09 Mei 2016

GABUNGAN RUM & SOA

RUM rasa sangat gembira bila YBrs Dr. Ibrahim Presiden SOA bergabung tenaga bersama dengan RUM berjuang dengan satu (1) mesej Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Gandingan ini sungguh mantap kerana pertama kali dalam sejarah kedua-dua Kesatuan Sekerja yang diiktiraf bergabung tenaga mempertahankan KTMB.

Walaupun YBrs Dr Ibrahim baru sahaja memegang jawatan tapi beliau memahami peranan Kesatuan Sekerja, tidak dinafikan bahawa sebelum ini SOA seolah-olah berperanan sebagai sebuah PERSATUAN mungkin kerana namanya Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan KTMB (SOA) agaknya mereka terlupa bahawa SOA didaftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja dan diiktiraf oleh KTMB maka terwujud Perjanjian Bersama antara KTMB & SOA terwujudnya pengiktirafan secara otomatis SOA tertakluk dengan Akta Perhubungan Perusahaan (Akta 177).

Dilihat dari Kesatuan luar yang ahli-ahlinya adalah dikalangan Eksekutif maka SOA yang telah wujud puluhan tahun agak ketinggalan berbanding dengan Kesatuan Eksekutif luaran dalilnya Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan TNB, Kesatuan Pekerja Eksekutif Airod dan banyak lagi jauh kedepan dan mempunyai suara yang lantang.

RUM mengucapkan Tahniah pada YBrs Dr Ibrahim selaku Presiden SOA yang telah menjalankan tugas dengan sangat baik bagi mewakili kumpulan Eksekutif, mudahan hubungan yang terjalin ini kekal dan terus bersama untuk mempertahankan KTMB.

RUM juga berharap SOA akan bersama dengan RUM dalam RALLY 21 MEI 2016.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Related Posts:

  • MENTERI/ KAPITALIS KERANA SETITIK NILA, ROSAK SUSU SEBELANGARUM dah tak faham dengan Menteri yang ada sekarang ni, Menteri Pengangkutan dan Menteri Sumber Manusia khususnya, mereka membuat keputusan seolah-olah satu keputusan yang tidak bertanggungjawab sehingga menyusahkan kaum peker… Read More
  • NASIB PEKERJASENANG CAKAPLAH... UNDANG-UNDANG KATA GITU.. KERAJAAN TAK BOLEH BUAT APA-APA! IALAH... UNDANG2 KATA GITU.. YANG BUAT KEPUTUSAN PERTUKARAN NAMA MAS DAN KEWUJUDAN UNDANG2 MENGENAI MAS SAPA YANG BUAT KEPUTUSAN? KALAU SEMUA SYAR… Read More
  • TERUS BERSAMA CEO KTMBRUM mengharapkan semua warga KTMB memberi kerjasama yang bersungguh-sungguh kepada CEO KTMB En Mohd Rani Hisham, berkerjalah dengan penuh semangat dan berdedikasi demi KTMB dengan matlamat Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.… Read More
  • TEMUDUGA PENYELENGGARAAN AM, KTMB TOLAK RNAA/ TOLAK PEKERJA ASING!Begitulah sambutan dari rakyat yang ingin pekerjaan, Lokasi Bukit Mertajam malah di beberapa lokasi lain juga dimaklumkan sambutan yang hebat untuk menghadiri Temuduga Terbuka. Nak buat apa pekerja asing? kalau dilihat situas… Read More
  • MULTIPLE OPERATOR/ RNAABERITA BAIK SPAD nampak gayanya tidak boleh meluluskan second operator kerana Akta tidak membenarkan pemberian lesen kepada mana-mana Syarikat untuk menjalankan operator tren. BERITA BURUK Penyediaan pindaan Akta khabarnya te… Read More