03 Mei 2015

KAD PRA BAYAR/ PEKERJA KTMB

Semua orang berbicara mengenai perkara ini.

Satu kenyataan sangat lemah mengunakan dalil pekerja asing mengunakan kad pra bayar, kenyataan yang sangat "tidak patut" bila kad panggilan dengan nilai RM 10.00 tapi nilainya dikurangkan setelah ditolak 6%.

Cuba buat perkiraan terhadap pekerja KTMB yang semuanya rakyat Malaysia tiada pekerja asing, berapa ramai yang mengunakan kad pra bayar dan "post paid", rata - rata atau secara majoritinya menggunakan kat pra bayar, kerana dengan kadar gaji berpendapatan rendah maka mereka tidak mampu untuk menggunakan "post paid".

Kalau dilihat sudut lain, kutipan RM 800 juta akan terhapus sekiranya ianya dilaksanakan, tapi sedarlah wahai Pak Menteri kutipan 800 juta itu adalah dari pekerja@rakyat berpendapatan rendah.

Dimanakah keadilan?

Janganlah begitu wahai Pak Menteri kerana ini namanya dan mencekik leher pekerja, malah ini satu topik iaitu "kad prabayar" topik lain belum lagi.

Dalam satu dialog dengan pihak Kastam ketika kursus seminar RUM, saya ada bertanya dengan penceramah bila beliau menerangkan melalui satu contoh iaitu kita mengenakan GST pada barangan yang tidak kena cukai, sebagai contoh "jam tangan".

Saya sendiri menyuarakan pendapat bahawa, jam tangan satu ketika dahulu, adalah barangan bercukai, tetapi melalui belanjawan atau bajet ianya telah dihapuskan.

Dan sekarang ianya dikenakan cukai..

Saya berhujah lagi..

Tidak kah dinamakan telah diberi pelepasan cukai sekarang dikenakan kembali.. atau ayat mudah... dah dibagi ambil balik... ini dinamakan "buruk siku".

Fikir - fikir lah kami pekerja yang berpendapatan rendah, gaji kami nak naik pun susah, sedangkan Pengurus Besar dan Pengurus Kanan KTMB pun boleh naik 15%, sedangkan ada kalangan kami pekerja yang dapat separuh sahaja kenaikan gaji tahunan yang paling rendah ialah RM 18.00 sedangkan sebenarnya RM 36.00.

Kutip dari pekerja yang dapat separuh.. lepas tu agih-agihkan kat Pengurus Besar dan Pengurus Kanan.
Jangan biarkan yang kaya terus kaya, yang miskin didera lagi.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • CAKAP POLITIK 2 APA BEZA MCA & DAP MCA yang diketuai Presidennya yang juga Menteri Pengangkutan adalah jelas pelopor idea RNAA, dia boss no 1 Kementerian Pengangkutan Manakala DAP tidak ada kena mengena dengan Kementerian Pengangkutan. Dari sudut ini kedua-dua… Read More
  • CORETAN PENGERUSI RUM CAWANGAN JOHOR BHARUNi cerita kedai kopi,apa ada hal ktmb baru ada 4k pekerja sahaja tidak jejas undi pun.lain la dari profesion guru atau tentera kuasa mengundi lebih ramai .undi mereka lebih daripada 100k.mungkin mereka yang berkuasa ini terlu… Read More
  • CAKAP POLITIK 1 RNAA FAIR GAMEBila fikir balik mimpi aku ni, ada logiknya, Presiden MCA yang mencetuskan idea, dia lupa bahawa akibat RNAA, KTMB hancur, akibat RNAA pekerja ramai kena buang kerja, akibat RNAA, RUM juga ibarat telur dihujung tanduk. Alang-… Read More
  • CAKAP POLITIK 3 SOKONG DAPDah kita tolak MCA, kita sokonglah DAP, ini advantage pada DAP, macam RUM cakap kita bukan RASIS, kita bukan parti politik, kita kesatuan sekerja, dari bagi undi kat MCA yang nak mengancurkan kita, baik kita bagi pada DAP. La… Read More
  • Pertahankan KERETAPI TANAH MELAYUAyuh kita!!!! Misi mempertahankan KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD.. Sejarah tertinta Pekerja KTMB 1963 adalah hebat... Kali ini.. Keinginan Kami ingin MENANG lebih jitu lebih kuat.. X pernah sekalipun gentar... Generasi 2017 ayu… Read More