
29 Mei 2015
WAJARKAH 6000 pekerja di buang kerja
Jumaat, Mei 29, 2015

WAJARKAH 6000 pekerja di buang kerja @ VSS (nama manis)?
Ringan rasa nak komen... (nanti ada yang tersinggung)
Tapi.....
Sejujurnya ianya tidak wajar...
Dulu lain... skrg lain..
Sedih dengan nasib pekerja masa kini.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KT...
TAKZIAH (R.I.P)
Jumaat, Mei 29, 2015

Tan Sri Thong Yaw Hong Mantan Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB telah meninggal dunia pagi semalam (28 Mei 2015)
Seorang yang baik, sangat dihormati, sentiasa mendengar, mempunyai hubungan yang baik dengan RUM dan sentiasa membantu RUM.
Takziah kepada keluarga beliau.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KT...
27 Mei 2015
Tawar syarikat kereta api guna landasan berkembar
Rabu, Mei 27, 2015

gambar Utusan Online
KUALA LUMPUR 25 Mei – Kementerian Pengangkutan kini dalam perancangan untuk menawarkan syarikat-syarikat kereta api selain Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menggunakan landasan berkembar yang dibina untuk meningkatkan industri rel negara.
Timbalan Menterinya, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, setakat ini, KTMB hanya menggunakan 30 peratus landasan berkembar tersebut dan tumpuannya melibatkan lokomotif penumpang berbanding...
KENYATAAN MASEU
Rabu, Mei 27, 2015

RUM tidak berniat campurtangan Kesatuan MASEU, tapi kenyataan yang dikeluarkan sangat mendukacitakan bila sebuah Kesatuan Sekerja tidak memahami Dasar Kesatuan Sekerja.
Tindakan bersetuju untuk MASEU dibubarkan dan bercadang mewujudkan koperasi adalah sangat mengecewakan.
Sekiranya ini dilakukan dimana Suara Pekerja yang kini dalam keadaan terumbang ambing dengan tindakan khazanah yang lebih kepada sifat yang tidak adil kepada pekerja, kewujudan...
23 Mei 2015
Majlis Makan Malam anjuran MTUC Bahagian Selangor
Sabtu, Mei 23, 2015

Pegawai-pegawai RUM di Majlis Makan Malam anjuran MTUC Bahagian Selangor.
...
Kenyataan NUBE mengenai MSS yang akan dilaksanakan oleh CIMB.
Sabtu, Mei 23, 2015

Kenyataan yang sangat tepat...
RUM menyokong kenyataan ini.
NUBE berkata TIDAK kepada Skim Pemisahan Bersama (MSS) CIMB
CIMB telah melancarkan Skim Pemisahan Bersama (MSS) yang dibuka kepada semua pekerja yang telah disahkan pekerjaan dan pekerja tetap CIMB Group dari 15 Mei 2015 to 29 Mei 2015. Dalam tempoh 2 tahun Bank telah melancarkan sekali lagi MSS kedua dan NUBE telah membantah kepada Pihak Bank apabila ia dimaklumkan sebelum pelancaran.
Walau...
21 Mei 2015
PEMUDA / BELIA RUM
Khamis, Mei 21, 2015
Rum sedang berusaha memperkukuhkan perjuangan RUM, dengan mewujudkan Pemuda/Belia RUM sebagai pelapis dalam merealisasikan sebuah Kesatuan Sekerja yang tidak akan kering dengan pemimpin-pemimpin baru.
Usaha ini adalah dengan tujuan untuk memastikan hala tuju perjuangan RUM untuk jangka panjang bagi mengimbangi perubahan semasa.
Dalam memperjuangkan hak kaum pekerja kita perlu melihat jangka panjang kerana ianya melibatkan masa depan pekerja khususnya kaum pemuda/belia yang akan berkhidmat melangkaui 20 tahun akan datang.
Justeru itu di...
20 Mei 2015
PEMULIHAN JAWATAN
Rabu, Mei 20, 2015

Setiap yang sabar dan mempunyai kesungguhan biarpun dalam keadaan perit, sengsara, tertekan, teraniaya dicemuh, ditomah malah dihina... jalan penyelesaian tetap ada... kerana sikap tidak berputus asa, sentiasa berusaha dengan tekad yang kuat maka akan wujud semua penyelesaian. Kita tidak menggarap sebuah kemenangan tapi kita membuktikan bahawa apa yang dihadapi dengan sabar, tabah tanpa sifat putus asa akhirnya membuahkan penyelesaian yang baik.
Inilah...
19 Mei 2015
PMS
Selasa, Mei 19, 2015
Adalah dimaklumkan isu PMS telah diselesaikan, semua pembayaran gaji separuh akan dikembalikan seperti mana termaktub dalam skala gaji kenaikan tahunan.
Pembayaran balik akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Pihak kesatuan beranggapan isu ini selesai.
Terima kasih Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KT...
MAJLIS KESYUKURAN & PENGHARGAAN TERIMA KASIH
Selasa, Mei 19, 2015
RUM akan mengadakan Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Terima Kasih iaitu :
Tarikh : 25 Mei 2015
Hari : Isnin
Jam : 12.00 Tengahari
Tempat : Padang Sekolah Tamil, Bangsar Utama, Kuala Lumpur.
Jamuan : Makan Tengahari
Jemputan Khas"
YB Datuk Abdul Aziz Bin Karpawi
Timbalan Menteri Pengangkutan
YBhg Dato' Seri Raja Nong Chik
Ketua Bahagian Umno
Lembah Pantai.
Tuan Haji Sarbini Bin Tijan
Presiden KTMB
Bagi pihak Majlis Exco kami ingin menjemput semua ahli-ahli RUM dan warga KTMB ke Majlis Kesyukuran tersebut. Kehadiran sangat dihargai.
Kenyataan...
KEMELUT RUM (backdated)
Selasa, Mei 19, 2015
Untuk makluman pada semua yang terlibat dalam "kes pembuangan kerja yang tidak sah", suka dinyatakan bahawa semua kerugian (backdated) berdasarkan kemelut RUM akan dipulangkan kepada setiap individu sebelum Hari Raya Aidil Fitri.
Saudara yang terlibat tidak kerugian atau kehilangan wang @ faedah walaupun 1 sen.
Pihak RUM ingin merakamkan Ribuan Terima Kasih kepada Tuan Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB yang begitu prihatin kepada kami yang menjadi mangsa kezaliman, Tkasih Tuan Haji.
Terima kasih kepada semua yang terlibat yang terus bersabar...
18 Mei 2015
Laluan Mettro Mekkah
Isnin, Mei 18, 2015

Komen RUM...
Ini sepatutnya KTMB yang ambil...
Kenapa?
Selama ini... pekerja KTMB yang melakukan kerja di Mecca Metro...
Kenapa kita tak ambil... adakah kita tak mampu?
Sorry... Mantan Presiden KTMB yang lembab...
Tak fokus peluang perniagaan..
Hari ini kita terlepas peluang....
KTMB rugi...
Salah siapa?
Biarkan masa dah pun berlalu....
Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB yang baru... warga KTMB... akan melihat semua.... akan membetulkan...
16 Mei 2015
PENGORBANAN
Sabtu, Mei 16, 2015
Demi memulihkan KTMB kita sebagai pekerja perlu berkorban, bersama dengan Presiden KTMB, Tuan Haji Sarbini Bin Tijan.
KTMB duit tiada... Dasar lintang pukang... Nak baik pulih KTMB bukan mudah... maklumlah nak cuci tahi...
Maka sebagai Presiden RUM saya menyeru semua pekerja bahawa kita perlu berkorban untuk memastikan KTMB di pulihkan.
Bila KTMB dipulihkan... KTMB untung... In Syaa Allah kita akan berjaya menuntut sesuatu untuk pekerja.
Sebagai organisasi Kesatuan Sekerja RUM akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan KTMB dipulihkan,...
MANGSA KEKEJAMAN TERAKHIR
Sabtu, Mei 16, 2015

Inilah mangsa kekejaman terakhir Datuk Elias Kadir Presiden KTMB yang tamat kontrak pada 30.4.2015.
Sdr Muhammad Akif adalah mangsa yang dibuang kerja jam 3.30 petang pada 30.4.2015 berdasarkan perjanjian yang ditandatangani oleh semua yang terlibat kononnya di bawah penyelesaian 96 orang yang dipulihkan jawatan yang disaksikan oleh Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan dan Timbalan Menteri Sumber Manusia.
Perjanjian inilah menjadi satu...
13 Mei 2015
ZAMAN MANTAN PRESIDEN KTMB
Rabu, Mei 13, 2015

Payment tidak dibuat semenjak Disember 2014, pekerja kena bayar sendiri bila pergi klinik, difahamkan klinik ini di Johor Bharu.
Sebenarnya banyak kes payment tak di bayar... napa iya... duit tk de... napa duit tk de? tapi naik gaji kepada Pengurus Besar dan Pengurus Kanan sebanyak 15% boleh pulak... kira KTMB dah banyak untung lo... pekerja dapat ciput... klinik pun tak boleh bayar... wah.... PMS Pengurus Besar dan Pengurus Kanan mesti 100%,...
11 Mei 2015
PERJANJIAN BERSAMA
Isnin, Mei 11, 2015
Kemelut telah pun selesai, tumpuan kita ialah membuat persediaan menyediakan "DRAF PERJANJIAN BERSAMA" (CA).
Perjanjian Bersama akan tamat pada 31.12.2015, berdasarkan peruntukan dalam CA, pihak kesatuan boleh mengemukakan draf CA kepada Pengurusan seawal 1.10.2014. Berdasarkan rekod RUM kita mengemukakan draf CA pada setiap 1hb Oktober. Rekod ini tetap akan kita kekalkan.
Kita sedar bahawa sedikit gangguan berdasarkan kemelut RUM, malah cawangan - cawangan juga tidak memberi respon yang baik untuk mengemukakan cadangan, yang ada hanya dari...
09 Mei 2015
9/5 ULANG TAHUN PERTAMA
Sabtu, Mei 09, 2015

Tercatat dalam sejarah satu perjuangan yang panjang, penuh dengan cabaran, tekanan, masam, pahit, sedih, tangisan, segenap bentuk perasaan dialami oleh semua yang terlibat khususnya mereka yang mampu berada sehingga saat akhir meraih kemenangan.
Perjuangan besar untuk Selamatkan KTMB Selamatlah Pekerja.
Ianya tidak mungkin dapat dilupakan, akan jadi segar dalam ingatan, satu pengalaman yang tidak mungkin terdapat di mana-mana.
Alhamdulillah,...
08 Mei 2015
KENAIKAN GAJI TAHUNAN
Jumaat, Mei 08, 2015
Pihak kesatuan telah menerima banyak rungutan mengenai kenaikan gaji tahunan yang di bayar separuh dari yang diperuntukkan dalam skala gaji kenaikan tahunan.
Masalah ini berlaku adalah di bawah pentadbiran Dato Elias Kadir, Mantan Presiden KTMB.
Pihak kesatuan akan berbincang dengan pihak "pengurusan baru" Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi (TMOD) pada masa terdekat untuk mengatasi masalah ini.
Di harap ahli-ahli dapat bersabar sehingga satu perbincangan dapat diadakan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KT...
SABAR
Jumaat, Mei 08, 2015
Bersabarlah sahabat-sahabat ku..
Kemarahan tidak akan kemana...
Kemenangan telah pun tercipta...
Anugerah Allah Yang Maha Esa..
Kita ada lagi tujuan...
Kita akan jauh melangkah...
Kita akan terus berjuang...
Matlamat perjuangan...
Masih banyak lagi...
Lupakan kemarahan...
Kemenangan telah pun tercipta...
Jawapan dari tomahan...
Telah pun terjawab...
Fokus untuk KTMB...
Fokus untuk pekerja...
Bantu Presiden KTMB...
Kita jayakan bersama...
Ayuh sahabat...
Kita terus berjuang...
Kita buktikan...
Bahawa...
Kita seorang "Unionist"...
Kita mampu..
Mencipta...
07 Mei 2015
PANTAI TIMUR
Khamis, Mei 07, 2015
Perbincangan saya dengan Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB mengenai isu Pantai Timur bahawa Tuan Haji Sarbini Bin Tijan telah bersetuju untuk membatalkan semua pertukaran pekerja di Pantai Timur yang telah diarahkan bertukar, manakala yang telah bertukar boleh memohon kembali ke tempat asal.
Maka itu isu di Pantai Timur dianggap selesai.
Terima kasih Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KT...
KEMELUT RUM BERAKHIR
Khamis, Mei 07, 2015
Alhamdulillah, dengan rasminya semua Kemelut RUM mulai semalam 6.5.2015, telah pun berakhir.
MoU atau Perjanjian yang ditandatangani oleh semua 96 pekerja yang terlibat dalam pembuangan kerja berdasarkan kemelut RUM telah "terbatal" dengan sendirinya melalui surat rasmi KTMB bertarikh 6.5.2015 yang diterima hari ini yang telah ditandatangani oleh Y.Brs Tuan Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB.
Antara lain dalam kandungan surat berkenaan di para 8 adalah:-
"Saya juga ingin mengumumkan bahawa semua faedah yang berhak oleh kakitangan yang...
06 Mei 2015
Tahniah Tuan Haji Sarbini Bin Tijan
Rabu, Mei 06, 2015

Bergambar dengan YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dan Presiden KTMB Y.Brs Tuan Haji Sarbini Bin Tijan di Majlis Sambutan Presiden KTMB.
Tahniah Tuan Haji Sarbini Bin Tijan
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KT...
04 Mei 2015
03 Mei 2015
KAD PRA BAYAR/ PEKERJA KTMB
Ahad, Mei 03, 2015

Semua orang berbicara mengenai perkara ini.
Satu kenyataan sangat lemah mengunakan dalil pekerja asing mengunakan kad pra bayar, kenyataan yang sangat "tidak patut" bila kad panggilan dengan nilai RM 10.00 tapi nilainya dikurangkan setelah ditolak 6%.
Cuba buat perkiraan terhadap pekerja KTMB yang semuanya rakyat Malaysia tiada pekerja asing, berapa ramai yang mengunakan kad pra bayar dan "post paid", rata - rata atau secara majoritinya...
02 Mei 2015
15 % Kenaikan Gaji Tahunan untuk Pengurus Besar dan Pengurus Kanan KTMB
Sabtu, Mei 02, 2015
15 % Kenaikan Gaji Tahunan untuk Pengurus Besar dan Pengurus Kanan KTMB???????????????
Hebat... kalau RUM menulis panjang nanti, ada yang terasa hati... RUM menerima banyak rungutan.. pedih telinga.... tangan ni pun gatal je nak menulis... Aiyaaaa....
Oh iya.... selama ini pekerja "bukan eksekutif" tidak memberi sebarang sumbangan, selama ini pekerja "bukan eksekutiflah" yang merugikan KTMB... hahaha....
Adoiiiiii......
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KT...
BERGANDING BAHU
Sabtu, Mei 02, 2015
Kemelut RUM akan berakhir dengan beberapa perkara yang masih tergantung, In Syaa Allah semua akan selesai sedikit masa lagi.
Namun keutamaan kita selaku pekerja perlu memainkan tanggungjawab yang sempurna dan berdedikasi bagi memastikan KTMB dipulihkan sepenuhnya.
Kehadiran Presiden KTMB yang baru ini sesuatu yang sangat dibanggakan, namun tanggungjawab Presiden KTMB yang baru sangat besar dan berat, apatah lagi untuk memulihkan KTMB yang sedang tenat, maka kita perlu bersama, bekerjasama dan membantu Presiden KTMB yang baru bagi memulihkan...
01 Mei 2015
SELAMAT HARI PEKERJA
Jumaat, Mei 01, 2015
Alhamdulillah, hari pekerja kali ini cukup bermakna bagi kami seluruh warga RUM, dunia ugutan dan kezaliman telah berakhir.
Maka berakhirlah titik hitam yang melanda kami. Sejarah RUM tertinta semenjak ditubuhkan pada tahun 1961, kami dizalimi!
I LOVE RUM
Selama setahun bermasalah, dengan ugutan, pembuangan kerja, dasar sumber manusia haru biru, hak Perjanjian Bersama tidak dipedulikan, hak Akta semuanya dilanggar, malah perjanjian yang ditandatangani adalah jelas dan nyata ia bertentangan dengan undang-undang.
In Syaa Allah semua...