27 Mei 2016
IDEA PUTRAJAYA VS MULTIPLE OPERATOR
Jumaat, Mei 27, 2016
Saya tertarik dengan kenyataan abg Zaharin Mohd Yasin mengenai cetusan idea sehingga terbinanya Putrajaya, pada pandangan saya tidak kira idea siapa asalkan ianya membawa kebaikan kepada negara, maka cetusan idea yang dikemukakan itu perlu diterima, tetapi bukan soal ini yang saya nak bicarakan, ini hanya mukadimah topik bagi membuka laluan dari aspek RUM membicarakan cetusan idea RUM yang diceduk dijadikan idea Kementerian Pengangkutan.
Idea RUM ialah MULTIPLE OPERATOR yang dijalankan atau diusahakan sendiri oleh KTMB, tetapi kini telah diceduk...
26 Mei 2016
21 Mei 2016
TERIMA KASIH - RALLY 21/5 sangat sukses.
Sabtu, Mei 21, 2016
Perhimpunan ini sebagai satu mesej RUM terus bersatu padu dan kuat, kita ibarat satu keluarga besar "cubit peha kiri, peha kanan rasa sakit, cubit peha kanan, peha kiri rasa sakit", kekuatan kekeluargaan ini terus di pacu demi berjuang untuk masa depan kita semua sebagai kaum pekerja.
Sumbangan sdr/i telah membuktikan melalui lagu RUM, "RUM BERSIAP SEDIA BERJUANG DENGAN JAYANYA".
Terima kasih yang tidak terhingga kepada:-
1. Pemimpin Kesatuan...
20 Mei 2016
TERIMA KASIH KPD KUMPULAN EKSEKUTIF KTMB
Jumaat, Mei 20, 2016
RUM ingin menjemput semua EKSEKUTIF KTMB yang berkelapangan untuk hadir RALLY HARI PEKERJA esuk jam 8.00 pagi.
RUM amat berbesar hati dan merakamkan ucapan terima kasih kepada kumpulan EKSEKUTIF KTMB untuk bersama RUM.
Kita adalah pekerja maka sewajarnya kita bersama-sama mempertahankan KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
19 Mei 2016
RAC tu tolong hentikan
Khamis, Mei 19, 2016
pak
Kepada
Yb Dato Aziz Karpawi
Tim Menteri
Kementerian Pengangkutan
Esuk Majlis Konvekesyen SLDN...
I know u...
U know me...
Harap Majlis berjalan dengan sukses...
Hidup Dato Aziz Karpawi
Yang banyak membantu RUM.
RAC tu tolong hentikan... hehe...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
17 Mei 2016
PERTUKARAN (SEKADAR MENGINGATKAN)
Selasa, Mei 17, 2016
RUM tidak menghalang sebarang pertukaran berdasarkan pertukaran adalah "HAK BUDIBICARA MAJIKAN", namun "dasar pertukaran" yang telah termetrai antara KTMB & RUM hendaklah digunapakai.
Pertukaran mestilah mempunyai tempoh yang munasabah serta tidak menyusahkan pekerja, kesesusaian waktu bagi mengimbangi persekolahan anak, rumah, faktor umur dan isteri yang bekerja.
Rujuk semua pertukaran yang telah dilakukan berdasarkan penutupan Bengkel Sentul, Perpindahan Kuarters Johor Bharu dan sebagainya, elakkan main "bulldozed" kerana ianya menyusahkan...
KENYATAAN AHLI RUM DALAM GROUP WHATSAPP DIPAPARKAN
Selasa, Mei 17, 2016
Kalau kita tk sayang KTMB..
Apa lah RUM nk susah2 kesana kemari..
Krn Ini utk KITA SEMUA..
Kalu ahli2 tk support RUM
Makner nya ia sendiri telah runtuh dn hilangkan KTMB dr lubuk hati mrk..
Apa makner mrk ini dlm KTMB jika ia tk perdulikan periouk nasi mrk sendiri..
Jgn hanya mgharap belas org..jika kita sudh mula terantuk...
Masa itu sudh tidk berguna lagi..
Bantulah dn wujudkan sifat KEKITAAN sesama kita.
RUM adalah satu2 nya KITA SEMUA bukan RUM utk RUM..
RuM utk AHLI nya.
Fikir2kn.
Org kata ...
MUJUR lah ada RUM.
Kalau kamu seorg Bolehkah..?...
16 Mei 2016
LEGA... KALAU DIA BUKAN AHLI... (TEGURAN CARA KASAR)
Isnin, Mei 16, 2016
Kadang-kadang bila berlaku sesuatu insiden, seperti kegelinciran, pocop, atau apa jua kes, pertama sekali RUM akan siasat adakah beliau ahli kesatuan atau bukan ahli kesatuan? kalau bukan ahli kesatuan... rasa lega sangat-sangat... sebab tak pening kepala... ialah... bukan ahli... kalau depa kena buang kerja pun.. RUM tak ambil pot... tak payah nak bagi khidmat nasihat, tak payah nak membela, apatah lagi kalau tertuduh itu benar-benar bersalah.... nak kena buang pun lagi RUM suka.... buat menyemak je.... sikit kesian pun tak de... sebab apa nak...
15 Mei 2016
MASALAH KTMB (KEWANGAN) MERAYU KERAJAAN MENYUNTIK KEWANGAN
Ahad, Mei 15, 2016
Masalah utama KTMB ialah tiada suntikan kewangan, pendapatan KTMB tidak cukup untuk membayar peninggalan hutang-hutang seterusnya kekangan kewangan yang mengunsurkan kewujudan hutang baru, masalah ini akan menjadi lebih ketara bila rolling stock akan terus berkurangan kerana kegagalan membayar hutang atau tidak mampu membeli alat ganti.
Panek Klinik telah mula menghentikan perkhidmatan kesihatan kepada pekerja berikutan tunggakan yang tidak dapat di bayar di sebabkan "rolling" pembelanjaan atau berbelanja dengan berhemah.
Banyak lagi implikasi...
LAGU RUM
Ahad, Mei 15, 2016
BERGEMA SUARA PEKERJA
DIBAWAH NAUNGAN KESATUAN
BERSATU MENJALIN IKATAN
BERSEDIA MENEMPUH DUGAAN
c/o
LEDAKAN SUARA SEMANGAT
IRINGI DENGAN MUAFAKAT
YAKIN DIRI PEMIMPINNYA
WIBAWA DENGAN MATLAMAT
KAMI BERGANDING BAHU
MENGANGKAT MARTABAT PEKERJA
BERUSAHA TERUS BERUSAHA
MENCAPAI APA YANG DICITA
Ulang c/o
RUM BERSIAP SEDIA
BERBAKTI UNTUK AHLINYA
RUM BERSIAP SEDIA
BERJUANG DENGAN JAYANYA
Lirik & Lagu Sdr Rafli Ah...
13 Mei 2016
HARI PEKERJA (21 MEI 2016)
Jumaat, Mei 13, 2016
Biarpun 1 Mei dah lama berlalu, tapi tidak salah untuk menyambut Hari Pekerja, maka RUM bersama ahli-ahlinya akan mengadakan sambutan Hari Pekerja bagi tahun ini.
Hari pekerja ini sebagai platform RUM untuk mengimpunkan ahli-ahli RUM seluruh rangkaian KTMB yang berkesempatan untuk hadir, kami ibarat saudara dan satu keluarga bukan untuk merayakan tetapi mengigati perjuangan pemimpin yang lepas seterusnya mengolah satu suara menyuarakan kepentingan KTMB dan RUM.
Ayuh saudara-saudari kita tunjukkan perpaduan & kekeluargaan kita bersama dalam...
12 Mei 2016
KENYATAAN PEMBACA DALAM SUARA KEADILAN
Khamis, Mei 12, 2016
Tiada mana pihak boleh menulis bagi pihak Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
Kenyataan mengenai perumahan ini dalam perhatian RUM, malah usaha sedang dilakukan untuk mendapat peruntukan pembaikpulihan semua perumahan dipantai timur.
Melalui pembaikpulihan landasan pantai timur dengan bajet RM 600 juta oleh Kementerian Pengangkutan termasuk pembaikpulihan perumahan di antara Gemas - Tumpat.
YBhg Dato Presiden KTMB amat memahami kedudukan perumahan yang...
PENGURUS BESAR & SENIOR MANAGER KTMB ( KEMBALI BERSATU ATAU LETAK JAWATAN!)
Khamis, Mei 12, 2016
Bukan semua tapi segelintir, siapa makan cili dia terasa pedas!
RUM nak nasihatkan mereka ini kembali ke pangkal jalan dan bekerja bersungguh-sungguh bukannya buat "politik management", kalau tak nak kerja tulis surat "resign", jangan menyusahkan Presiden KTMB, anda menyusahkan Presiden KTMB implikasinya kepada semua warga KTMB
Dendam anda kenaikan gaji 15% yang diberikan oleh Mantan Presiden KTMB adalah salah, bertentangan dengan CA dan tidak mendapat kelulusan BOARD dan MOF, sepatutnya anda tidak boleh salahkan Dato Presiden KTMB, salahkan Mantan...
SIMPATI KEPADA PRESIDEN KTMB
Khamis, Mei 12, 2016
Ramai orang tak tau, apa yang berlaku maupun cara mana Dato Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB bekerja. Walaupun kadangkala keputusan yang dibuat mungkin menyukarkan keadaan pekerja, ada yang mungkin mengandaikan dengan teori yang salah, apa nak buat zaman sekarang, zaman persepsi.
RUM banyak menulis, samada dibaca sepenuhnya atau dibaca sekerat-kerat, siapa yang mengikuti dari awal, In Syaa Allah mereka akan faham.
RUM mendoakan YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan diberikan kekuatan dan semangat untuk meneruskan usaha-usaha beliau dalam memulihkan...
11 Mei 2016
IKLAN PENYEWAAN KIOSK DI STESEN KERETAPI OLEH PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) (KEHILANGAN PENDAPATAN KTMB)
Rabu, Mei 11, 2016

Di bawah ni disertakan iklan untuk penyewaan kiosk di stesen-stesen keretapi oleh Perbadanan Aset Keretapi.
Tambang tiket keretapi adalah murah berbanding kos operasi, KTMB hanya mendapat sumber pendapatan dari perniagaan Tren Penumpang & Tren Kargo yang kos tambang yang dikenakan adalah sangat murah berbanding harga pasaran, kalau meniaga jual goreng pisang pun boleh untung, tapi KTMB ibarat meniaga buluh kasap.
Penyewaan kiosk yang diiklankan...
09 Mei 2016
GABUNGAN RUM & SOA
Isnin, Mei 09, 2016
RUM rasa sangat gembira bila YBrs Dr. Ibrahim Presiden SOA bergabung tenaga bersama dengan RUM berjuang dengan satu (1) mesej Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.
Gandingan ini sungguh mantap kerana pertama kali dalam sejarah kedua-dua Kesatuan Sekerja yang diiktiraf bergabung tenaga mempertahankan KTMB.
Walaupun YBrs Dr Ibrahim baru sahaja memegang jawatan tapi beliau memahami peranan Kesatuan Sekerja, tidak dinafikan bahawa sebelum ini SOA seolah-olah...
MEMORI (9/5! 2 tahun telah berlalu)
Isnin, Mei 09, 2016

Biar pun ianya seolah-olah berakhir dengan satu kenangan pahit sehingga pembuangan kerja seramai 97 pemimpin dan ahli-ahli RUM tapi ia tetap berakhir dengan "KEMENANGAN!" perjuangan tidak pernah mengenal erti "lelah" maupun "putus asa", hanya dengan sedikit "kesabaran", kejayaan pasti ditinta.
"THIS IS RAILWAYMENS UNION OF MALAYA"
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
08 Mei 2016
TRAJEDI SEMALAM AYUH BANGKIT....
Ahad, Mei 08, 2016
Kita Bangkit...
Yang berlaku... telah pun berlaku..
Bukan kehendak kita...
Kita ada jauh lagi perjalanan...
Kita pulihkan kembali..
Kita terus bersemangat...
Tiada kenal erti putus asa..
Tiada kenal erti mengalah...
Itu asam garam kehidupan...
Itu cabaran...
Cabaran menjadi kita lebih kuat..
Ayuh semua..
Kita bersatu..
Kita bersama..
Meningkatkan azam...
Memulihkan KTMB...
Kita bersama Selamatkan KTMB...
Selamatkan KTMB, Selamatlah PEKERJA
Turun RALLY 21 MEI 2016
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
KEMALANGAN TREN
Ahad, Mei 08, 2016

RUM ingin menjelaskan bahawa RUM tidak akan membuat sebarang kenyataan terbuka, memandangkan ianya masih dalam peringkat siasatan, RUM juga mengalu-alukan pihak SPAD untuk menyiasat bagi mengelakkan terulangnya trajedi sebegini.
Pihak RUM juga akan turut menyiasat bagi memastikan trajedi seperti ini tidak berulang lagi, pihak RUM akan mengumpul maklumat seterusnya akan membentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Keselamatan, Kesihatan, Perkerjaan...
07 Mei 2016
PENAMATAN EKSPRESS RAKYAT/PENINSULAR/SENANDUNG SUTERA
Sabtu, Mei 07, 2016

RUM merasa sedih bila EKSPRESS RAKYAT/PENINSULAR/SENANDUNG SUTERA bermula 19 Mei 2016 ditamatkan perkhidmatannya, ianya satu kehilangan perkhidmatan tren kepada pekerja KTMB dan rakyat Malaysia dengan kadar tambang yang murah.
RUM amat memahami larian ini tidak menguntungkan, kos operasi lebih tinggi dari kos pendapatan yang diterima kerana kadar tambang di bawah perkiraan 11 sen perkm, sedangkan kos operasi adalah 20 sen perkm.
Dalam keadaan menyelamatkan...
KHABAR ANGIN @ MULUT LONGKANG
Sabtu, Mei 07, 2016
KHABAR ANGIN @ MULUT LONGKANG
YBhg Dato Sarbini Bin Tijan Ditamatkan Perkhidmatan.
Hebuh satu ketika 4 - 5 bulan yang lepas, tukang karut, tukang bawa cerita, tukang bawa khabar angin, tukang provokasi @ mulut longkang...
Mantan Presiden KTMB akan ambilalih kembali jawatan Presiden KTMB, YBhg Dato Haji Sarbini Tijan akan ditamatkan kontrak, Mantan Presiden KTMB menang kes, akan memegang jawatan Presiden KTMB 1 Mei 2016, kecoh 1 dunia...
Bersilat...
RALLY BUKAN PERTIKAIAN!
Sabtu, Mei 07, 2016
RUM ingin menjelaskan bahawa RALLY 21 Mei 2016 "BUKAN PERTIKAIAN" ianya sebahagian dari aktiviti-aktiviti Kesatuan Sekerja yang ingin menyambut Sambutan Hari Pekerja.
Rally lebih dari menyampaikan mesej kepada pihak tertentu mengambil perhatian kenyataan yang dikeluarkan tentang kegusaran kepimpinan RUM atas usaha-usaha RAC mengambilalih aset KTMB.
RUM juga akan melahirkan bantahan dengan tindakan yang bakal dilakukan usaha ini bagi tujuan agar SUARA RUM didengari agar ianya tidak dilakukan.
Selain dari itu, RUM ingin membantu KTMB agar pihak yang...
06 Mei 2016
MALAS RUM PUN MALAS JUGA TAPI TAK BOLEH!
Jumaat, Mei 06, 2016
Malas tak usah cakap...
Jemu & Bosan...
Itu biasa...
Penat...
Lagi laaa...
Kalau ikut hati...
Mati...
Kalau ikut perasaan...
Marah...
Terasa...
Lantaklah...
Tapi...
Boleh ke????
Tak boleh...
Kerana itu "SIKAP NEGATIF"!
Tapi itulah sikap segelintir manusia...
Yang tak ambil kesah...
Tak ambil peduli...
Cukup bulan dapat gaji... udah...
Aiyaaaa...
Aku ada hal...
Aku dah janji ngan family...
Tak abis-abis RUM ni...
Nanti kena buang kerja...
Aku takuttttt.....
Buang masa sahaja...
RUM ini pilih kasih...
Duk dalam RAC pun apa masalah..
Kalau MMC...
05 Mei 2016
FOBIA PEMBUANGAN KERJA JAMINAN RUM
Khamis, Mei 05, 2016
RUM tahu kemungkinan ada fobia mengenai pembuangan pekerja ketika kemelut RUM.
RUM ingin jelaskan...
1. Bukti bahawa pembuangan itu tidak sah... semua pemulihan telah dilakukan tanpa kehilangan atau kerugian 1 sen pun, pihak pengurusan KTMB memohon maaf atas apa yang berlaku.
2. Rally adalah sambutan Hari Pekerja, satu perhimpunan ahli-ahli RUM, ianya adalah sebahagian aktiviti-aktiviti yang dibenarkan oleh Akta Perhubungan Perusahaan (Akta 177)
3. Sekiranya Piket... Piket adalah aktiviti kesatuan sekerja yang dibenarkan oleh Akta Perhubungan Perusahaan...
04 Mei 2016
PENGORBANAN AYUH KITA TURUN RALLY
Rabu, Mei 04, 2016
Dalam perjuangan perlukan pengorbanan, pengorbanan dari segi masa, keluarga maupun wang ringgit, apatah lagi ianya melibatkan periuk nasi diri sendiri.
RUM pula... pengerak, perancang, pemikir malah memimpin, itu peranan RUM, maka apa yang RUM lakukan adalah untuk kebaikan seluruh warga KTMB khususnya ahli-ahli RUM.
Pemimpin RUM akan melakukan yang terbaik untuk ahli-ahlinya, bukan sesuatu yang mudah, bukan sesuatu yang boleh buat kita mengalah, bukan sesuatu yang membuat kita alpa maupun rasa selesa, kerana yang mendatang mungkin bala yang...
03 Mei 2016
MEF MENYUSAHKAN GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH!
Selasa, Mei 03, 2016

MEF SEMEMANGNYA BEGINI! MENYUSAHKAN SEMUA GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH!
KESATUAN SEKERJA GABUNGAN KALAU TAK KUAT, MEF MAMPU MENELAN KESATUAN SEKERJA.
KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KTMB
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/30-000-pekerja-diberhentikan-jika-pgm-2016-berkuatkuasa-1.516...
02 Mei 2016
SMART PARTNERSHIP MENJELANG SETAHUN PERKHIDMATAN PRESIDEN KTMB (5 MEI 2016)
Isnin, Mei 02, 2016
SMART PARTNERSHIP
MENJELANG SETAHUN PERKHIDMATAN PRESIDEN KTMB (5 MEI 2016)
(YBhg Dato Haji Sarbini Tijan)
RUM sangat tertarik dengan ucapan YBhg Tuan Haji Shafiie BP Mammal Presiden UNI MLC ketika Majlis Hari Pekerja anjuran UNI MLC mengenai Smart Partnership.
Dalam Majlis tersebut juga penganugerahan Smart Partnership telah diberikan kepada enam (CEO) yang turut hadir bersama Presiden Kesatuan Sekerja antaranya Pos Malaysia, DIGI dan lain-lain.
RUM...
01 Mei 2016
SEJARAH HARI BURUH SEDUNIA (International Labors Day)
Ahad, Mei 01, 2016
Hari Buruh Sedunia yang diperingati setiap tahun pada 1 Mei, berawal dari pergerakan yang dilakukan oleh buruh-buruh di Amerika pada tahun 1886. Gerakan yang juga popular dengan nama “May Day” ini bermula dari rasa ketidakadilan yang dirasakan oleh proletariat di Amerika mengenai jumlah jam bekerja, yang bekerja sehingga 16 jam sehari. Kemudian proletariat ini melakukan demonstrasi besar-besaran untuk menuntut 8 jam kerja setiap...