09 Mei 2015

9/5 ULANG TAHUN PERTAMA

Tercatat dalam sejarah satu perjuangan yang panjang, penuh dengan cabaran, tekanan, masam, pahit, sedih, tangisan, segenap bentuk perasaan dialami oleh semua yang terlibat khususnya mereka yang mampu berada sehingga saat akhir meraih kemenangan.

Perjuangan besar untuk Selamatkan KTMB Selamatlah Pekerja.

Ianya tidak mungkin dapat dilupakan, akan jadi segar dalam ingatan, satu pengalaman yang tidak mungkin terdapat di mana-mana.

Alhamdulillah, ianya selesai kini, bagi generasi baru mereka telah belajar erti perjuangan dalam arena kesatuan sekerja, tanpa rasa kenal erti takut, mereka cukup bertuah menimba pengetahuan dalam satu pertarungan yang getir.

Akui, buku bertemu ruas, tapi akhirnya pertarungan di saat akhir berjaya menamatkan kezaliman, dia pergi dengan kekecewaan.

Semoga ini menjadi iktibar, undang-undang dihormati, hak pekerja tidak dinodai, pekerja sebagai aset dihargai, bersama dalam memajukan Syarikat KTMB yang disayangi.

Kepada ahli-ahli, detik hitam ini jadikan satu pengalaman dan pengajaran bukan dengan rasa takut atau gentar, tapi dengan rasa berani dan terus berjuang biarpun pedang terhunus di badan kerana inilah namanya perjuangan Kesatuan Sekerja yang sebenar.

Tanpa kesatuan sekerja, kemana lagi nak kita mengadu, tanpa kesatuan sekerja kita hanya bisa mengeluh atau merungut, tanpa kesatuan sekerja kita teraniaya, tanpa kesatuan sekerja kita tiada lagi apa-apa.

Teruskan perjuangan, perjuangan masih jauh khususnya untuk generasi akan datang, perjuangan memajukan KTMB, perjuangan untuk mempertahankan hak dan meningkatkan faedah yang lebih baik kerana cabaran akan sentiasa ada dalam setiap perjuangan.

Sayangi KTMB, Sayangi RUM ini yang perlu kita tanam dalam setiap diri bagi semua pekerja bukan eksekutif.

Satu perjuangan yang panjang, akhirnya kita menikmati kepuasan.

Terima kasih semua yang mendokong perjuangan Kesatuan Sekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar, Walillahilham Dalam perjuangan perlukan pengorbanan maka sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini sungguh bermakna bagi kami seramai 40 pemimpin dan Ahli-ahli RUM yang terkorban dengan "p… Read More
  • KES RUM MUNGKIN DI RUJUK PADA GABUNGAN LUAR NEGARA Kesatuan Pekerja2 KTMB sedang memikirkan untuk membawa isu pembuangan kerja tanpa notis sehingga ke peringkat luar negara iaitu melalui International Transport Federation (ITF) beribupejabat di London dan World Federa… Read More
  • USAHA Gambar hiasan Dalam gerak langkah mesti ada usaha, biarpun kepayahan, jangan sesekali putus asa, biarpun ada onak dan duri, teruskan, jangan sesekali rasa kecewa. Dalam mengharungi liku kepahitan menentang "kezaliman",… Read More
  • Zaman Kezaliman Kerajaan yang adil adalah kerajaan yang membenteras kezaliman, Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang menentang kezaliman, Majikan yang adil adalah majikan yang menghindarkan diri dari berbuat zalim, Masyarakat yang adil… Read More
  • Gambar2 Piket MTUC "UNION BUSTING" Read More