01 Mei 2015

SELAMAT HARI PEKERJA

Alhamdulillah, hari pekerja kali ini cukup bermakna bagi kami seluruh warga RUM, dunia ugutan dan kezaliman telah berakhir.

Maka berakhirlah titik hitam yang melanda kami. Sejarah RUM tertinta semenjak ditubuhkan pada tahun 1961, kami dizalimi!

I LOVE RUM

Selama setahun bermasalah, dengan ugutan, pembuangan kerja, dasar sumber manusia haru biru, hak Perjanjian Bersama tidak dipedulikan, hak Akta semuanya dilanggar, malah perjanjian yang ditandatangani adalah jelas dan nyata ia bertentangan dengan undang-undang.

In Syaa Allah semua kemelut akan kembali pulih seperti sediakala, hubungan perusahaan akan kembali terjalin, maka matlamat RUM ialah memberi kerjasama dan menjalinkan hubungan yang baik malah akan berusaha memberi komitmen sehingga KTMB kembali ke mercu kecemerlangan.

Kita juga akan memastikan semua dasar dikembalikan selaras dengan Peruntukan Perjanjian Bersama dan undang-undang yang berkaitan.

Bagi pihak Majlis Eksekutif Kesatuan Pekerja2 KTMB kami ingin merakamkan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada YAB DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI, MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA, TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA, SEMUA VVIP YANG MEMBANTU, SEMUA RAKAN SEPERJUANGAN DALAM KESATUAN SEKERJA SAMADA DALAM NEGARA MAUPUN LUAR NEGARA, SEMUA AHLI AHLI RUM, BARISAN MAJLIS EKSEKUTIF RUM DAN ISTIMEWA BARISAN TERAKHIR RUM.

JUTAAN TERIMA KASIH

Majlis Eksekutif dan semua warga RUM ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja, semoga pekerja terus dihormati dan diberi layanan yang adil kerana pekerja adalah aset bagi memajukan sesebuah syarikat.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu dengan matlamat memajukan Syarikat kita Keretapi Tanah Melayu Berhad ke arah yang gemilang.

SELAMAT HARI PEKERJA

PRESIDEN

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • RNAA ROAD SHOW GEMASSelepas kemelut RUM pada 2014, tiada sebarang lawatan ke Cawangan Gemas malah cawangan Gemas boleh dianggap lumpuh berikutan berlaku kemelut dalaman dimana ada dikalangan kepimpinan hilang hala tuju perjuangan kesatuan sekerj… Read More
  • RNAA MENARIK SOKONGAN NGO DALAMAN & LUARAN KTMB RUM sedang memikirkan perancangan selanjutnya untuk mendapat sokongan dari semua pihak samada dalaman dan luaran dalam menentang perancangan RNAA sehingga RNAA dibatalkan. Ianya adalah kerana RNAA bukan sahaja masalah KTMB ma… Read More
  • Persatuan pekerja tuntut janji Tiong Lai bincang isu KTMB KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai digesa menunaikan janjinya bertemu Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM). Presiden RUM, Abdul Razak Md Hassan berkata isu berkaitan perjanjia… Read More
  • RNAA: ROAD SHOW JOHOR BHARU Selesai sudah sessi ROAD SHOW RNAA disemua cawangan RUM yang terakhir cawangan Johor Bharu. Sambutan sungguh hebat diJohor Bharu dengan gema Hidup RUM yang cukup bersemangat tanda perpaduan dan kekuatan RUM semenjak zaman… Read More
  • RNAA ROADSHOW SELATAN GEMAS/JOHOR BHARUAyuh sahabat-sahabat ahli-ahli RUM, bersama kepimpinan RUM mendengar, memahami apa itu RNAA dan implikasinya. ROAD SHOW terakhir setelah Utara, Tengah dan Pantai Timur kini kami turun ke Selatan. Ini bukan isu remeh, ini buka… Read More