RUM ingin menjelaskan bahawa RALLY 21 Mei 2016 "BUKAN PERTIKAIAN" ianya sebahagian dari aktiviti-aktiviti Kesatuan Sekerja yang ingin menyambut Sambutan Hari Pekerja.
Rally lebih dari menyampaikan mesej kepada pihak tertentu mengambil perhatian kenyataan yang dikeluarkan tentang kegusaran kepimpinan RUM atas usaha-usaha RAC mengambilalih aset KTMB.
RUM juga akan melahirkan bantahan dengan tindakan yang bakal dilakukan usaha ini bagi tujuan agar SUARA RUM didengari agar ianya tidak dilakukan.
Selain dari itu, RUM ingin membantu KTMB agar pihak yang berkenaan segera membantu KTMB dengan kadar segera melalui suntikan kewangan dan perbezaan tambang yang bersubsidi ditanggung oleh kerajaan. RUM telah perhatikan bahawa KTMB diibaratkan sebagai anak tiri sehingga pihak yang berkenaan hanya pandai menunding jari kepada pihak pengurusan KTMB tetapi tidak membantu mengatasi masalah yang berlaku. Yang paling menyedihkan seolah-olah pihak berkenaan mempermainkan pengurusan KTMB.
RUM melihat usaha-usaha yang dilakukan seolah-olah sengaja hendak melumpuhkan KTMB atau pihak-pihak tertentu ingin menutup kelemahan yang berlaku.
RUM sendiri memberi keyakinan penuh kepada YB Dato Ir Nawawi Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dan YBhg Dato Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB yang berusaha gigih mengembalikan kegemilangan KTMB, kedua-dua individu ini menjalankan tugas penuh tanggungjawab dan sangat berdedikasi.
Usaha-usaha sedemikian perlu diwar-warkan agar pihak luar mengetahui apa yang berlaku, malah kita berusaha untuk menyampaikan mesej ini ke pengetahuan YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA agar dapat campurtangan dan membantu KTMB dan Pekerja KTMB.
Selain itu usaha-usaha dilakukan untuk mengembalikan KTMB ke Sektor Awam melalui rayuan-rayuan kami kepada Kerajaan, usaha ini bersangkutan dengan kepentingan perkhidmatan sosial demi kepentingan rakyat.
Mesej ini sangat penting demi "SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA"
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB
07 Mei 2016
Home »
» RALLY BUKAN PERTIKAIAN!
RALLY BUKAN PERTIKAIAN!
Sabtu, Mei 07, 2016
Related Posts:
RENUNGANKita tanya diri kita... Apa yang kita nak sebenarnya? Kita tanya diri kita... Apakah kita hanya "like" kerana wang sahaja? Kita tanya diri kita.. Apakah matlamat kita sebenarnya? Kita tanya diri kita... Kearah mana yang ki… Read More
Renungan dan Jawapannya!!Nah!!!!!! Andai kita sudah tahu siapa diri kita, kita sudah hala tuju kita, kita sudah tau...apa mahunya kita, kita sudah tau dimanakah kita... Ayuhhhhh...... 9 Mei 2014.... Kita tunjukan kekuatan kita sebagai suara Rum yan… Read More
Lokomotif Ircon Pemeriksaan Tempoh dan Pemeriksaan Harian untuk lokomotif IRCON siapa mengesahkan atau mengeluarkan sijil kelayakan untuk memastikan semua aspek seperti pekeliling yang dikeluarkan oleh GM TMOD dengan arahan Presiden KTMB … Read More
Temuduga Penyelenggara Landasan/Am Berbaris beratur untuk menjalani temuduga terbuka yang dijalankan pada hari ini hingga 10 April untuk mengisi jawatan Penyelenggara Landasan / Am di KL Central. … Read More
KAKI BODEK Kaki bodek membodek ini sebenarnya tidak yakin dengan kemampuan fikirannya sendiri, Lepas itu mengharapkan orang yang dibodek agar menjadi "jesus the saviour" atau pemberi Rahmat kepada mereka. Orang yang membodek berli… Read More