02 Mei 2016

SMART PARTNERSHIP MENJELANG SETAHUN PERKHIDMATAN PRESIDEN KTMB (5 MEI 2016)

SMART PARTNERSHIP
MENJELANG SETAHUN PERKHIDMATAN PRESIDEN KTMB (5 MEI 2016)
(YBhg Dato Haji Sarbini Tijan)

RUM sangat tertarik dengan ucapan YBhg Tuan Haji Shafiie BP Mammal Presiden UNI MLC  ketika Majlis Hari Pekerja anjuran UNI MLC mengenai Smart Partnership.

Dalam Majlis tersebut juga penganugerahan Smart Partnership telah diberikan kepada enam (CEO) yang turut hadir bersama Presiden Kesatuan Sekerja antaranya Pos Malaysia, DIGI dan lain-lain.

RUM dan PRESIDEN KTMB  juga telah mengerakkan usaha Smart Partnership dengan bersama YBhg Dato Sarbini Bin Tijan sebaik beliau dilantik sebagai Presiden KTMB malah RUM akan bersama merealisasikan Transformasi KTMB. Usaha ini telah menghasilkan banyak kejayaan demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Antara lain RALLY 21 Mei 2016 yang bakal dianjurkan, bertujuan untuk menyokong kepimpinan YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB dengan mempertahankan aset KTMB serta mengesa kerajaan menyuntik kewangan kepada KTMB  dan perbezaan tambang yang diberi subsidi kepada penumpang (rakyat) Malaysia.

RUM juga ingin memaklumkan bahawa YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan yang akan genab setahun menjalankan tugas sebagai Presiden KTMB melalui surat perlantikan berkuatkuasa 2 Mei 2015 telah berjaya mengembalikan perkhidmatan tren di Pantai Timur serta Refurbishment set EMU.

Kejayaan turut tercapai lagi bila YBhg Dato Haji Sarbini Tijan telah mempopularkan kembali perkhidmatan tren kepada seluruh Rakyat Malaysia ini telah disahkan oleh YB Dato Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia dalam ucapan dan sidang akhbar di Hari Pekerja UNI MLC.

Kejayaan paling besar YBhg Dato Sarbini Bin Tijan ialah dalam tempoh setahun perkhidmatannya ialah penjimatan kos perbelanjaan lebih dari RM 100 juta, ini satu kejayaan besar dalam usaha untuk memulihkan KTMB.

Usaha dan kerjasama melalui Smart Partnership terbukti berjaya, RUM dan YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan terus berusaha membuktikan bahawa KTMB mampu berjaya dan meraih keuntungan, dengan syarat KTMB tidak di "ANAKTIRIKAN".

Justeru itu TIADA ALASAN untuk menjadikan KTMB hanya sebagai "Operator Tren" sahaja,  seperti mana perancangan yang dibuat untuk mengambilalih semua aset keretapi oleh RAC.

RALLY 21 MEI 2016 UNTUK MEMPERTAHANKAN SEMUA WARGA KTMB DAN KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB