15 Januari 2015

SOTONG

Kita berusaha menjalinkan hubungan baik, kita cuba beralah, kita mahu semua kembali seperti sedia kala, tapi malangnya manusia seperti ini, angkuh, main tarik tali, lembik ibarat "sotong".

Saya dah terbakar, tinggal sorang, dulu bebanan saya pikul sangat berat, pemulihan jawatan rakan-rakan saya melegakan walaupun syarat persetujuan tidak boleh diterima langsung, akur demi memikirkan nasib keluarga mereka yang hilang sumber pendapatan kerana kezaliman Presiden KTMB.

Kini tinggal saya sorang dibuang kerja, tidak akur demi menegakkan kebenaran, demi memastikan hak Kesatuan Sekerja (RUM) dihormati, hak kehilangan faedah seperti sumbangan hari raya, backdated, cuti tahunan yang dipotong, ex gratia dikembalikan kepada semua yang terlibat, ugutan melalui Perjanjian yang ditandatangani hendaklah ditarik balik.

Mengambil hak pekerja itu "zalim", mengambil hak pekerja itu "penindasan", menganiaya pekerja itu sifat paling keji, malah kesengsaraan pada saya, tidak akan saya maafkan dunia akhirat.

Semua berpunca dari "SOTONG", hidup dengan kepura-puraan, membenarkan semua perkara ini berlaku, maka maksudnya "SOTONG" ini "BERSUBAHAT".


Abdul Razak Md Hassan
Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • BEZA PENJAWAT AWAM & PEKERJA SWASTA1. BEZA PENJAWAT AWAM & PEKERJA SWASTA 2. PENTINGNYA KESATUAN SEKERJA 3. PEKERJA/MAJIKAN/KERAJAAN Ramai yang marah apabila GAJI MINIMA antara Penjawat Awam dan Pekerja Swasta berbeza atau mungkin lain-lain faedah berbeza,… Read More
  • SOKONG KENYATAAN CUEPACSRUM sokong kenyataan Cuepasc mengenai perkara ini, malah tidak bersetuju dengan cadangan MTUC buat masa ini. MTUC sewajarnya melihat skop yang lebih luas lagi dalam menangani masalah kaum pekerja khususnya dari segi pendapata… Read More
  • Beli barang yang tiada kualitiKenyataan ini disokong, cuma jangan sampai tergadai dengan membeli barang yang tidak berkualiti, maksud yang tidak berkualiti seperti apa yang terjadi dengan pembelian lokomotif 29 kelas dan SCS (rujuk surat mantan Presiden K… Read More
  • PEMINJAMAN (SECONDED) INDUSTRI PERKERETAPIAN MENJELANG 2020 KEMENTERIAN PENGANGKUTAN (MoT)RUM menilai kembali penawaran "peminjaman" yang ditawarkan kepada pekerja maintenance EMU. Kebiasaannya asas dan tujuan peminjaman kepada syarikat luar ialah memerlukan khidmat kepakaran pekerja KTMB dalam menjalankan tugas b… Read More
  • TAHNIAH MANTAN PRESIDEN KTMBSet EMU yang telah dijual sebagai "besi buruk", sayang seribu sekali sayang, seolah-seolah kita "bodoh" sampai tak tahu apa itu "re-engineering", kita ketinggalan zaman, sedangkan kita mampu lakukan. Sedih... sedangkan kalau … Read More