnya dari pengalaman, pengalaman banyak mengajar saya, sehingga saya mampu membuat keputusan, keputusan itu betul... Alhamdulillah, keputusan itu salah... maka itu lah pengalaman...

Justeru itu saya akui bersama-sama dengan rakan-rakan kepimpinan kesatuan.. kita telah membuat satu kesilapan besar kerana merekemendasi Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB kepada YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, Malaysia.

Pengalaman ini membuatkan kami jadi "FOBIA", kerana harapan kami pada Datuk Elias Kadir Presiden KTMB sangat tinggi ibarat permata, tapi meleset sama sekali, bila lama kelamaan kita mengenali bahawa yang dianggap permata sebenarnya kaca.

Justeru itu "FOBIA" ini telah mengantui kami, kerana kami terpedaya dengan watak tanpa mengenali latar belakang, kami terlambat mengkaji latar belakang, sehingga kami menimpa bala yang sangat dasyat, kami teraniya, kami dizalimi dan kami dibuang kerja tanpa notis, semata-mata dengan niat Selamatkan KTMB, Selamatkan Pekerja.

Cukup-cukup sudah, itulah jawapan yang sewajarnya.. sememangnya kami menyesal... tersangat menyesal... kesilapan kami berdasarkan ketetapan Persidangan Perwakilan yang ke 11.
Kepercayaan yang diberi hanya sekali, tidak mungkin dua kali.... tidak mungkin mengulanginya lagi....


Abdul Razak MD Hassan
Presiden

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Related Posts:

  • RAC BESAR KEPALAIkut maklumat RAC sekarang dah naik tocang... kalau bahasa pasarnya "BESAR KEPALA" ialah.. kononnya AKTA KERETAPI PINDAAN 1991 tu menunjukkan semua aset keretapi milik dia.. Macam RUM cakap tahun lepas... RAC "kulimutek"... h… Read More
  • RNAA BENTONG DESTINASI KAMI!YB Menteri Pengangkutan wajar dipersalahkan! Tindakan merancang RNAA adalah menganiaya KTMB dan Pekerja! BENTONG 100% KAMI TARGET! KITA PASTIKAN MENTERI PENGANGKUTAN KECUNDANG PADA PRU 14! 300 majoriti.. kacang je... hahaha..… Read More
  • BILA SONGKOK PAKAI KAT KAKI, KASUT PAKAI KAT KEPALABeginilah antara sifat yang terkeji perlu dihindarkan... biar kat mana kita... kejujuran dan prinsip tidak boleh diabaikan... antara kepentingan peribadi dan kepentingan organisasi tetap ada perbedaan yang tidak boleh samasek… Read More
  • KITA HADIR UNTUK BUAT KERJAJangan peduli apa orang kata.. Jangan peduli apa itu persepsi.. Jangan kesah.. Kita terus buat kerja... Kita fikirkan pekerja... Kita fikir masa depan pekerja.. Kita mahu kehidupan pekerja terbela.. Bukan teraniaya... Kalau k… Read More
  • JIKA RNAA DILAKSANAKAN NANTIBila RNAA di laksanakan.. inilah kemahuan Kementrian Pengangkutan.. btol x? Kenyang company Abu, Atan & Ali..kroni? Ada 20 company tgh tggu ni..  MOT ape citer ni?… Read More