07 Mei 2015

KEMELUT RUM BERAKHIR

Alhamdulillah, dengan rasminya semua Kemelut RUM mulai semalam 6.5.2015, telah pun berakhir.
MoU atau Perjanjian yang ditandatangani oleh semua 96 pekerja yang terlibat dalam pembuangan kerja berdasarkan kemelut RUM telah "terbatal" dengan sendirinya melalui surat rasmi KTMB bertarikh 6.5.2015 yang diterima hari ini yang telah ditandatangani oleh Y.Brs Tuan Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB.

Antara lain dalam kandungan surat berkenaan di para 8 adalah:-

"Saya juga ingin mengumumkan bahawa semua faedah yang berhak oleh kakitangan yang "disabitkan" dalam kes ini menunjukkan kos kerugian oleh kakitangan akan dibayar balik atau di pulang balik oleh KTMB. Dalam erti kata lain bahawa "kemaafan" ini "menjanjikan bebas" daripada sebarang pertuduhan yang disabitkan oleh kes ini"

Maka RUM juga mengumumkan bahawa semua pertikaian yang telah di bawa ke Mahkamah Perusahaan akan ditarik balik dan hubungan diantara Majikan (KTMB) dan Kesatuan (RUM) kembali pulih 100%.

RUM merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Y.Brs. Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB yang telah menyelesaikan kemelut ini.

Terima kasih kepada semua ahli-ahli RUM yang terus memberi sokongan tanpa berbelah bagi.
Kejayaan yang ditinta ini adalah hasil kejayaan seluruh Warga RUM.

Kejayaan ini juga adalah kejayaan "BARISAN TERAKHIR RUM"

Tabik spring kepada "BARISAN TERAKHIR RUM" Sdr pejuang tulin Kesatuan Pekerja2 KTMB.

Mari kita bersama-sama berganding bahu bersama Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB yang baru akan merealisasikan penstrukturan semula KTMB, kita bersama mengangkat martabat KTMB dan menjadikan KTMB sebuah pengangkutan yang terunggul di negara ini, seperti ucapan Presiden KTMB yang baru, "umur 130 tahun KTMB bukan menjadikan kita nyanyuk tapi sebaliknya menjadikan kita matang dan mampu membawa perubahan besar kepada KTMB".

"Sayangi KTMB, Sayangi RUM"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB