RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

30 Julai 2016

PERANCANGAN KARGO (PT 3) MAKLUMAT BARU

Mengikut maklumat yang baru diterima semalam (belum dapat disahkan) ada syarikat yang telah memberi "proposal" kepada pihak berkuasa, antara lain hasrat syarikat berkenaan hendak membeli 50 buah lokomotif dan membawa masuk 200 pemandu lokomotif baru. Difahamkan sedang berusaha mendapatkan lesen sebagai operator keretapi. Ini satu kejutan buat RUM, bila RUM keluarkan kenyataan semalam, maklumat ini pun diterima dari seorang individu. Wow! kalau ini benar sangat luarbiasa, siapakah gerangannya, tentu seseorang yang mempunyai modal yang besar, untuk...

PERANCANGAN KARGO (PT 2) (PEMBELIAAN LOKOMOTIF DAN WAGON)

Kita menyedari bahawa KARGO boleh dianggap sebagai punca pendapatan utama KTMB, maka usaha mengerakkan pengangkutan Kargo melalui REL perlu digerakkan secara intensif, purata pengangkutan Kargo melalui REL hanya sekitar 3%, maka usaha secara intensif perlu dilakukan, usaha ini tidak akan berjaya melalui beberapa faktor antaranya ialah kekurangan Lokomotif dan Wagon. Melihat kepada keperluan Lokomotif dan Wagon maka KTMB memerlukan jumlah Lokomotif dan wagon yang mencukupi, maka pilihan yang ada ialah KTMB perlu "mencari jalan" bagaimana Lokomotif...

29 Julai 2016

PERANCANGAN KARGO (PT 1) (MULTIPLE OPERATOR)

RUM dalam Mesyuarat Exconya telah menolak MULTIPLE OPERATOR yang cadangan asal atau cetusan idea dari RUM sendiri. Asas pada cetusan idea ini untuk membantu Pengurusan KTMB dalam mencari sumber pendapatan, walaupun RUM sedar dari sudut implikasinya kepada pekerja dan KTMB tetap wujud, namun dari aspek lain ianya mampu memberi faedah kepada pekerja dan KTMB. Sayangnya Pengurusan KTMB yang diketuai Mantan Presiden KTMB tidak mengambil kesempatan ini atau mungkin beranggapan idea "budak yang tidak sekolah" tidak boleh diterima. Hari ini idea RUM...

MESYUARAT EXCO 28.7.2016

Antara lain Mesyuarat Exco semalam membincang dan memutuskan.. 1. Melahirkan sokongan sebulat suara menyokong kepimpinan YBrs Dato' Sarbini Bin Tijan sebagai Presiden KTMB 2. Perjanjian Bersama - Semua Majlis Exco, Pengerusi dan Setiausaha Cawangan memahami kedudukan CA dan mengharapkan ianya dapat disegerakan. 3. RUM kekal berpendirian menolak RAC  mengambilalih Tanah KTMB 4. Mempertahankan semua tanah yang digunapakai oleh KTMB. 5. Menggesa Kerajaan menyuntik kewangan kepada KTMB. 6. Menarik balik cadangan MULTIPLE OPERATOR KARGO, akan...

28 Julai 2016

SIMPATI KEPADA Suara Nujum (GAJI LEWAT)

RUM melahirkan rasa simpati pada rakan-rakan seperjuangan di Utusan Malaysia, walaupun Akta membenarkan sehingga 7hb pada setiap bulan, tapi ianya akan mengganggu proses perbelanjaan keluarga untuk menampung perbelanjaan bulanan. Kalau RUM ditempat Suara Nujum "masak" kena belasah dengan ahli-ahli RUM, walaupun di pihak kesatuan sekerja tidak mampu buat apa-apa kerana ianya masih di bawah peruntukkan Akta. Pada semua pihak pengurusan tak kira mana syarikat pun, walaupun ianya dibenarkan tapi ianya sangat-sangat mengundang masalah kepada kaum pekerja,...

26 Julai 2016

MAJLIS HARI RAYA KTMB (CERITA CA)

Terima kasih atas jemputan, saya bersama Setiausaha Agung dan Timbalan Presiden hadir di Majlis Raya KTMB, cuma tak sempat nak bergambar. Saya sempat berbual mesra dengan Lembaga Pengarah yang hadir bersua muka dengan Presiden KTMB, Pengurus Besar KTMB, tak lupa rakan baik saya GM TMOD, tetap bergurau mesra. Sempat berbual dengan mantan2 pekerja KTMB dan siapa yang sempat ditemui termasuk dikalangan exec (al maklumlah ramai sangat, semua tengah sebuk menjamu selera), dalam banyak berbual tu, tetap ada pertanyaan bagaimana kedudukan Perjanjian Bersama...

24 Julai 2016

Kenyataan Inbox FB

Saya tidak berniat nak reply... jadi saya paparkan dalam Suara RUM.. Sebab saya tak mahu reply.. 1. Fake akaun.. 2. Saya tidak dapat mengesahkan individu ini ahli atau tidak.. 3. Bukan friend Suara Rum 4. Kenyataan mengenai CA telah pun dipaparkan dalam Suara RUM. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KT...

Perkongsian Bicara

Tertarik dengan kenyataan ini... tika perkongsian bicara dalam group Whatsapp... maka RUM paparkan sebagai Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB ...

23 Julai 2016

PERKONGSIAN INFO 1 TAHAP @ PERINGKAT

Tahap atau peringkat atau "step" adalah garis panduan yang ditentukan oleh Ahli Jawatankuasakerja RUM, untuk mencapai tahap ke satu-satu peringkat memerlukan tempoh atau masa yang bersesuaian atau suatu tempoh @ masa yang munasabah. Ianya tidak boleh diambil dalam keadaan yang tergesa-gesa tanpa mengambil kira fakta atau alasan yang munasabah sehingga sampai satu tahap atau peringkat yang tertinggi. Tahap 1 - adalah tunduk Tunduk ini lebih kepada merayu atau melalui hubungan yang baik dijalinkan melalui kerjasama samada cara sebagai rakan...

PERKONGSIAN INFO GAMBAR

Cerita RUM letakkan gambar mana-mana penyandang jawatan tertentu bukanlah perkara baru, ianya telah dipraktiskan sejak Mantan Presiden KTMB. Sebagai sebuah organisasi kesatuan sekerja, ianya adalah "senjata" untuk menghentam mana-mana penyandang jawatan yang melakukan kesalahan yang menjejaskan pekerja, KTMB dan khususnya bertentangan dengan Perjanjian Bersama. Senjata Kesatuan Sekerja "cukup luas" untuk memberi tekanan kepada mana-mana pihak yang bertangggungjawab sehingga memalukan penyandang jawatan. Wajar atau tidak wajar itu bergantung...

22 Julai 2016

ETS (Satu ketika dicadangkan dianaksyarikat)

Masih ingat lagi? Zaman Mantan Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan yang mencadangkan ETS di anaksyarikatkan.. Bagaimana RUM berperang dengan Mantan Presiden KTMB yang bertegas mahu anaksyarikatkan ETS, RUM pula membantah sekeras-kerasnya mempertahankan ETS kekal dalam KTMB, pertikaian wujud sehingga RUM mengambil tindakan PIKET mendesak Mantan Presiden KTMB dikeluarkan dari KTMB. Kejayaan besar RUM adalah berjaya mengekalkan ETS dalam KTMB. Sekiranya RUM gagal ketika itu, hari ini ETS bukan lagi milik KTMB, ETS telah dianaksyarikatkan...

21 Julai 2016

Kunjungan Kesatuan Sirim ke Pejabat RUM

Kunjungan Kesatuan Sirim ke Pejabat RUM, kehadiran pemimpin ini untuk mendapatkan pengetahuan mengenai CA. Kesatuan Sirim dalam peringkat penyediaan CA pertama, difahamkan telah berlarutan lebih 2 tahun, RUM mendoakan Kesatuan Sirim berjaya dalam rundingan berikutnya sehingga berjaya menwujudkan CA pertama. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KT...

20 Julai 2016

PERUMAHAN SHAH ALAM & KLANG

RUM merasa hairan, tup tap.. langsung tak de khabar berita tanah keretapi telah pun diserahkan kepada pihak tertentu... Penduduk@Pekerja@Ahli Rum telah diarah mengosongkan rumah... RUM sebuk belasah RAC.. tapi tetap hilang, sedangkan ianya kegunaan KTMB... yang untung RAC... yang gigit jari dan bermasalah adalah KTMB. Jabatan Projek dan Hartanah KTMB duk senyap dan akur, terima sahaja arahan bulat-bulat tanpa berusaha mempertahankan, kalau takut bagitau dengan RUM... ni senyap.. seolah-olah bersubahat... Letih cam ni... Pertahankanlah KTMB,...

19 Julai 2016

GM TMOD BALAS SURAT

Ini macamlah... kalau bincang dulu dengan RUM, tak ada pun isu... nak tunggu RUM naik angin dulu... benda semua boleh bincang, syarat jangan belakangkan RUM, hormati Perjanjian Bersama.. kerja jadi mudah... RUM berharap selepas ini, setiap perancangan yang cuba digerakkan maklum dengan RUM, jangan terus tembak... kalau tembak.... RUM tembak balik... Satu pesanan pada GM TMOD, CA adalah di bawah kawal selia GM TMOD, bagi arahan melalui pekeliling...

Untuk Pengetahuan ahli-ahli RUM

Surat Kesatuan bertarikh 9hb Jun 2016 dan surat bertarikh surat bertarikh 18 Julai 2016 dipaparkan untuk pengetahuan ahli-ahli RUM. ...

16 Julai 2016

HUBUNGAN (KEHARMONIAN PERUSAHAAN)

RUM memang menitikkan hubungan baik di bawah prinsip Keharmonian Perusahaan, maksudnya RUM tidak mahu gaduh-gaduh, ada isu, ada masalah maka jalannya berunding. Berunding ini ada banyak cara, cara kedai kopi, cara adhock, cara rasmi dan sebagainya. Cara kedai kopi adalah terbaik, borak-borak sambil bertukar pandangan, kalau ada isu, selesaikan saja di kedai kopi... Tapi GM TMOD ni lain macam... kawan baik tu... adeiii... tup.. tup... dia bagi BOM, Pegawai RUM kena asak... ada yang kata, RUM kena belilah.. macam-macam... malah pemimpin RUM ada yang...

15 Julai 2016

GM TMOD

Hello!!!... apa citer ni... RUM tak tau... u tk baca CA ke? memang lu tarak layak jadi GM TMOD!!! FAILED!!!!!!!!!!!!!!! Badan Perundingan Tunggal... lu tak baca ke? Adeiii.... Ini orang betul2... buat RUM naik angin... Lu mau PERANG KE????????????? Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...

14 Julai 2016

ELAUN GANTIAN MASA MAKAN (EGMM)

Isu ini banyak dibangkitkan atau dirungutkan oleh ahli-ahli RUM. Suka saya jelaskan.. Pekerja yang bekerja hendaklah diberi rehat tidak melebihi 5 jam secara berterusan. RUM menyedari bahawa keperluan kerja KTMB  berdasarkan "kepentingan perkhidmatan" maka pekerja boleh dianjakan jadual waktu makan atau digantikan dengan Elaun Gantian Masa Makan (EGMM). Namun apa yang berlaku, ada kewujudan "KEGAGALAN" menjadualkan waktu makan, kegagalan menjadualkan waktu makan agak menyukarkan pekerja untuk membuat tuntutan Elaun Gantian Masa Makan, adakala...

13 Julai 2016

ISU DASAR (RAC, CA, KUARTERS & TANAH KEGUNAAN KTMB)

Masih banyak kerja yang perlu dilakukan, hari ini mesyuarat Jawatankuasa Induk Keselamatan, Kesihatan, Perkerjaan dan Persekitaran (oshen), yang mana saya tidak dapat hadir kerana saya hanya bertolak ke Kuala Lumpur dari Taiping pagi ini, namun Pengerusi Oshen RUM, Sdr Mokhtar yang juga Timbalan Presiden RUM akan mengetuai delegasi RUM dalam membincangkan isu berbangkit maupun isu baru mengenai keselamatan. Isu penting yang kita hadapi ialah isu Perbadanan Aset Keretapi (RAC) yang RUM perjuangkan, ianya tidak lepas ataupun lupa tentang RAC yang...

04 Julai 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Saya bagi pihak Majlis Exco dan Warga RUM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, semoga Raya ini memberi kegembiraan bersama keluarga tercinta, kepada yang bertugas di Hari Raya, selamat bertugas, terima kasih tidak terhingga mengorbankan waktu kegembiraan bersama keluarga ketika dihari raya demi tugas yang diamanahkan. Kepada yang pulang berhari raya mengunakan kenderaan sendiri berhati-hati dijalan raya, semoga selamat sampai ke destinasi. Kami...