06 Januari 2015

KTMB rugi RM250 juta

Kuala Krai: Kira-kira 300 penduduk terjejas berikutan landasan kereta api yang dijadikan jambatan menghubungkan penduduk Kampung Kemubu, di sini, dengan beberapa kampung lain dekat Stesen KTMB Kemubu runtuh akibat banjir lalu.

Malah, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menganggarkan kerugian ditanggung mereka mencecah RM250 juta bagi kerosakan aset miliknya di seluruh pantai timur.

Pengerusi KTMB Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata, nilai kerugian itu membabitkan jambatan dekat Stesen KTMB Kemubu yang runtuh, lokomotif rosak dan beberapa landasan lain termasuk bangunan milik syarikat.

“Dua stesen kami iaitu di Kemubu dan Stesen Kuala Krai rosak dan tidak boleh digunakan lagi setakat ini termasuk landasan juga banyak yang musnah. [HM]