RUM merasa sedih bila EKSPRESS RAKYAT/PENINSULAR/SENANDUNG SUTERA bermula 19 Mei 2016 ditamatkan perkhidmatannya, ianya satu kehilangan perkhidmatan tren kepada pekerja KTMB dan rakyat Malaysia dengan kadar tambang yang murah.
RUM amat memahami larian ini tidak menguntungkan, kos operasi lebih tinggi dari kos pendapatan yang diterima kerana kadar tambang di bawah perkiraan 11 sen perkm, sedangkan kos operasi adalah 20 sen perkm.
Dalam keadaan menyelamatkan KTMB penjimatan kos adalah sangat penting, tiada pilihan lain, selain dari menamatkan perkhidmatan.
Namun RUM berharap keperihatinan Kerajaan menyuntik sumber kewangan perbezaan tambang yang bersubsidi, kerana kita menyedari bahawa KTMB sebagai syarikat Swasta yang memberi perkhidmatan kepada rakyat tidak mampu menanggung kos operasi dengan kadar kos operasi yang tinggi dari kos pendapatan. Dengan hanya demikian maka tren-tren ini mampu beroperasi semula.
Dimanakah "PERKHIDMATAN SOSIAL"? adakah ianya "TERHAKIS"?
Justeru itu RALLY 21 Mei 2016 adalah amat penting untuk menjalankan kempen Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja. Rakyat menikmati faedah!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
07 Mei 2016
Home »
» PENAMATAN EKSPRESS RAKYAT/PENINSULAR/SENANDUNG SUTERA
PENAMATAN EKSPRESS RAKYAT/PENINSULAR/SENANDUNG SUTERA
Sabtu, Mei 07, 2016
Related Posts:
PENUTUPAN GUA MUSANG - GEMAS: SEKSYEN 106 AKTA PENGANGKUTAN AWAM DARAT Yang menarik untuk diperkatakan ialah SPAD suka mengugut mengunakan Seksyen 106, tindakan mengunakan Akta adalah sebagai "bullet" untuk menekan KTMB. Apakah mungkin SPAD berdendam dengan KTMB? Siapakah gerangan in… Read More
PENUTUPAN OPERASI GUA MUSANG - GEMAS JURUTERA SPAD PERSOALAN 1. Siapakah jurutera yang dilantik oleh SPAD yang mengesahkan dan menandatangani kajian keselamatan berdasarkan seksyen 106, Akta Pengangkutan Awam Darat? 2. Berapa lamakah kajian dibuat kerana ia melibatkan 300… Read More
Maruah keretapi ditangan warga keretapi … Read More
NON PERFORMING PRESIDENT PENUTUPAN OPERASI GUA MUSANG – GEMAS Apa lagi nak kata? Kementerian Kewangan & Kementerian Pengangkutan tak nampak lagi ke? Adoiiiiii..... Puas RUM buktikan dan ini kali bukti lagi terserlah dengan penutupan ope… Read More
Kenyataan Bersama YB Ahli Parlimen Kluang dan YB Ahli Parlimen Tumpat KUALA LUMPUR, 22 JUN: Pakatan Rakyat (PR) hari ini mempertikai keputusan kerajaan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mengarahkan landasan keretapi Gemas ke Gua Musang ditutup kononnya atas faktor keselamat… Read More