20 Mei 2015

PEMULIHAN JAWATAN

Setiap yang sabar dan mempunyai kesungguhan biarpun dalam keadaan perit, sengsara, tertekan, teraniaya dicemuh, ditomah malah dihina... jalan penyelesaian tetap ada... kerana sikap tidak berputus asa, sentiasa berusaha dengan tekad yang kuat maka akan wujud semua penyelesaian. Kita tidak menggarap sebuah kemenangan tapi kita membuktikan bahawa apa yang dihadapi dengan sabar, tabah tanpa sifat putus asa akhirnya membuahkan penyelesaian yang baik.

Inilah cabaran.... tanpa cabaran... apalah ertinya sebuah perjuangan... pemimpin tiada kenal erti putus asa... kerana keberhasilan adalah satu nikmat kepuasan... namun ianya juga tidak mungkin berjaya tanpa sokongan dan semangat yang terus diberikan dari kalangan keluarga dan sahabat.

Alhamdulillah.... berkat kesabaran akhirnya semalam saya telah menerima surat bahawa bertarikh 1 
Jun 2015... saya akan dipulihkan jawatan sebagai pekerja KTMB diikuti sahabat-sahabat yang lain yang akan menerima surat pemulihan jawatan.

Terima kasih sahabat yang terus memberi sokongan dan dokongan kepada saya untuk terus berjuang mencari titik penyelesaian.

Tanpa mu sahabat... tak mungkin penyelesaian ini berhasil secepat ini.

Alhamdulillah dengan izin Allah Swt jua semua ini terjadi... Syukur Alhamdulillah....

Presiden RUM. 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • TAHNIAH Kesatuan Pekerja - Pekerja KTMB (RUM) merakamkan ucapan "TAHNIAH" atas perlantikan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kepada YB Dato Ir Nawawi Ahmad Ahli Parlimen Langkawi merangkap Pemgerusi Lembaga Pengarah KTMB. … Read More
  • KTMB VS MAJIKAN TERBAIK (4) TUNTUTAN RUM (CA 8) KTMB adalah sebuah Syarikat yang telah didaftarkan  di bawah Akta Syarikat manakala Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB sebagai "BADAN PERUNDINGAN TUNGGAL" yang diiktiraf, maksudnya tiada lain pihak yang boleh mewakili "pek… Read More
  • HUBUNGAN DAN HARAPAN Kenyataan RUM telah jelas, bahawa sebarang pertanyaan atau keraguan boleh inbox, berbahasalah, menghormatilah sesama kita, kalau ini semua tiada, maka Admin tidak teragak-agak untuk "REMOVE" malah "BLOCK". Semalam 3 ind… Read More
  • SUNTIKAN KEWANGAN (GAJI LEWAT) Sebagai Presiden RUM, saya berat nak menulis kenyataan ini secara terbuka, sebaliknya saya menjelaskan melalui inbox, sekiranya ada pertanyaan mengenai kelewatan pembayaran gaji, maka kerana terlalu ramai yang bertanya mak… Read More
  • MENGULANGI KENYATAAN RUM mengalu-alukan friends baru, namun RUM akan hanya accept mereka yang ada gambar sebagai pengenalan diri, sekiranya nama samaran, pihak RUM tidak akan menerima sebagai Friends. Suka diingatkan juga bahawa Facebo… Read More